Assalamualaikum.
Alhamdulillah, saya dapat Bonus Hari Jadi percuma daripada Celcom. Sebenarnya setiap tahun bila sampai tarikh hari jadi, Celcom akan hantar mesej pengesahan untuk bagitahu bahawa celcom akan bagi Bonus Hari Jadi Celcom. Terima Kasih en.Celcom yea. Jasamu dikenang. Sebelum ini dapat bonus banyak guna celcom yang
INI.
Sebelum sampai hari jadi kita, Celcom akan hantar mesej macam ini lebih kurangnya.
"Selamat Hari Jadi!Nikmati 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke no Teman 20. Cuma jawap BDAY YA sebelum tarikh lahir anda.Pastikan akaun anda aktif & Teman 20 telah diaktifkan."
Saya pun balas " BDAY YA ". Risau lambat-lambat balas takut tak dapat.
Lepas itu Celcom akan hantar mesej ini lepas saya balas.
"Bonus Hari Jadi: Terima Kasih! Nantikan ganjaran 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke nombor Teman 20 setelah anda menerima mesej bonus pada hari jadi anda"
 |
| Celcom |
Mesej ini biasa dihantar seminggu sebelum hari jadi saya. Jadi bila tiba tarikh tersebut, bonus celcom tersebut akan diberikan kepada pengguna.Jadi dalam tempoh satu minggu ini,dapat saya buat panggilan dan mesej ke no celcom yang telah saya daftar dalam Teman 20 saya. 24 jam boleh buat panggilan tak payah letak pun tak apa phone kalau larat nak bercakap lama-lama.
Dah lama saya guna Celcom setiap kali tiba hari jadi, bonus hari jadi dari Celcom antara yang ditunggu-tunggu. Terima kasih kasih celcom bagi bonus hari jadi kepada saya.
Assalamualaikum..
Malam tadi saya dapat satu message dari Celcom. " Bonus Setia: Raikan Ulangtahun ke 72 Bulan bersama Celco Blue. Dapatkan Kredit PERCUMA bila anda tambah nilai minima RM10 pada 15/10/2012 atau keesokkan hari". Macam ni la lebih kurang message celcom hantar. Jadi pagi esok nya saya topup kredit RM 10. Lepas tu dapat la Kredit PERCUMA Bonus Setia yang Celcom bagi. Alhamdulillah dapat RM10 Percuma. Jimat sikit duit topup bulan ni.
Sebenarnya kalau ikut message tu (72 bulan) dah saya bersama celcom. 72 bulan kira-kira dah 6 tahun saya bersama celcom blue ni. Di samping saya guna dan habiskan duit untuk celcom ni, celcom tak kedekut bagi kredit-kredit percuma untuk saya. Bulan lepas saya dapat Bunus Hari Jadi Celcom.
Nanti ada masa saya cerita tentang bunus hari jadi. Sekadar berkongsi pengalaman bersama celcom. Sebagai pengguna, saya suka celcom. :-)
 |
| Celcom |
Terima kasih en. Celcom. Sebenarnya sebelum saya menggunakan celcom ni, saya ada guna produk prabayar lain,tapi oleh sebab banyak tarikan yang Celcom bagi kepada pelanggan dia, saya pun bertukar kepada celcom. Diam tak diam,dah 72 bulan saya manjadi pengguna Celcom.. Kepada yang mencari-cari produk prabayar yang mempunyai banyak bonus, saya cadangkan anda memilih Celcom.
Ehm..macam nak promote CELCOM pula. Sebenarnya bukan saya promosi. Hanya berkongsi pengalaman bersama Celcom.