Cara Tidur Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Saya nak kongsi tips Cara Tidur Rasulullah S.A.W.. Insyallah jika amalkan cara ni kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.

Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Cara Rasulullah  S.A.W Tidur


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya  kita bersama pasangan kita tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersama pasangan kita dulu.
Sumber

17 Comments

  1. info yang menarik .
    akan di amal kan kelak :)

    ReplyDelete
  2. tidur paling tak bagus ialah tdo meniarap....dulu selalu buat cmtu..pastu sakit dada..then, x buat dah...sekarang tdo melentang sebab sakit badan kalo mengiring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang kita selesa. Tidur mengiring sekajap tak apa. Ambil pahala sunnah. Lepas itu baru tidur ikut yang kita selesa. Kejayaan hanya dalam agama :-)

      Delete
  3. yupp info yg baik utk diamalkan.. cuma pkataan tidur lah benda paling mudah tp x mudah tok anak2 akak.. siap nangis2 kalau disuruh tdo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea. anak-anak suka main daripada tidur. :-)

      Delete
  4. Terima kasih sudi kongsi info yg.amat berguna ini...insyaallah akan cuba diamalkan.

    ReplyDelete
  5. terima kasih juga untuk info yang berguna ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Nanti boleh amalkan cara tidur Rasullah S.A.W ini.

      Delete
  6. seronok dapat baca info macam ni untuk audit diri kita..

    ReplyDelete
  7. terima kasih dik..
    this is very good info for us!
    harap kita dpt manafaatnye bersama...

    ReplyDelete
  8. ada yg dijadikan amalan, ada yg tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh tambah mana yang kurang.

      Delete
    2. Semoga dengan mengamalkan cara tidur Rasullah S.A.W. di samping mendapat rehat. Kita juga beroleh pahala.. Jangan sampai keluar air liur basi sahaja. Nanti kena cari cara mengelak air liur basi dari terkeluar pula.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.