Selamat Hari Malaysia Ke-51

2014-09-16

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Hari Malaysia Ke-51. Setiap tahun bermula tahun 2010 negara kita telah mengezetkan tarikh 16 September setiap tahun sebagai Sambutan Hari Malaysia. Pada tarikh tersebut juga cuti umum seperti sambutan Hari Kebangsaan juga.

Doodle Google Malaysia Sempena Hari Malaysia

Sebenarnya pada 16 September 1963 telah tertubuhnya Persekutuan Malaysia dengan bergabungnya Tanah Melayu, Sabah(Borneo Utara), Serawak dan Singapura bagi membentuk sebuah negara yang di kenali Negara Malaysia.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mambacakan Pemasyhuran Negara Malaysia di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963. Semoga sedikit perkogsian tentang Sambutan Hari Malaysia ini membuka sedikit lebaran sejarah yang menjadi ingatan kepada kita semua. Anda juga dijemput untuk melihat pertandingan Doodle Google Malaysia bagi memerihakan lagi sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. Anda boleh melihatnya di sini-->>  Malaysia to me is...

Semoga kesejahteraan dan perpaduan yang kita kecapi hari ini akan kekal selamanya. Keharmonian dan semangat perpaduan antara kaum akan kekal selamanya. Setiap anggota dan masyarakat tidak mengira kaum dan agama hendaklah menjaga semangat perpaduan ini.

Cuma kita sebagai teras dalam masyarakat Malaysia janganlah leka. Jagalah diri dan bangsa kita supaya kita tidak lagi akan dijajah. Jagalah anak-anak kita dengan didikan agama yang sempurna, kerana mereka merupakan pewaris kepada bangsa dan negara.

Selamat Hari Malaysia ke-51. Di sini lahirnya sebuah cinta. Selamat bercuti juga buat semua. Boleh buat kerja di rumah hari ni :-)

Share

4 comments:

  1. Selamt hari Malaysia bro..semoga negara kita kekal aman damai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih. Harapnya macam tulah. Semua rakyat Malaysia boleh bersatu hati dan hidup saling tolong menolong.

      Delete
  2. Selamat Hari 1 Malaysia,

    Doakan agar Malaysia tercinta ini ada dan damai selalu......

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga kita rakyat Malaysia kekal aman selamanya.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan