Iklan Merdeka Petronas 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Iklan Merdeka Petronas 2014. Rasanya setiap kali tiba bulan kemerdekaan negara kita akan tertunggu-tunggu iklan-iklan kemerdekaan yang akan disiarkan di RTM mahupun TV3. Ini dulu, sekarang ini ada macam-macam stesen tv di negara kita. Ini semua adalah hasil kemajuan yang dicapai negara setelah merdeka.

Iklan Merdeka Petronas 2014
Pastinya antara iklan yang kita paling suka lihat apabila menjelangnya merdeka adalah iklan daripada syarikat Petronas Malaysia. Iklan yang sentiasa menyentuh hati setiap daripada kita untuk melihatnya. Sama seperti Iklan Hari Raya Petronas 2014 juga.

Pada tahun ini, Iklan Merdeka Petronas amat menarik juga, ianya bertajuk " A Walk Through Time " yang berdurasi 3:28 minit. Pada saya ini adalah iklan yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ianya mengisahkan dua orang kanak-kanak lelaki yang merentasi masa dan peristiwa dalam tempoh 57 tahun negara selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Apa yang dapat diceritakan di sini, ianya mengimbau sejarah pencapaian negara dari Merdeka (1957), Piala Thomas(1992), Bas Mini KL (1975-1998) , Filem Do Re Me dan bermacam lagi.

Bila melihatnya pastinya akan membuatkan kita merasa bangga dan bertuah berada di bumi Malaysia sebagai rakyatnya dan menjadi pelengkap kepada Bangsa Malaysia. Tanpa pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum ini pastinya kita tidak akan berada pada tahap sekarang.

Sebagai generasi baru pasca Merdeka, sepatutnya kita lebih menghargai nikmat kemerdekaan ini. Tunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kita kepada negara dengan mengekalkan keharmonian yang ada. Jika kita tidak manjaga nikmat kemerdekaan ini dengan sebaiknya. Takut nanti kita akan dijajah kembali, Walaupun bukan dengan cara terang-terangan. Takut juga kita terjajah dengan cara yang halus.

Rasanya dalam TV iklannya tak sampai 3:28 minit. Jika anda nak tengok iklan penuh tersebut. Anda boleh lihat iklan penuh yang terdapat dalam website PETRONAS ini.. Saksikan Iklan Merdeka Petronas 2014 (di sini)

PETRONAS berharap dengan video ini dapat mencetuskan perasaan bangga dan semangat patriotisme dalam hati rakyat Malaysia. Dengan mengingati masa lalu dalam berusaha untuk hari esok yang lebih besar, video ini menjemput kita untuk melihat kembali apa yang telah dicapai oleh kita semua sebagai sebuah negara yang merdeka dan bersatu.

Salam merdeka buat semua. " Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta "

12 Comments

  1. Belum berkesempatan nk tgok lgi...

    ReplyDelete
  2. Memang best iklan petronas

    ReplyDelete
  3. boleh lah..tapi tak touching sgt :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iklan kali ini lebih kepada pencapaian negara sepanjang 57 tahun Merdeka.

      Delete
  4. petronas ni bab2 iklan mmg serius di buatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mereka nak jaga nama baik juga. Sebab tu buat iklan pun bagus.

      Delete
  5. pesan dari iklan merdeka petronas sangat bagus sekali

    ReplyDelete
  6. tapi masih rindu iklan yasmin ahmad dulu2

    ReplyDelete
  7. Semoga kemerdekaan yg dah mencecah 57 tahun ini juga seimbang dgn kemerdekaan minda penduduknya terutama bangsa kita yg masih ramai terlalai bagai terjajah lagi...

    ReplyDelete
  8. Terbaik iklan petronas. Dalam TV mesti banyak potong nanti, jimat masa, jimat kos.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.