Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A). Beberapa hari lepas semasa blogwalking saya ada terbaca cerita kawan yang rumahnya kena masuk pencuri. Rasa tergerak hati untuk berkongsi doa dan amalan yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A. Doa ini adalah merupakan doa pelindung kepada Diri, Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Doanya hendaklah dibaca selepas solat Subuh dan Selepas Solat Asar. 

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A), Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A) - Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah

Maksud Doa Abu Darda R.A
Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepada-Mu aku bertawakal.
Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung.

Apa saja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa saja yang tidak dikehendaki-NYa, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan dirku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam dalam gengaman-Mu. Sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil)


Kisah Di sebalik Doa Yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A.
Talha R.A. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda R.Adan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda R.A.. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda R.A. memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda R.A "Wahai Abu Darda R.A! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda R.A. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

[Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi,
Bab Bacaan Pada Waktu pagi dan Petang.
Ibnu Sunni ialah Imam Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak As Sunni]

Doa ini juga boleh dibaca pada setiap kali kita keluar dari rumah atau Bersafar.

Sponsor Ads
[+]Rahsia membina kerjaya berjaya di rumah!!! Klik Sini
[+]Rahsia Tambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
[+]Panduan Dekorasi Bajet Rumah Anda! Klik Sini

Betapa yakinnya Hadrat Abu Darda R.A. kepada doa yang diajar kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Kita pun kena amalkan doa ini juga. Tak perlu lagi risau ada pencuri dan macam-macam ancaman lagi dalam dunia sekarang. Oleh sebab kelemahan yakin kita kepada janji-janji Allah S.W.T  kepada kita. Banyak kita habiskan duit ringgit kita untuk menjaga dan mengawal rumah dan taman perumahan kita daripada segala macam benda hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Amin. Wallahualam.

16 Comments

  1. Menariknya kisah ni. Betapa besarnya kuasa Allah ya. Terima kasih dengan perkongsian ni. Saya cuba amalkan doa ni nanti.. semoga dijauhkan drp perkara yg tak diingini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Doa Abu Darda R.A ni Rasulullah S.A.W.ajat kat Abu Darda. Insyallah bagus doa ni.

      Delete
  2. Salam Jumaat and great piece of sharing... boleh diamalkan doa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amalkan Farah. Ianya boleh jadi doa pelindung untuk diri kita dan keluarga dari malapetaka insyallah.

      Delete
  3. Salam Jumaat, perkongsiaan yang amat baik utk amalan kita semua. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Bagus amalkan Doa Abu Darda ni BM.

      Delete
  4. kat kawasan sini pon, dah beberapa kali dengar kes rompak. risau juga ni sebenarnya. :D

    ReplyDelete
  5. Kakak cuma biasa baca yg Allahuma inni a'uzubika sampai last tak tahu yg awal. Terima kasih sebab bagi doa ini. Kakak suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hafal yang lengkap selepas ini KakZakie.

      Delete
  6. terima kasih kongsikan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh amalkan doa Abu Darda R.A ini Akak Mia sebagai usaha untuk melindungi diri dan keluarga kita dari bahaya dan musibah.

      Delete
  7. Alhamdulillah

    terima kasih sangat2 kerana menulis entry ini


    hanya ALLAH dapat membalas kebaikan tuan pokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga perkongsian doa ini dapat membantu kita semua.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.