Petua Hilangkan Batuk dan Kahak


Assalamualaikum semua..

Semalam aku demam selsema. Pegi klinik kat rumah la..alhamdulillah hari ni rasa macam ok sikit. Dapat la datang kerja walaupun tak berapa sihat lagi. Biasa la, MC dapat satu hari aje, itu pun atas budi bicara doktor yang bagi MC kan. Doktor tu baik,siap bagi tips lagi.. pastu dapat la ubat ngn MC semalam. Hari ni masuk opis seperti biasa.. Alhamdulillah hari ni demam dah ok, tapi yang masih tak ok batuk. Masih berkokol-kokol lagi batuk ari ni. Jadi sambil2 dok di offic aku cari la info pasai nak sembuhkan batuk. Ini antara tips atau pun petua - petua yang dapat di cari dengan bantuan pak cik google yg prihatin.


Petua 1
Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.





Petua 2
Bahan:
1) Limau Kasturi - 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci
Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum





Petua 3
Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin...




Petua 4
1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman's friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang
Saya try selama 2 hari ni:
air limau nipis suam + madu biobarakah
madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.
dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga.
Alhamdulillah, ni beransur baik.


Boleh ye cuba...
Air suam + limau nipis + madu + gula batu

Petua 5
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam


Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).






ada petua2 lain tak.. Boleh masukkan dalam komen :-)


3 Comments

  1. Petua yang bagus, saya suka. menggunakan sumber asli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petua sembuhkan batuk dari sumber asli. semoga ianya bermanfaat.

      Delete
  2. Terima kasih..
    ada tambahan petua ker?
    boleh kongsi2 di sini :-)
    Pokok Manggis Depan Rumah

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.