Google Ucap Selamat Hari Lahir!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Google Ucap Selamat Hari Lahir!!. Macam teruja aje nak tulis cerita ni. Tak ada apa sebenarnya, saje nak bagitahu dan mungkin anda semua pun pernah dapat semua ni. 26/09 hari lahir PMDR. Ramai yang ucap selamat hari lahir kat saya termasuk pakcik google. Macam mana google boleh tahu yea?Mungkin sebab masa nak daftar google ari tu masukkan tarik lahir. Jadi sebagai menghargai jasa saya guna perkhidmatan google. Mereka pun wishlah ucapan hari lahir ni kat saya. Terima kasih pakcik google yang budiman.

Google Ucap Selamat Hari Lahir!!
Google Ucap Selamat Hari Lahir!!
Siapa lagi yang ucap,antaranya juga facebook, dan syarikat ejen pencari kerja JobStreet. hehe. Geng-geng mereka nilah antara yang selalu bagi email kat inbox saya. rasanya kenapa mereka buat macam ni. Inilah antara cara syarikat besar-besar berhubung dengan pelanggan mereka. Mereka menghargai setiap jasa palanggan yang telah menaikkan jenaman syarikat mereka. Katalah anda, jika ada yang buat macam ni juga kepada anda. Adakah anda tidak rasa teruja dan pastinya akan terus menggunakan perkhidmatan mereka kan. Saya pun macam tu juga. Satakat ni dengan google rasanya ada lebih 10 email yang aktif saya daftarkan atas nama saya. Semua email-email ini adalah email yang digunakan untuk urusan peribadi dan email-email untuk kegunaan bagi urusan lain. Jadi tak mustahillah mereka hantar email dan ucapkan selamat hari lahir kepada saya.

Kadang-kadang ada tempat kerja yang buat sambutan hari lahir bulanan untuk staf mereka. Saya pernah dapat hadiah dan makan-makan kek sempena sambuta hari lahir saya. Mereka buat macam ni, mesti kita akan lagi bersemangat nak buat kerja kan.

Baiklah. nak buat makan-makan sikit sempena hari jadi saya. Sebenarnya bila umur semakin meningkat ini ada tandanya juga. Umur kita bertambah apa yang kita nampak. Tetapi hakikatnya kita semakin dekat dengan kematian kan? Masa kita berada di dalam dunia ni semakin pendek. Tak tahu bila Allah SWT nak jemput kita untk berjumpa denganNYA. Semoga kita semua sentiasa ingat tentang kematian kita juga. Sebab apa, Nabi SAW pun ada bersabda yang "orang yag cerdik, adalah orang yang sentiasa ingatkan mati dan membuat persedian untuk mati" . Jadi sentiasalah juga kita meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Hari minggu nanti jika tak ada aktiviti apa-apa kawan-kawan boleh buat kerja di rumah. Insyallah boleh tambah pendapatan sampingan kita.

Terima kasih semua di atas persahabatan bersama saya dan PMDR selama ini. JazakAllah.

10 Comments

  1. selamat hari lahir ke dunia, pmdr...
    kak nak nyanyi kejap..
    "panjang umurnya..panjang umurnya serta mulia.."

    ReplyDelete
  2. Pandai Google ambil hati. Doodle Google untuk comel

    ReplyDelete
  3. Pakcik Google terbaik...tolong orang, wish orang...tu yang semangat datang luar biasa tu...apa2 pun hepy besday utk tuan admin jugak

    ReplyDelete
  4. sebab tu bila sampai hari jadi kita orang akan bagi ucapan,bagi hadiah,buat majlis potong2 kek...sebab tak nak kita bersedih dengan peningkatan umur yang semakin menghampiri kematian..hehehe

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir PMDR..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.