Menang Contest SEO Dari Akma Omar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Menang Contest SEO Dari Akma Omar. Alhamdulillah sebelum hari raya saya menang contest SEO yang dianjurkan oleh blogger Akma Omar. Tak sangka boleh jadi pemenang dapat tempat ke tiga. Hadiahnya berupa wang tunai RM250. Jadilah boleh tambah-tambah duit raya tahun ini.

Menang Contest SEO Dari Akma Omar
Menang Contest SEO Dari Akma Omar
Jika diikutkan saya tak pandai sangat pun bab-bab SEO ini. Tahu sikit-sikit dan cuba jaya sahaja kata orang. Bila dan hampir dengan tarikh akhir "lawan-lawan" dalam google.com.my tersebut blog saya dapat tempat ke tiga dipage pertama google.

Saya tulis entri ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya pelajari semasa contest " Buffet Ramadhan Casa Ombak " tersebut. Memenuhi permintaan Akak Akma Omar agar setiap peserta yang menang cerita ilmu-ilmu yang dibuat bagi membolehkan entri tersebut berada dimuka pertama dalam google.com.my.

Ini adalah sedikit sebanyak ilmu yang mampu saya kongsikan :-

1) Saya guna blogspot. Blogspot adalah dikalangan "geng-geng" google juga. Jadi untuk menjadikan entri tersebut berada dalam toplist google search adalah tinggi.

2) Buat komen dan tinggalkan link penyertaan pada blog yang PR tinggi. Insyallah buat macam ini akan membolehkan " algorithm " searching google jumpa entri tersebut adalah tinggi. Tapi kena jaga-jaga jangan sampai dapat masalah.

3) Usia blog saya. Mungkin ini juga mempengaruhi entri tersebut mudah berada dalam page pertama google. Tapi sebenarnya tak adalah lama sangat usia blog saya. Baru juga.

4) Peranan media sosial seperti facebook, Twitter, juga mempengaruhi entri tersebut berada dipage pertama google. Lagi ramai yang kongsi dan like entri tersebut lagi entri tersebut akan diminati oleh "Algorithm google". Yang ini saya tak study lebih lagi. Insyallah siapa boleh master dalam bab ini lagi mudah nak menang untuk mana-mana contest SEO.

5) Buat beberapa entri berkaitan dengan keyword tersebut. Bagi mereka yang dah hebat dengan SEO ini, satu entri pun sudah cukup. Tetapi bagi yang baru-baru nak "godek-godek" dan cuba jaya macam saya ini boleh buat beberapa entri yang tajuknya sama dengan keyword yang dipertandingkan. Cerita ini juga ada disebut dalam laman web penaja akak Akma Omar.

Oklah, dah banyak saya merapu pula rasanya. Tak tahu betul ke tak ini, Nanti takut kena gelak kat taiko-taiko SEO pula. Saya masih baru dalam SEO ini. Jika nak tahu lagi anda kena belajar. Carilah ilmu sebanyak mungkin dalam SEO ini. Ini kerana ilmu SEO kadang-kadang berubah mengikut Algorithm pakcik google. Jika nak tahu dengan lebih terperinci lagi. Tunggu ulasan dan perkongsian yang akan dibuat oleh taiko-taiko yang lain. Mereka lagi mahir dalam teknik SEO ini jika nak bandingkan saya yang masih baru nak belajar.

Jika anda berminat dengan teknik SEO ini. Anda boleh dapatkan ilmu dengan menuntut ilmu dengan mereka-mereka yang mahir dalam ilmu SEO. Saya nak kongsi satu panduan yang boleh anda "ceduk" Ilmu SEO. Daptkan panduan dan belajar SEO di sini --->> Belajar SEO ( Klik sini )
Tempat Ketiga
Pokok2u.blogspot.com
1 x Wang tunai RM 250
Terima kasih saya ucapkan kepada akak Akma Omar yang telah menganjurkan contest  " Buffet Ramadhan Casa Ombak " ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penganjur-penganjur yang lain juga. Semoga kita semua diberi kemurahan rezeki lagi oleh Allah SWT. Amin.

Dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Semoga perkongsian ini dapat membantu untuk kita semua belajar tentang ilmu SEO lagi.

35 Comments

  1. Alhamdulillah, rezeki, iolss tumpang happy ok?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ... :) rezeki tu ..

    ReplyDelete
  3. Tahniah.... saya lagi la zero knowledge pasal SEO ni... ada masa, boleh la baca utk tambah pengetahuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya pun belajar-belajar juga akak Nur.

      Delete
  4. Assalammulaikum...

    tahniah yer menang contest seo ... dari blogger akmar omar..

    mselim3

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Tahniah dari kakak.. Memang pun layak sebab kakak baca N3 itu.
    Betul juga dah macam dpt duit raya hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak Kakak pun banyak juga dapat hadiah ;-)

      Delete
  7. ALHAMDULILLAH..
    TAHNIAH YE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ada rezeki duit raya tahun ini. ;-)

      Delete
  8. Alhamdulillah dan tahniah yer. boleh buat open house raya ni...heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bro DH. Dapat sikit-sikit sahaja buat tambah duit raya.

      Delete
  9. pergh.. bro gak yg dapat, ajari bro? ada setting tag apa ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba jaya aje. 5 panduan di atas boleh dijadikan rujukan sikit-sikit bro arman.

      Delete
  10. tahniah.

    bukan senang tu nak menang. hoho

    ReplyDelete
  11. tahniah... terbaikkk!! :D
    boleh jadi sifu niii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. Ramai lagi yang sifu dalam SEO ini. Saya masih belajar SEO lagi.

      Delete
  12. Tahniah... rezeki raya. Banyak yang boleh dipelajari dari entri ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Boleh belajar. Nanti boleh cuba. Insyallah ada rezeki berjaya.

      Delete
  13. Perrggg... Berjaya juga awak belajar SEO tu... Apa pun, tahniah dari teman... Thanks for sharing some info about SEO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Ramai lagi yang berjaya dalan SEO ini akak. Cuma mereka tak nak tunjuk.

      Delete
  14. Wah.. Hebat SEO blog ni. Boleh mintak tunjuk ajar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba jaya aje ammar. Saya pun masih belajar SEO.

      Delete
  15. Tahniah. Hebat dah tu bab SEO. Bukan senang nak menang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih belajar juga Hazmin. Ramai lagi yang hebat SEO sebenarnya. Mereka tak nak tunjuk.

      Delete
  16. rahsian lain de tak bro? awal2 duk page 2. lepas tuh naik ke no.3 tetiba... konfius nih then stay no. 3 sampai habis kontes. ermm.. pendedahan berani skit bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker macam tu.. Saya rasa ini aje. Mugkin sebab pak cik google tolong kot. Kenabagi rekod baik pada google. inyallah ada harapan sikit. Bergantung kepada rezeki juga.

      Delete
  17. Tahniah. Bukan senang tu. Pasti ada ilmu SEO yang boleh dikongsikan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tulis perkongsiannya di atas. Tak perasan yea?

      Delete
  18. Hehe..terbaiklah..tahniah bro..nanti kalau ada contest SEO, leh cuba lagi ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya pun cuba jaya aje. Alhamdulillah ada rezeki ali ni.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.