Iklan Raya Petronas 2014

2014-07-17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Iklan Raya Petronas 2014. Setiap tahun rasanya apabila menjelang hari raya iklan inilah yang paling kita tunggu. Iklan Raya Petronas, sebabnya mungkin antara kita boleh membuat kesimpulan sendiri. Iklan Raya Petronas banyak memberi kesan yang baik kepada kita semua dan memberikan pengajaran yang berguna disebalik iklan yang hanya memakan masa beberapa minit tersebut.

Iklan Raya Petronas 2014
Iklan Raya Petronas 2014
Iklan Raya Petronas Yang Memberi Pengajaran
Teringat sebelum ini tentang iklan Petronas yang lama-lama terutamnya Iklan Raya Petronas- Burung Murai.
Iklan Raya Petronas - Burung Murai
Iklan Raya Petronas - Burung Murai
Iklan Petronas 2007 - Burung Murai.
Pada saya semua iklan Petronas memberi banyak pengajaran kepada setiap penonton yang melihatnya. Antara iklan yang paling menyentuh perasaan adalah Iklan Petronas Raya Burung Murai. Iklan ini mengisahkan seorang ayah yang telah kematian isterinya. Bila tiba hari raya anak dan cucu si ayah tersebut makan-makan dan bergembira menyambut hari raya. Apabila mereka mencari ayah mereka, anak lelaki kepada pakcik tersebut nampak ayahnya sedang mengelamun di bawah pokok di depan rumah. Bila si anak tersebut pergi dan bermulanya kisah burung murai tersebut, si ayah bertanyakan si anak burung apakah di atas pokok tersebut. Anaknya menjawap "Burung Murai" berkali-kali si ayah mengulangi pertanyaan tersebut dan anaknya pun turut menjawap pertanyaan si ayah tersebut dan akhirnya... (sebak nak cerita) nak tahu anda boleh lihat sendiri Iklan Raya Petronas 2007 burung murai.

Iklan Raya Petronas 2014 -Ke Pangkuan Bonda.
Pada tahun ini juga Iklan Raya Petronas 2014 memaparkan kisah yang sesuai untuk kita jadikan pengajaran dan panduan di dalam kehidupan kita. Ianya mengisahkan tentang cerita ringkas mengenai kisah yang bertajuk "Ke Pangkuan Bonda". Anda nak tengok, boleh lihat iklan tersebut. Nak cerita lebih nanti tak seronok pula. Takut nanti ada yang menangis pula. Boleh saksikan sendiri Iklan Raya Petronas 2014 ini.

Somoga terhibur dengan Iklan Raya Petronas 2014 Ke Pangkuan Bonda. Tengok nanti terlepas pula. Boleh juga tengok " Kisah di sebalik Emas "

Share

2 comments:

  1. suka tgk iklan2 raya dari petronas dsbg.. menarik.. sayu je rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak kisah pengajaran dengan iklan raya Petronas.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan