Resepi Mee Kuah Udang Ringkas Lagi Sedap. Nak makan makanan ringkas tapi macam-macam pula terlintas nak makan. Hari nie min nak masak Resepi Mee Kuah Udang Ringkas lagi sedap la macam nie. Perkongsian resepi dari bro Muhamad Ismail. Sedap tau.
Kalau nak cuba min kongsikan Resepi Mee Kuah Udang Ringkas Lagi Sedap nie. Memang sedap. Nak resepi boleh rujuk kat bawah nie kat sini. Nanti boleh sama-sama buat bila kat rumah nak nak makan mee udang macam nie.
Resepi Mee Kuah Udang Ringkas Lagi Sedap |
Resepi Mee Kuah Udang Ringkas Lagi Sedap
.
Bahan-bahan:
- kulit/kepala udang goreng /blend/tapis/simpan air udang tue
- bawang 2 biji
- bawang putih 4 ulas
- cabai blend 3-4 sudu
- tomato soup 6 sudu
- mushroom seasoning
- sayuq sawi
- udang kertas laut
- mee sepeket
- fish cake (tak boh pon takpa)
- telur ayam rebus sehingga masak
- daun bawang
- cabai hidup
Cara-cara:
- tumis bawang besar/putih/cabai blend
- dah pecah minyak masukkan air
- blend kepala udang goreng tadi, tambah air ikut suka nak cair ke pekat
- masukkan tomato soup tadi
- masukkan udang
- masukkan sayur sawi
- garam, penambah periksa sikit
- masukkan mee..
- ok settle boleh makan dah.
Kredit: Muhamad Ismail Mohd Ali
Resepi Mee Kuah Udang Ringkas Lagi Sedap |
Macam mana, boleh buat tak? Mudah aje nak masak Resepi Mee Kuah Udang Ringkas Lagi Sedap nie. Kalau nak ubah sikit-sikit tu boleh la hangpa tambah atau kurangkan mana-mana bahan. Nak pedas tambah cili lebih, kalau tak nak ikut selera masa masak nanti. Boleh cuba juga Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Sedap nie sedap tau.
2 Comments
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteMeriah dengan udang
compom sedap bila guna kulit, kepala udang tu...
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.