Asah Bakat Menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Asah Bakat Menulis. Saya nak sambung entri sebelum ini tentang "Kepentingan Entri Baru Kepada Blog". Dalam entri sebelum ini saya dah ceritakan tentang kepentingan pertama kenapa perlu selalu ada entri baru dalam sesebuah blog. Yang tak baca lagi boleh pergi baca yea.
Asah Bakat Menulis, Idea Menulis Blog,
Asah Bakat Menulis
Hari ini nak sambung kepentingan kedua pula yea. Yang ini berkenaan macam mana nak "Asah Bakat Menulis". Bakat menulis ini semua orang ada. Tak perlu jadi blogger pun tak apa.

Cuma jika anda sebagai blogger. Dengan adanya blog, mudah untuk anda menulis apa sahaja berkenaan kebolehan yang anda ada dan mampu memberi input yang baik kepada pembaca bila membaca maklumat tersebut di blog anda.

Jika tak ada blog. Sekadar ada sahaja, ilmu atau pengetahuan tersebut tak akan boleh dimanfaatkan oleh orang lain jika anda tidak berkongsi ilmu tersebut. Ada blog, boleh tulis dan orang lain dapat membacanya.

2 Contoh Asah Bakat Menulis
1) Blogger kesihatan: Kebiasanya blogger kesihatan ini adalah mereka yang ahli dalam bidang kesihatan. Mungkin beliau seorang doktor atau mempunyai pengetahuan yang banyak berkenaan bidang perubatan dan kesihatan.

Blogger yang nak menulis berkenaan topik kesihatan ini boleh juga jika tidak mempunyai latar belakang bidang ini. Tetapi perlu seorang yang rajin dan jujur dalam penulisan mereka.

Rajin dan jujur di sini bermaksud, sebelum nak tulis sesebuah entri berkenaan satu-satu topik kesihatan, mereka hendaklah mencari maklumat yang betul berkenaan topik tersebut. Takut nanti salah maklumat.

Info kesihatan yang orang cari, dah ikut panduan yang diberikan. Makin sakit pula orang tu, jika maklumat yang diberikan salah dan tidak tepat. Sebab itulah memerlukan seorang yang rajin dan jujur.

Jadi sebaiknya, jika nak buat entri berkenaan kesihatan ini. Kaji dulu kesohihan maklumat atau fakta yang anda dapat sebelum memasukkan dalam entri blog anda.

Bila selalu menulis, orang lain akan dapat manfaat dari entri kesihatan yang anda tulis. Sedikit demi sedikit, bakat menulis blogger tersebut akan dapat dibentuk.

2) Blogger Peribadi: Yang ini rasanya paling banyak ada di negara kita. Blogger peribadi ini lebih mudah jika nak dibandingkan dengan blogger yang menulis berkenaan sesuatu topik khusus.

Jika menulis topik pribadi macam-maca boleh tulis dalam entri. Boleh cerita bab kedai makan, makan-makan, melancong, tips anak-anak, tips keluarga, topik agama, peluang perniagaan, ebook, automotif dan macam-macam lagi.

Bila tak ada topik khusus, mudahlah sekejap nak cerita itu, sekejap nak cerita ini. Orang yang baca pun tak adalah boring sangat asyik cerita hal tu aje jika menulis dalam topik yang khusus.

Nak menulis pun banyak idea. Orang yang baca pun boleh berubah angin bila menjadi pengikut setia blog tersebut. Boleh dapat banyak maklumat yang berguna jika ke blog tersebut.

Ini antara dua contoh bila menulis dalam blog. Ada banyak lagi, saya senaraikan dua contoh sahaja,takut nanti jadi panjang pula. Malas pula nak baca.

Bakat menulis ini nak kena asah selalu. Jika selalu diasah insyallah lama kelamaan bakat menulis seseorang bloger akan menjadi bertambah baik.

Permulaan ini, tulis dulu apa yang anda suka. Lama kelamaan anda akan rasa sendiri mana topik yang sesuai dan bagus untuk ditulis atau tidak sesuai untuk menulisnya.

Jika selalu menulis. Insyallah trafik akan masuk ke blog. Dari satu ke dua orang pembaca. Selepas itu akan jadi 100 ke 200 orang yang membacanya dan seterusnya kepada ribuan pembaca.

Kena selalu ingat, langkah yang jauh, bermula dari langkah pertama dan kedua. Tak ada dalam dunia ini benda yang mustahil untuk dicapai jika rajin berusaha.

Setakat mana usaha dan keyakinan anda, setakat itu juga hasil yang anda akan capai. Jadi berusahalah, jangan mudah putus asa.

[ Baca + Panduan Menulis Dapat Duit <<== klik sini]

Kepada blogger yang rasa takut-takut nak menulis tu,cubalah lagi dan lagi. Lama kelamaan anda akan ada rentak sendiri dalam memulis dan menerbitkan entri-entri baru.

Semoga perkongsian "Asah Bakat Menulis" ini memberi manfaat untuk lebih ramai blogger meneruskan usaha menulis blog. Tulis dulu, insyallah akan ada hasilnya nanti.

Kepentingan entri baru kepada blog yang seterusnya akan saya kongsikan pada entri akan datang. Semoga ianya memberi manfaat.

Kongsikan entri ini dengan rakan media sosial anda juga. Terima kasih.

10 Comments

  1. Hihi....mmg kacang sangatlah kalau tulis santai santai ni PM. Tak payah nak menimba ilmu sangat hihi.... Tapi ada masa tu, tak de idea jugak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang idea hilang entah kemana-mana. Kena tunggu lama sikit baru datang balik.

      Delete
  2. blog peribadi mmg banyak. biasanya mereka nak lepaskan geram. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jenis macam ni memang banyak. Bila jumpa tutup terus aje. Baca buat tambah dosa pula.

      Delete
  3. Mudah2an entri yang kita tulis dalam blog dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. betul tu, harapnya macm tulah. Entri yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang membacanya.

      Delete
  4. 1 lagi bila kita menulis, kita menulis daripada hasil pembacaan kita. nampak tak di situ kita kena banyak membaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena banyak membaca. Membacakan jambatan ilmu.

      Delete
  5. Apa yang penting, hasil penulisan kita adalah dari hati nurani kita. Tidak menyinggung perasaan orang lain. Pada pendapat teman la, ramai orang suka baca pasal blog kisah artis dan gossip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebaiknya bila menulis blog jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Kena jaga adab bila di alam maya juga.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.