Belajar di INTI International University

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Belajar di INTI International University. INTI International University adalah antara universiti yang terkemuka di Malaysia. INTI International University ini mendapat sukatan pelajaran daripada Laureate International Universities. Bagus juga bagi sesiapa yang ingin mendaftarkan diri ke INTI International University.

INTI International University antara tempat belajar yang terkemuka

Berbagai program Pengajian yang ditawarkan di INTI International University ini. Antaranya bidang komputer&IT, Kejuruteraan, Hospitaliti, Art&Design, Perundangan dan banyak lagi. Merangkumi bidang keperluaan kerja yang terdapat di negara kita dan juga di luar negara. Antara lokasi Kampus INTI International University yang terdapat di Malaysia ialah:-

1)INTI International University
2)INTI International College Subang
3)INTI International College Kuala Lumpur
4)INTI International College Penang
5)INTI College Sabah

Bagi mereka yang menjadi pelajar di INTI International University ini, pihak INTI International University juga menyediakan kemudahan pengurusan pinjaman Pelajaran dengan PTPTN, ada juga terdapat "Monthly payment scheme" dan satu yang amat diminati oleh pelajar adalah biasiswa pelajaran yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan. Mesti seronok belajar dan dapat biasiswa penajaan belajarkan. Insyaallah jika pelajar layak. Mereka akan menerima biasiswa daripada pihak yang bekerja sama dengan INTI International University. Bagi yang tak dapat insyallah akan dapat pinjaman PTPTN.

Bagi mengetahui lebih lanjut lagi tentang INTI International University ini. Bolehlah melihat sendiri cara pendaftaran dan peluang-peluang biasiswa yang diberikan oleh INTI International University.

1) Website INTI International University : http://newinti.edu.my/main

2) Facebook INTI International University: https://www.facebook.com/INTI.edu

3) Hari terbuka INTI International University:
 Tarikh : 28&29 Dec 2013
 Masa   : 10 pagi -5 Petang
Website : http://newinti.edu.my/main/calendar/2013dec-info-day-iu

Semoga perkongsian ini boleh membatu adik-adik yang sedang mencari tempat belajar bagi menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Tuntutlah Ilmu sampai kita berjaya berguna untuk diri,keluarga,masyarakat dan agama.

2 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.