Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Berpuasa Buat Semua.Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berpuasa lagi pada tahun ini. Satu nikmat yang besar di sisi Allah kepada kita semua apabila dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Bulan bonos, amalan di gandakan dan syaitan juga di 'halang' dari menghasut umat manusia untuk beribadat kepada Allah SWT.
Semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan kali ini. Kita semua mendapat keampunan dan rahmat yang melimpah ruah dari Allah SWT berkat kita berpuasa dan berterawih pada malam hari.
Pada bulan ini juga kita digalakan memperbanyakkan alaman mambaca Al-Quran. Jika boleh, cuba pada bulan ini kita azam nak khatam Al-Quran sebanyak 30 Juz tersebut. Jika tak tahu macam mana. Boleh baca perkongsian saya ini Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari. Nak selamat cuba masa awal puasa ni baca lebih dari satu juz setiap hari. Tak ada nanti bila dah hujung puasa, sibuk dengan urusan balik kampung, kuih raya dan macam-macam lagi yang menyebabkan hasrat nak khatam Al-Quran 30 Juz tidak tercapai. Cuba lah yea. Bagi masa dengan sebaiknya.
Bulan puasa ini juga, digalakkan untuk bersedekah. Nak sedekah apa-apa pun boleh. Sedekah untuk jamuan buka puasa di masjid boleh, nak masak banyak-banyak nak bagi jiran tetangga pun boleh. Sedakah setakat yang mampu, ada ustaz bagi tazkirah sedekah sebiji tamar pun boleh. Banyak kelebihan sedekah ni. Bersedekah untuk orang berbuka puasa, kita dapat pahala atas puasa yang orang tu buat juga. Pahala dia tak kurang.
Oklah, sempena bulan puasa yang mulia ni. Saya nak memohon kemaafan jika terdapat kata-kata, penulisan dan apa-apa kesalahan yang saya buat kepada pembaca blog ini. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan berolah keredaan dan kerahmatan dari Allah SWT.
Selamat berpuasa!
Selamat Berpuasa Buat Semua.Alhamdulillah syukur kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berpuasa lagi pada tahun ini. Satu nikmat yang besar di sisi Allah kepada kita semua apabila dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Bulan bonos, amalan di gandakan dan syaitan juga di 'halang' dari menghasut umat manusia untuk beribadat kepada Allah SWT.
![]() |
| Selamat Berpuasa Buat Semua |