Permainan Video MH17 dikecam Hebat

2014-08-29

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Permainan Video MH17 dikecam Hebat. Agak terkejut dengan berita ini, semasa ramai rakyat Malaysia dan rakyat di seluruh dunia berduka cita dan masih bersedih dengan Peristiwa MH17 yang ditembak. Ada lagi golongan manusia yang tidak bertanggung jawap memburukkan keadaan.  Satu permainan yang telah dibuat berkaitan pesawat MH17.

Permainan Video MH17 dikecam Hebat
Permainan Video MH17 dikecam Hebat
Bagi kita yang boleh berfikir secara rasional. Pastinya permainan sebegini tidak patut dibuat. Bukan sahaja untuk menghormati mangsa yang telah pergi. Malah untuk menghormati ahli keluarga magsa yang terlibat juga.Bagi mengetahui lebih lanjut lagi ceritanya. Saya sertakan info tentang berita permainan video MH17 yang dikecam hebat tersebut.

Berita Permainan Video MH17 dikecam Hebat

"" Permainan video MH17 tidak diterima dengan baik oleh orang ramai. Dinamakan, ‘’Euro BUK Simulatore 2014’’, permainan ini memerlukan pemain untuk menembak pesawat-pesawat komersial termasuk satu pesawat yang mempunyai logo Malaysian Airlines.

Menurut akhbar The Star, permainan ini dipercayai dicipta oleh seorang warga Belanda yang selepas itu telah mengeluarkan permainan video itu dari internet.

Prof Capt Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang merupakan ketua bahagian penyelidikan penerbangan untuk Universiti Kuala Lumpur berkata "perbuatan ini tidak bertanggungjawab, apabila seluruh dunia sedang mengharapkan semua badan mangsa dikenalpasti dan dikembalikan  kepada negara asal mereka".
"" 
Sumber

Harapnya semoga permainan " Euro BUK Simulatore 2014" ini tidak dimasukkan di dalam aplikasi google play dan yang sewaktu dengannya. Kenapalah dibuat permainan sebegini sewaktu peristiwa ini masih segar lagi di dalam ingatan kita semua.

Pada saya, ianya patut dikecam dan tindakan tegas haruslah diambil, sekurang-kurangnya megeluarkan aplikasi permainan Euro BUK Simulatore 2014 ini daripada di download ke peranti komputer dan gadget. Apa pandangan anda? Boleh komen di bawah.

Saya sedang dalam proses megemaskini bloglist blog saya. Kawan-kawan yang berminat boleh sertainya. Insyallah blog kawan-kawan akan disenaraikan nanti di dalam Bloglist Kemerdekaan saya selepas ini. Bagi menyertainya, anda boleh lihat cara-caranya
 disini--->>>  Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah.
Buat anak buah. Teruskan berusaha untuk Peperiksaan Online PENGUASA KASTAM GRED W41. Selamat maju jaya.

Share

5 comments:

  1. time kasih atas infonya...saya budak baru belajar...kalau ada masa mai la singgah kat blog saya
    http://rahsialelakikacak.blogspot.com kalau nak tolong klik nuffnang pun ok juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. tak boleh minta tolong macam tu. Tak baik untuk etika seorang blogger jijoi. Insyallah nanti ada rezekinya jika kita betul buat blog.TQ

      Delete
  2. Belum jumpa lagi game tu...
    memang tak patutpun mereka buat macam tu
    macam takder hati dan perasaan

    ReplyDelete
  3. Tak ada sensitivity langsung... elok band saja apps nie dari mana-mana pelantar applikasi...

    ReplyDelete
  4. tak agak2 langsung dorang ni nak buat game..tak ada perasaan ke apa ni..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan