Khasiat Buah Manggis


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari  ni saya nak berkongsi tentang nama blog saya. Buah manggis.. Buah manggis ada khasiat?
yea ker?? ramai orang tak tahu hal ini.. Hari ni saya nak kongsi tentang manggis ni.. Ni al-kisah nye



Manggis  atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.

Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.


Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomesialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit. Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat.

Khasiat dan kegunaan ( Ni antara khasiat nye.. )

Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.



Kandungan Kulit Manggis

Kulit manggis mempunya tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak.

Buah manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.

Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.

Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Cara Makan

Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.

” Saya bila makan, gigit sedikit bahagian dalam kulitnya, rasa memang kelat, tetapi puas, lepas tu baru makan isi yang manis, dalam sekelip mata rasa pahit hilang” itu pengalaman makan kulit manggis segar.

Kulit manggis dihiris & jemur hingga kering untuk dijadikan serbuk. Masuk dalam capsule.Ambil setiap hari. Di Amerika mereka membuat Jus dan menjualnya serata dunia termasuk Malaysia, dan heboh dalam blog dan ramai yang berniaga dalam internet menjual jus buah manggis.

 Cara-cara nak kupas kulit buah manggis





Khasiat Kulit Manggis

1. Memberi tenaga

2. Prevents inflammation

3. Mencegah sakit urat saraf

4. Mencegah Ulcer

5. Mencegah kemurungan

6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)

7. Mencegah kanser

8. Tingkat system pertahanan badan

9.  Awet Muda

10. Membuang toksid dalam badan

11. Membunuh kuman

12. Mencegah kulat

13. Mencantikan kulit

14. Membuang kolesterol dalam badan

15. Untuk kesihatan  jantung

16. Mengurang tekanan darah tinggi

17. Kurangkan gula dalam darah

18. Kuruskan badan

19. Cegah batu karang

20. Mengimbangi seluruh badan.

Caranya Menggunakan kulit manggis

1. Ambil buah manggis

2. Kupas

3. Isi dia enak di makan

4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering

5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.

6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

Nota : Jarang kita jumpa ulat dalam buah manggis, walaupun ada buruk tetapi tiada ulat, itu rahsia buah ini.

Semoga info ini memberi manafaat kepada kita semua.. nanti cuba2 la yea..

9 Comments

  1. Rumah kampung hubby kakak banyak pokok manggis. kalau musim manggis memang kami tak termakan. Betul mana ada ulat tapi kalau yg busuk tu dia macam ada karat kat dalam atau kalau lama simpan kulit dia yg keras kematu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak. Biasanya jika buah dia tak jatuh kene tanah,tahan buah manggis ni jika kita nak simpan. Tapi jika dah jatuh kena tanah, buah manggis cepat rosak.

      Delete
  2. Best nye.. betul2.. lama dia jadi keras. teringat kat pokok manggis depan rumah tuuuuut.. :-)

    ReplyDelete
  3. ehhmm.. pokok manggis awk sama lah dgn pokok manggis sy. dorang kembar ye? kembar lain tuan. :P

    ReplyDelete
  4. hehehe.. kembar apa ni yea..??
    kembar lain mak, lain bapak yea.. :-)
    sama tapi serupa.. ker sama tapi tak serupa yea..
    Pokok Manggis Depan Rumah

    ReplyDelete
  5. pokok manggis kat kampung tak menjadi sangat..
    suka manggis. pantang dipelawa.. hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NurMisnan: betul2... buah manggis sedap..
      tapi jika nak makan.. kene tunggu musim la yea..
      Pokok Manggis Depan Rumah

      Delete
  6. Sangat suka mkn buah manggis tapi sangat tak pandai nak kopek kulit die. sampai husband geram tgk dan tolong kopekkan.. ;p

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.