Perubatan Islam:PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Perubatan Islam:PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM KUALA LUMPUR. Siapa tahu Pusat Rawatan Al-Qayyum ni?. Ada antara kita yang pernah buat rawatan di sini ker? Baiklah, jika yang dah ada nanti boleh kongsi ceritanya. Hari ini saya nak cerita tentang Pusat Rawatan Al-Qayyum Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi untuk mendapatakan rawatan perubatan Islam di sana.

Perubatan Islam - Pusat Rawatan Al-Qayyum
Maksud Perubatan Islam?
Perubatan Islam adalah perubatan yang terjamin suci,bebas dari segala unsur syirik, khurafat serta tidak bertentangan dengan Syariat Islam.

Tiada istilah ‘Perubatan Islam’ yang hanya merujuk kepada jampi atau bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi SAW semata. Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi SAW, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan. Maka, perubatan moden, atau cina, atau india, atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut. " Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin "

Nabi SAW dalam hadis menyebut perubatan dan ubat secara umum, tanpa menghadkannya. Maka, setiap orang hendaklah berusaha mencari ubat yang paling berkesan. Dalam hadis yang sahih Nabi SAW bersabda:
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah SWT tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Di dalam hadis yang lain Baginda SAW ada bersabda:
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah SWT.” (Riwayat Muslim).

Secara umumnya tujuan hadis-hadis perubatan ingin memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan. Nabi s.a.w menyebut bahan-bahan yang ada dalam masyarakat baginda dan digunakan serta memberi kesan pada zaman dan iklim baginda. Bahan-bahan itu boleh diambil iktibar, namun bukanlah pilihan yang terbaik bagi setiap masa dan keadaan. Bergantung kepada sejauh manakah ia berkesan untuk sesuatu tempat dan masa. Apa yang penting kita disuruh mencari yang berkesan tanpa mengira jenisnya.

Kesimpulannya setiap ubat yang bermanfaat adalah diiktiraf oleh Islam, tidak terbatas kepada apa yang disebutkan dalam hadis sahaja. Berdasarkan pendapat sebahagian ulama tadi, apa yang disebut dalam hadis juga perlu untuk diteliti dan dikaji semula kesesuaiannya kerana mungkin ada keadaan yang berbeza, atau di sana ada ubat yang lebih berkesan.

Sejarah Pusat Rawatan Al-Qayyum
Pusat Rawatan Al-Qayyum telah ditubuhkan oleh Tuan Indera Saifullah Tahir dan turut dibantu oleh Cikgu Abdullah Ibrahim pada 1 Februari 2011. Ianya merupakan sebuah 'Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah' (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre) yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan terapi Al-Quran yang merupakan perkhidmatan utama mereka.

Berpegang kepada prinsip "EKSKLUSIF, MENYELURUH, SISTEMATIK, TERBUKTI" mereka telah banyak mambantu pesakit berkaitan perubatan Islam. 

Pusat Rawatan Al-Qayyum memperjuangkan perubatan Islam yang terjamin suci dan bebas dari segala unsur syirik, khurafat serta tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Pusat Rawatan Al-Qayyum juga berperanan sebagai sebuah 'Pusat Komuniti Setempat' di dalam hal-hal berkaitan Perubatan Islam, demi menyedarkan dan mengelakkan masyarakat Islam dari terlibat dan terjerumus dengan perkara-perkara yang merosakkan aqidah terutamanya dari tukang-tukang sihir, bomoh, pawang, dukun dan golongan yang sesat.

Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah yang diamalkan dan diusahakan oleh mereka bukanlah bermaksud untuk mengambil alih tugas dan peranan yang sedang dilaksanakan oleh para doktor di hospital-hospital dan klinik-klinik.

Tidak dapat dinafikan bahawa perubatan Allopati (Perubatan Moden) merupakan suatu pilihan utama masyarakat sebagai ikhtiar penyembuhan penyakit. Perubatan Allopati banyak bergantung kepada ubat-ubatan berasaskan dadah dan bahan kimia, teknologi pengesanan dan pembedahan yang serba canggih. Namun, terdapat banyak jenis penyakit dan masalah yang masih belum dapat disembuhkan oleh Perubatan Moden.

Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan di rumah pesakit- Bacaan wirid dan doa

Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum
Mesti anda tertanya-tanya apa yang istimewanya Pusat Rawatan Al-Qayyum ni kan? Saya kongsikan sedikit tentang keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum ni:-

1)Ianya Berlandaskan Syariat Islam. Insyallah semua jenis kaedah rawatan yang dilakukan di sini adalah mengikut syariat Islam. Pada saya ini merupakan perkara utama yang perlu dititik beratkan sebelum anda menggunakan kaedah perubatan Islam. Ini kerana terdapat banyak perubatan yang kononnya Islamik tetapi mengandungi unsur-unsur syirik kepada Allah SWT dan tidak bertepatan dengan hukum syarak. Disini ianya menggabungkan khasit dan fadilat ayat suci Al-Quran, Sunnah, zikrullah, Asma'ul Husna serta doa-doa mutajab yang diyakini.

2)Rawatan Utama- Melalui Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah yang digunakan, para pesakit akan dirawat secara khusus yang mana kaedah rawatannya ini boleh menjadi rawatan utama atau pun rawatan sokongan kepada perubatan moden. Kaedah rawatan yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan rasa sakit yang tidak dapat dilakukan oleh perubatan moden InsyAllah. Mereka menggabungkan kaedah perubatan Islam, tradisional, alternatif, komplimentari dan Suplimentari.

3) Rawatan Eksklusif dan Terjaga- Di sini mereka amat menjaga priversi setiap pesakit yang melakukan rawatan. Setiap pesakit yang datang akan diberikan layanan yang sempurna mengikut kesesuainya.Rawatan akan dilakukan di ruangan solat dan segala maklumat pesakit akan dilindugi bagi menjaga keselesaan dan menjaga maruah pesakit dan waris yang terlibat.

4) Suasana Selesa dan Kondusif-  Konsep rekabentuk dalaman (interior design) yang berkonsepkan Surau, Spa dan Klinik. Kemudahan tempat bersolat turut disediakan. Konsep gabungan ini amatlah disukai oleh para Pesakit yang datang kerana ianya sesuatu yang berbeza lain dari pusat perubatan Islam yang lain.

Lokasi Pusat Rawatan Al-Qayyum
Lokasi Pusat Rawatan Al-Qayyum

Bagaimana Hendak Mendapatkan Rawatan Atau Pertanyaan Dari Pusat Rawatan Al-Qayyum?
Sekiaranya anda berada disekitar Lembah Klang anda boleh terus pergi ke Pusat Rawatan Al-Qayyum atau pun anda boleh menghubungi mereka melalui cara-cara berikut:-

Alamat Pusat Rawatan Al-Qayyum

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM TM 
B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment 
Bandar Sri Damansara, 52200 KUALA LUMPUR.

Email : alqayyum.holistic@gmail.com

Sekiranya anda ingin membuat Tempahan Rawatan, anda boleh manghantar SMS atau WhatsApp dengan cara berikut:-
TAIP SMS / WHATSAPP TEMPAH [nama], [lokasi anda], [penyakit/masalah],[tarikh temujanji], [masa temujanji]
Contoh: TEMPAH siti rohani, bangi, gangguan jin, 14 Okt 2014, 8 pm
HANTAR KE 017 243 6434 [Mu'alij Azlan Osman]
*TEMPAHAN SESI RAWATAN ANDA akan DISAHKAN seberapa segera.

Pertanyaan Segera: -
Sila hubungi KAUNSELOR RAWATAN anda antara jam 9:00 am - 5:00 pm, Isnin - Jumaat/ Rehat: 12:30 pm - 2:00 pm
017 243 6438 (Mu'alij Amirul Hasan)
017 243 6434 (Mu'alij Azlan Osman)
Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan tentang kaedah atau persoalan yang ingin diajukan, anda boleh bertanya terus dari mereka. Anda boleh menghubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum atau boleh menggunakan kaedah jaringan sosial di atas bagi memudahkan setiap pertanyaan anda terjawap dengan sempurna.

Ingin berubatan dengan kaedah Islam, Ingat Pusat Rawatan Al-Qayyum.

p/s: Mereka juga ada menyediakan "Kaedah Rawatan Jarak Jauh"- Peluang ini boleh dimanfaatkan oleh anda yang berada di luar dari Lembah Klang bagi mendapatkan rawatan .

“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi ORANG YANG BERIMAN kepadanya.” (Al-Isro’: 82) 
Wallahulam.

57 Comments

  1. berubat cara kaedah islam.. dh betul sgt dh..
    semkin byk skrg ni.. tpi ada yg kenakn byaran yg sgt tggi.. belum berubat lgi, bru air je... dpn pintu dh beratus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika perubatan yang diberikan setimpal dengan hasilnya.Insyallah boleh cuba.

      Delete
  2. ye la banyak gak dengar mengenai bayaran yang mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran untuk menampung kos dan barang-barang mereka biasanya. Jika berhasil, bayaran adalah sebagai hadiah buat mereka yang bantu kita.

      Delete
  3. Kalau perubatan moden tak dapat, boleh cuba kaedah perubatan Islam .... yg penting usaha dan tawakkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Akak Mia. Tak semua cara rawatan kita guna cara moden berkesan. Ada masa, bila perlu kena guna cara perubatan Islam juga kan.

      Delete
  4. Lebih kurang Darul-Syifa ni kakak rasa. Moga boleh berkembang terus dan boleh buka cawangan di JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakak. Ada juga persamaan. Cuma ada juga yang berbeza. Harap-harap mereka boleh buka cawangan disana pula.

      Delete
  5. Semoga semakin banyak perubatan Islam spt ini berkembang maju. Alternatif buat umat Islam... Lupakanlah bomoh2 tu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, betul tu BM. Guna cara Islam yang terbaik daripada kita guna bomoh-bomoh tu.

      Delete
  6. Anonymous24.9.14

    Singgah jgk bila ada kelapangan sikit ni & tq terus menyokong KA yer. Terima kasih atas perkongsian ini juga !

    ReplyDelete
  7. Bagus ada banyak pusat rawatan tradisional yg Islamik macam ni, tak semua semua sakit sesuai dengan rawatan moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang-kadang kena guna perubatan Islam macam ni juga.

      Delete
  8. saya pun baru datang ke tempat ni baru-baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. ramai juga yang guna khidmat mereka ni sabree..

      Delete
    2. Ye encik sabree hussin blh cite dengan lebih lanjut keputusannya...?

      Delete
  9. setakat ni belum pernah lagi berubat dengan cara ni..tapi kalau ada yang terkena penyakit batin, inilah caranya berubat, alternatif. dr takleh rawat pun penyakit batin ni, terutama yg menggunakan ilmu hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Insyallah mereka boleh membantu jika ada mengalami masalah dengan ilmu hitam ni.

      Delete
  10. Sekurang kurangnya ada alternatif utk berubat. Baguslah ....orang tak semua sama mungkin cara ni mereka serasikan...

    ReplyDelete
  11. Aah kn mcm darul syifa jgk ne..skrg dh byk prubtn cara mcmne kn..bgus jgk.

    ReplyDelete
  12. Molek sangat ni..blh recommend kat kawan saya yang masih sakit santau..belum pulih2 walau dah dekat 10 tahun...berbagai2 tempat dia dah gi tapi masih belum rasi lagi...semoga kali ni ada rezeki dia, InsyAllah pulih le nanti..

    ReplyDelete
  13. Salm darul qayyum sye menntu sabariah suami sye ad muzafar shh azln shh azln sye blik kl mak mertua de menuntut ilmu hitm sumpahn depan rumh sye de hadiah misteri untuk sye seluruh van putih

    ReplyDelete
  14. Hajat klau ikutkn sye jodoh ad muzafar shh azln shh azln pndan indah cheras kuantan sye pkai rantai pusaka arwah nenek sye sumph rantainye satu kmpung sumpahn hajat khawen sambung studying jga ayh kndung sye azlan shh azlan al mukrimin almuzafar shh azln shh azln serkm darat si abg

    ReplyDelete
  15. Mk nertua ayh mertua sharif sabarian suziaty gadali muhammad rasni rokiah nur fathin nabilah Zulkeple nohd aidil asyraf dh lme meninggk dunia exciden

    ReplyDelete
  16. Sye tinggl sorng kt rumh

    ReplyDelete
  17. Sye tinggl sorng kt rumh

    ReplyDelete
  18. Tahniah awk berjya cuburi bidang aqademik kmu kne kuat jentel kerana ad muazam shh azln beks darul qayyum sye dk rogol bertubi oleh uphn gadali muhamnad santau sihir ilmu hitm kedai tepi jkn semua bunian

    ReplyDelete
  19. Gmbr tu arwah ank ank sye kt berangn enm roh merayau

    ReplyDelete
  20. Roh merayu naik motr kereta balik rumh masuk rumh mndi rumh samak bnyk kli

    ReplyDelete
  21. Rumh mk long sye mandil dh lme x berpenghuni rumh nenek sye busuazln tran tubng tanh suci

    ReplyDelete
  22. Baikhlh kmi cuba bntu sye de mata boleh nmpk benda hakus azkan shb azln adkn muzafar shh azln abg ipar ketua pakidah kt nlka kembr yg dh x de rumh dh lme terbkr

    ReplyDelete
  23. Rumh mandol de penghuni sye nk khawen jodoh sorang takut nk dtg rumh bercerita buruk pasal sye petcye ckp org

    ReplyDelete
  24. Dye de cerita kmu prnh terlnjur dye x sangup berterus terng kmu bukn isteri dye anzalna mama dye kk kandung dye x boleh khawen betina guna nme sye kt sijil nikh

    ReplyDelete
  25. Sye x nk thu sye pregnancy ank dye luar rahimnnk x nk kne buang ustaz

    ReplyDelete
  26. Nk x nk lepaskn sye

    ReplyDelete
  27. Sye knser barah tumor otak thp akhir rumh nie gadali nk jual sye blik kl studying rumh sye tinggl bukn rumh sye rumh mertua sye

    ReplyDelete
  28. Sye mintk jasa baik dye lepaskn sumphn bndar akn bertukr bndar kl siti musyrifqh moktar dh lme meninggl di bkr kt kubur

    ReplyDelete
  29. Just sye nk tolong yg terbaik esok sye dh x de spe nk jga rumh nie ustaz rumh depn politeknik nk sewa rumh sye tinggl 6 buln gi ustaz

    ReplyDelete
  30. Sye perlukn rawatan hospitl suami suami sye aid hiv positif duit pda sye azln bgi rawatn hospitl studying

    ReplyDelete
  31. Tahfiz dh lne x berpenghuni ank ank sye merayau bls dendam perbuatn bpk dyw

    ReplyDelete
  32. Kubur mama sye paoa sye adik bdradik kubur ank ank sye

    ReplyDelete
  33. Pujuk ad muzsfar shh azlan shh azlan blik lepaskn sge cerai talk 3 jijik dgn sye decisteri de ank isteri tungu hri ustaz sye x sanggup serumh ustaz

    ReplyDelete
  34. Kk raha khairul azhar perak sua dh x de balik liang lahad

    ReplyDelete
  35. Baiklh kami setuju dgn ad muazam shh azlan shh azln ad muzafar shh azlan shh setuju bwk kmu keluar dri kmpung berangan enam alhamdulillah ustaz sye x sangup serumh ustaz sye pn tunggu hri ustaz sye x nk ssah bebankn suami ustaz suami jijik dgn sye semua suami abgkt nikh x blik ustaz

    ReplyDelete
  36. Gadali mk mertua ayh mertua x boleh terima cucu dari rahim sye dye org satukn suamivsye dgn fathin ismail nur fathin nabilh ustaz wan amir wan zurqarnain

    ReplyDelete
  37. Biar lh hti sye terluka ustaz sye x sangup bertentang mata ustaz dgn suami madu tunggu hari sye tunggu hri luar rahim

    ReplyDelete
  38. Kamu kena sabar bsgi kmi bincang dgn ustaz wan amir wan zurqarnain baiklh

    ReplyDelete
  39. Mk mertua de gi duit pda sye tingglkn ad muzafar shh azln shh azln sangup pertarung nyawa atas haiwey jgn adik beradik sye mti menemph maut biar sye menempah maut ustaz

    ReplyDelete
  40. Mintk lepaskn sumpahn bndar berpusing ustaz

    ReplyDelete
  41. mcm mbe keadaan liya abg dengar ustaz mengadu ad muzafar dh khaeen dgn suziaty tgh tunggu hri x sangup srrumh

    ReplyDelete
  42. Sye x caya qadar qadar tuhan sye chinese ustaz sye bukannislam sye x percaya jodoh ustaz

    ReplyDelete
  43. Amalina umur berapa 26 tahun ustaz

    ReplyDelete
  44. ustaz baru kau sedar nur fathin nabikah zulkpele ank kesayagn dye ustaz

    ReplyDelete
  45. Sye x nk thu sye pregnancy ank dye luar rahimnnk x nk kne buang ustaz

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.