Assalamualaikum.
Saya nak kongsi tentang tips untuk membina keyakinan diri. Keyakinan diri amatlah penting dalam pembentukan peribadi seseorang insan. Apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi, pasti dia mempunyai masa depan yg cukup cerah malah dia juga menyebabkan orang sekelilingnya terkena tempias keyakinan yg ada dalam dirinya. Namun, bagaimana untuk membina keyakinan diri sedemikian rupa?
1. Percaya dan yakin pada kebolehan diri
Setiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza dengan orang di sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada pada diri. Jangan takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah untuk kebaikan diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk Allah, seseorang itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan dicerca sehabisnya oleh insan-insan yg lain.
"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan," (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Senyumanmu menawan
Sentiasa tersenyum, walau dalam keadaan gembira, bahagia, dan dalam perasaan yg tidak selesa sekalipun. Apabila bibir tersenyum, ia seseolah-olah mengarah minda untuk turut menjadi positif dan menyebabkan diri kelihatan berkeyakinan walaupun hati sebenarnya amat terketar-ketar.
Sabda Rasulullah S.A.W. "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari)
3. Rentak langkah yg meyakinkan
Gaya badan menyuarakan seribu satu kata mengenai seseorang itu. Pernahkah anda mengalami situasi di mana apabila anda menghadiri satu-satu majlis, hampir kesemua mata tertumpu pada seseorang yg hadir di majlis tersebut? Dia tidak perlu menyuarakan apa-apa, bibirnya tersenyum dan langkahannya cukup membuatkan orang di sekelilingnya merasakan aura kehebatan dan keyakinannya.
4. Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri
Setiap insan pasti ada kelemahannya. Orang yg berkeyakinan diri yg tinggi, pasti sentiasa cuba untuk menjadi yg terbaik. Oleh itu, dia sentiasa memperbaiki dirinya dari hari ke hari dan menjadikan hari esoknya lebih baik daripada hari ini.
Sabda Rasulullah S.A.W. "Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali," (Riwayat Abu Daud)
Keyakinan Diri |
5. Malu itu biarlah bertempat
Benarlah malu itu perisai diri dan iman. Namun, biarlah malu itu berada di tempat yg betul. Usahlah malu untuk bertanya dan menyuarakan pendapat kerana malu bertanya akan menyebabkan sesatnya jalan. Usahlah juga malu untuk mengajak-ajak ke arah kebaikan kerana ganjaran pahala yg amat besar menanti di hadapan. Namun, malulah untuk melakukan kemungkaran dan tebalkanlah sifat malu dalam diri kepada Yang Esa untuk menayang-nayangkan segala keburukan diri kepadaNya.
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin," (Adz-Dzariyat: 55)
6. Jangan memandang rendah pada keupayaan diri
Jangan pernah sesekali memandang rendah pada kebolehan dan kekuatan diri, lantas menyuarakan "aku tidak mampu untuk melakukan itu dan ini,". Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana kemampuan seseorang itu, oleh sebab itulah Dia memberikan ujian yg berbagai-bagai, sesuai dgn kemampuan seseorang itu. Oleh itu, jangan pernah menyekat kemampuan diri dan sentiasalah mencabar diri untuk menjadi insan yg lebih baik.
"...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan," (Ath-Thalaq:7)
7. Hargai Diri
Anda adalah unik kerana tiada satu pun di dunia ini yg mempunyai nama anda, dan mempunyai peribadi yg sama, wajah yg sama, pendidikan yg sama ataupun gaya bahasa yg sama dengan diri anda. Andalah satu-satunya insan sedemikian di bumi Allah ini. Maka, hargailah diri dan peribadi anda sebaiknya. Jangan mudah goyah dan terhanyut ke kanan dan kiri, mengikut gaya dan pendirian orang lain tanpa mengira dan mengukur buruk baik kesannya pada diri anda. Biarlah setiap tindakan dan bicara anda itu benar-benar datangnya dari diri anda, bukan disebabkan pengaruh orang lain.
8. Jangan membandingkan diri dengan orang lain
Melakukan perbandingan terhadap diri dengan orang lain adalah satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Kelebihan dalam dirimu itu takkan pernah sama dgn kelebihan yg ada dalam diri orang lain. Definisi kecantikan pada hati dan wajahmu itu takkan pernah sama dengan definisi kecantikan yg ada pada gadis yg lain. Setiap usahamu itu tidak sama kekuatannya dengan usaha yg dialirkan oleh insan lain. Maka, usahlah melakukan perbandingan dirimu dengan insan lain. Yang penting, jadilah dirimu yg terbaik!
"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza," (Al-Lail: 4)
9. Senantiasa berfikiran positif
Orang yang berkeyakinan tinggi mempunyai pemikiran yg amat positif. Apa sahaja yg dilihatnya, dia pasti akan melihat sesuatu itu dari sudut positif dan apa sahaja yg didengarnya, dia akan menafsirnya dgn pemikiran yg positif. Oleh sebab itulah, apabila seseorang menyatakan kepadanya bahawa dia dilihat sebagai seorang yg berjiwa besar dan mempunyai masa depan yg amat cerah, dia akan mengejar apa yg dikatakan itu kerana dia positif dan yakin bahawa dia boleh melakukannya.
10. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi
Adakalanya motivasi yg ada dalam diri kita mudah jatuh kerana ia juga ada naik surutnya. Oleh itu, jangan biarkan diri terus hanyut apabila merasakan diri tidak berkeyakinan dan sebagainya. Bacalah buku-buku motivasi dan dengarlah kata-kata yg membangkitkan semangat dalam diri. Berbicara dengan diri sendiri juga mampu untuk menaikkan semangat, antaranya mungkin dengan menulis surat kepada diri sendiri di dalam diari ataupun jurnal agar semangat yg luntur kembali pulih.
Sama-samalah kita membina dan mengukuhkan lagi keyakinan diri yang ada dalam diri agar diri kita hari ini jauh lebih baik dari hari sebelumnya, insya-Allah.
sumber :Aisha Ardini
12 Comments
Satu sifat kakak tetap nak membandingkan diri dgn org lain apa lagi bila melihat betapa waraqnya seseorg itu bagaikan tak termampu utk menjadi seperti mereka ini. Suka melihat org yg alim dan moga menjadi motivasi diri kakak yg kurang ini.
ReplyDeletesy selalu ada rase kurg keyakinan diri... mahukan sokoongan barulah dtg keyakinan tu.. bila dh baca tips ni.. terbukak skit minda rsaa nya.. tq for sharing :)
ReplyDeletenice info..
ReplyDeletethanks for sharing :)
tq berkongsi yek, ada antara tips yang memang KA pratikkan !
ReplyDeletetq....mmg tengah bina keyakinan diri ni...nanti ada tebiu,da lama xtebiu keyakinan diri tu naik turun je...baca ni rasa lega...:)
ReplyDeletetengah membina keyakinan diri.. kekadang terasa sangat rendah diri yang tahap melampau
ReplyDeletesangat setuju dgn info di atas ;)
ReplyDeletesalam kenal
Terima kasih untuk info ni :) Seriously mmg memerlukan waktu ini...
ReplyDeletebetol tu..setiap org ada potensi diri sendiri..so,tak salah kita tonjolkan diri untuk perkara2 yg baik..
ReplyDeletemalu biarlah bertempat.. setuju sgt.... mmg susah nak bina keyakinan diri.. tp hidup bermasyarakat.. mestilah kene ade keyakinan diri...
ReplyDeleteApa yang penting self motivation kena kuat. :)
ReplyDeletePetua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah
menarik dan bermanfaat nih infonya
ReplyDeletesenang sekali bisa mampir ke blog anda
terimakasih banyak gan
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.