Kisah Menarik Minggu ini.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Jumaat kawan-kawan..Sekejap sahaja masa berlalu. Diam tak diam dah masuk Hari Jumaat lagi. Diam tak diam bulan Januari dah masuk minggu ke-4, cepat betul masa berlalu. Macam mana dengan azam tahun baru dah mula mengorak langkah untuk dicapai atau masih di dalam perancangan. Ada beberapa perkara saya nak kongsi minggu ini.

manis bila bertudung,
Macam-macam cerita..

1) Iklan Petronas sempena CNY 2014 - Menarik bila tengok iklan ini, sejak-sejak harga minyak naik dan harga barang naik,PETRONAS pun buat Iklan macam ni. Penuh dengan pengajaran dan motif tersendiri. Terbaik Petronas.

2) Rumah di Bandar KL - Bila bercakap tentang rumah, ramai antara kita akan suka duduk di rumah sendiri. Bukan di rumah sewa. Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang. Mampukah kita dengan mudah untuk tinggal di rumah sendiri dan bukannya menyewa. Sebenarnya ada caranya. Cuma kita kena belajar dan berusaha untuk mengetahui macam mana kita nak membeli dan memiliki rumah sendiri. Jika nak tahu saya kongsikannya di sini. -->> Rahsia Memiliki Rumah Sendiri

3) Dapat duit dengan Jobdirumah - Ada yang bertanya saya,macam mana nak buat duit dengan jobdirumah sedangkan kita masih sibuk dengan kerja utama kita. Bagi saya mudah sahaja, Pertama kita kena pilih kerja yang mampu kita buat, jangan minta kerja yang tak mampu kita buat. Kedua - buat kerja tersebut masa ada waktu lapang. Insyallah ada waktunya dalam 24jam tersebut kita luangkan untuk buat kerja yang kita terima. Jika tak ada, kena bagi masa. Insyallah kita akan dapat HASILNYA. Daftarlah sekarang jika belum berdaftar yea. Saya dah dapat komisen ke-3 beberapa hari lepas. Yang ini tak termasuk dengan kerja yang saya buat. Boleh daftar disini dan NIKMATI HASILNYA ->> Pendaftaran Jobdirumah.

4) Tahniah buat kawan baik saya - Insyallah sabtu ini beliau akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati dan keluarga. Semoga rumah tangga yang bakal dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat. Malam nanti ada kenduri doa selamat di rumahnya. "Jumpa malam nanti bro".  Nanti jawap akad baik-baik yea, jangan gemuruh nanti. Banyakkan berselawat. Nak honeymoon di Brazil ker. Melancong sahaja di kampung saya. Nanti saya belanja.

12 Comments

  1. bagus juga ada list cam nih, senang utk visitor baca

    ReplyDelete
  2. mcm2 cerita ada... sume hepi2

    ReplyDelete
  3. sekali harung..senang kerja

    ReplyDelete
  4. 1. Iklan petronas utk CNY tu kakak tak nampak lagi
    2. Kos rumah negara kita kian melambung kena pandai campur-tolak-bagi-dharab
    3. Ramai yg dah join kakak perhati
    4. Moga masjid dibina mendapat keberkatan dan kebahagiaan.

    ReplyDelete
  5. mcm2 kisah kan..apa pn hidup kna truskan..huhu

    ReplyDelete
  6. Anonymous24.1.14

    byk citer ni... Tp KA pling suka pic lisa & fazura tu hehehe

    ReplyDelete
  7. mmg nk rumah sendiri pun...xbest menyewa or menumpang sebenarnya...huhuu...iklan petronas tu xsmpt tgk lg..
    tahniah juga utk kwn tu...tuan blog bila pulak?jeng3...

    ReplyDelete
  8. iklan petronas tu macam menarik je.. tak sempat nak tengok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanag menarik pun. Berbeza dari yang lain. Bijak & kreatif orang ni buat iklan. ;-)

      Delete
  9. Tapi yg menarik sekali bila terlihat fazura bertudung manis sekali. Sebelah dia sapa ye? Heee...

    ReplyDelete
  10. Sedang berfikir untuk join job dirumah nie...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.