Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah

2014-09-05

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah. Alhamdulillah sempena bulan kemerdekaan yang ke 57 negara kita, saya selaku pencoret kisah blog ini ingin menganjurkan satu segmen Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah.
Seperti anda sedia maklum, saya dah lama tak update bloglist blog saya. Ada setengahnya dah bertahun tak menulis dan blog mereka masih saya simpan. Jadi kali ini saya nak buat bloglist baru bagi menggantikan bloglist lama.

Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah
Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk:-
1) Membina dan mengemaskini semula senarai "Bloglist" blog ini.-->> Hanya bloglist yang baru akan dimasukkan. Yang lama akan di remove semuanya. Blog sedia ada kena sertai balik untuk berada dalam bloglist baru ini.

2) Mengenang kembali jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang negara kita yang telah banyak berkorban demi mencapai kemerdekaan hari ini.

3) Mengetahui tentang nilai sejarah negara kita yang sering dilupakan seperti tempat, peristiwa, tokoh sejarah kemerdekaan dan sebagainya yang berkaitan dengan bulan kemerdekaan.

Syarat Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah
1) Penulisan entri mestilah berkaitan kemerdekaan negara.
2) Entri berbentuk hasutan,perkauman,permusuhan dan yang berkaitan tidak dibenarkan.
3) Tidak dibenarkan menulis entri berbentuk pengiklanan, perniagaan, affiliate dan sewaktu dengannya.
4) Hendaklah Like page facebook Pokok Manggis Depan Rumah, Add Google Plus, Follow twitter PMDR1 dan follow blog ini juga. (Tidak wajib, cuma digalakkan)
5) Memasukkan gambar logo tema kemerdekaan pada tahun ini seperti gambar di atas
6) Backlink entri ini dalam entri penyertaan anda DAN satu link utama blog ini ( contoh - Pokok Manggis Depan Rumah ). Jadi ada 2 link sekurang-kurangnya.

Penulisan Entri Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah
1) BEBAS menulis apa-apa sahaja TAJUK entri tetapi dimulakan dengan Permulaan TAJUK "Bloglist Kemerdekaan:"........ (tak perlu buat warna biru pun-sekadar contoh)
Contoh:
Bloglist Kemerdekaan: Kisah perjuangan Tok Janggut di Kelantan
Bloglist Kemerdekaan: Pasir Salak
Bloglist Kemerdekaan: Kisah Perjuang Kemerdekaan Negara
Bloglist Kemerdekaan: Perjalanan Kemerdekaan Negara
Bloglist Kemerdekaan: Kenapa saya suka Malaysia
Bloglist Kemerdekaan: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Bloglist Kemerdekaan: Lagu Tema Kemerdekaan ke-57

dan macam-macam tajuk yang anda rasa nak tulis. Ianya BEBAS.

2) Sebaik-baiknya panjang entri melebihi 300 patah perkataan, Ianya  untuk kebaikkan SEO blog anda dan memudahkan pak cik google menerima entri anda dalam enjin carian. Atas pada 200 patah perkataan boleh lagi diterima.

Hantar Penyertaan Anda
1) Hantar penyertaan anda dengan memasukkan link entri anda pada ruangan komen dibawah
2) Segmen Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah ini bermula 27 Ogos 2014 sehingga 14 September 2014 jam 10PM
3) Penyertaan selepas waktu tersebut tidak akan diterima.
4) Penyertaan yang melanggar syarat tidak akan diterima.
5) Hanya 31 blogger sahaja yang akan dimasukkan ke dalam senarai tersebut. Jika penyertaan melebihi dari jumlah 31 senarai, untuk list 10 terakhir akan ditentukan melalui "random.org". Jadi penyertaan ini juga memberi kelebihan kepada mereka yang menghantar penyertaan yang awal.

Kelebihan Bloglist Kemerdekaan ke-57
1) Saya akan memasukkan senarai "Bloglist Kemerdekaan" ini setelah tarikh tutup penyertaan. Jika lambat pun mungkin beberapa hari selepas tarikh tutup. Mengikut keadaan masa juga. atau mungkin lagi cepat.
2) Blog tersenarai akan saya masukkan dalam entri semasa saya mengikut kesesuain entri.

Semoga segmen Bloglist Kemerdekaan Ke-57 Bersama Pokok Manggis Depan Rumah ini dapat memberi kebaikan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Hayati dan hargailah nikmat kemerdekaan yang kita perolehi hari ini. Jika kita tidak manjaganya siapa lagi yang nak jaga dan mempertahankan kemerdekaan ini. Sayangi negara kita kerana "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Salam Kemerdekaan ke-57 dari saya sekeluarga.

P/S:  Hanya komen yang tidak berkaitan akan di delete. Terima kasih kawan-kawan.

Share

28 comments:

  1. Nak, tapi.....masa knor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ada masa nanti Knor boleh buat.

      Delete
  2. Hebat bagus pada yang suka menulis dan banyak idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh cuba menulis juga su.. :-)

      Delete
  3. http://www.aimisyahirah.com/2014/08/bloglist-kemerdekaan-bersama-pokok.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi join Misya. Harap dapat melihat balik syarat yang saya letakkan dalam entri blog saya. Boleh cerita tentang kemerdekaan dan apa sahaja tentang merdeka.

      Delete
  4. Pasti ramai yg berminat ni...

    ReplyDelete
  5. segmen yang bagus bg menyemarakkan lagi bulan sambutan hari kemerdekaan. tahniah buat penganjur~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Boleh sertai juga Nafira.

      Delete
  6. join
    http://adna2029.blogspot.com/2014/08/bloglist-kemerdekaan-semangat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih join Nor. Semangat saya baca entri Nor.

      Delete
  7. Malaysiakua Merdeka!!! kelak akan disiapkan entri berkenaan yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tajuknya YBI. Saya tunggu entri penyertaan YBI. Terima kasih.

      Delete
    2. semoga dipermudahkan... baru perasan... tpyo pulak pada ejaan di atas tu..

      Delete
  8. amboi smepat juga buat senarai bloglist ye heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah sempat lagi. Nak bagi semangat sambut merdeka. ;-) JOM join juga suri.

      Delete
  9. Menarik sangat.....tapi masa dan idea kurang...semoga dapat sambutan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bunda. Insyallah boleh cuba mengarang cerita-cerita tantang merdeka. Jemput sertainya. ;-)

      Delete
  10. tahniah...moga negara tercinta ini kekal merdeka...

    ReplyDelete
  11. Teringin pula nak join..hehe

    ReplyDelete
  12. Nak jugak join, tapi masa sangat mencemburui teman laa...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih diatas jemputan. Menarik... InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan..
    Semoga berjaya buat semua peserta ya!

    ReplyDelete
  14. menarik ni..insyaAllah lau sempat yaya join..tp mcm xsempat..huuu

    ReplyDelete
  15. bagus segmen camni...mengingati kisah pejuang negara. Insya ALLAH berkesempatan, akan join juga

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya dah masukkan kedua-dua blog yang join dalam list "Bloglist Pokok2u" Terima kasih adna2029 dan Misya

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan