Sekolah Yang Cantik Menarik Minat Pelajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kata cikgu Sekolah Yang Cantik Menarik Minat Pelajar. Betul ker semua ini? Saya setuju juga dengan kenyataan ini. Jika sekolah tak cantik, kurang sikit pelajar yang nak ke sekolah. Jika sekolah tersebut cantik, pasti ramai pelajar yang nak ke sekolah tersebut.

Contohnya hari ini, ada sesetengah sekolah yang bersekolah ganti hari ini untuk mereka ambil cuti lama sedikit sempena CNY 2014. Semua orang suka bila sekolah cuti lama,masing-masing boleh rancang untuk balik kampung lama-lama. Jika sekolah cantik pasti ramai pelajar yang nak datang ke sekolah hari inikan. Sebab rindu kat sekolah mereka yang cantik tu.

Banyangkan jika sekolah tak cantik, semangat nak ke sekolah pun boleh jadi kurang, ditambah pula jika cikgunya garang-garang macam cikgu Matematik dan Bahasa Inggeris saya dulu, mesti palajar nak pergi sekolah pun malas bila ada sekolah ganti macam hari ini.

Jadi nak dapat sekolah cantik, kenalah cantikkan sekolah kita yea, caranya jangan buang sampah di merata-rata tempat dan selalu adakan aktiviti gotong-royong di sekolah. Insyallah lama-lama sekolah tersebut akan bertambah cantik. Tetapi jika ada projek bangunan baru seperti sekolah di Desa Mahkota ini kan best. Cantik sekolah ini. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu nak masuk belajar di sekolah ini.

Sekolah Desa Mahkota yang cantik.

Sekolah ini dahlah cantik. Bangunan barunya diilhamkan oleh arkitek tanah air yang ternama. Sekolah cantik pasti menarik minat pelajar ke sekolah bukan. Barulah jadi Sekolahku Rumahku.

6 Comments

  1. agak susah juga nak jumpa sekolah yang cantik melainkan sekolah baru dan kalau sekolah lama pun tengok pada kreativiti cikgu-cikgunya...
    tiba-tiba terasa rindu pada sekolah dulu...

    ReplyDelete
  2. Mula2 je cantik lps 4 /5 thn...tak cntik..cikgulh memainkn peranan...rasanya bkn murid je yg semngat cikgu pun smgat nk mengajar....mata ni mmg suka akn kecantikkan, lumrah..kn.tapi manusia juga puncanya...

    ReplyDelete
  3. Tiba2 teringat zaman sekolah dulu walaupun sekolah kakak dulu tak secantik sekolah ini...:D

    ReplyDelete
  4. hu2.. kalau sekolah tu dijaga elok bermula dari awal.. maybe akan cantiklah selama2nya.. tapi kalau sekolah baru jea cantik dan lepas tu x dijaga.. jadi buruk n tak lawo gak nanti kan... hee.. teman suka sekolah yang ada taman .. best..

    ReplyDelete
  5. Cantik tapi nampak macam bahaya tang tangga yg cantik tu. ikut pengalaman kak, budak2 sek rendah suka sangat main kat tangga...heee

    ReplyDelete
  6. Kalau sekolah cantik, pelajar rajin dating ke sekolah... Kalau cikgu cantik, ramai bapa datang masa masyuarat PIBG... Ada nanti yang berebut nak jawatan dalam PIBG...🤓🤓🤓

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.