5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan. Hari ni nak cerita pasai main badminton. Rasa bersemangat pula nak cerita benda ni. Main badminton ni seronok juga jika kena dengan gayanya. Paling seronok bila dapat bermain dengan kawan-kawan. Macam-macam kerenah dan cerita masa main badminton tu yang keluar. Masa tu boleh tengok aksi-aksi menarik anak-anak Sidek dan Dato' Lee Chong Wei yang keluar.

5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan, Badminton, Sukan Badminton,
5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan
Biasanya saya main badminton ni bila ada jemputan. Bukan pandai sangat pun. Cuma bila kawan-kawan ajak. Jadi dapatlah menonjolkan skill dan bakat terpendam yang ada. Pernah wakil sekolah ker apa suatu ketika dahulu..hoho.

Kadang main badminton ni kena rajin main juga. Tak adalah nanti bila geng pejabat buat pertandingan peringkat negara..Eh..eh.. bukan, peringkat pejabat aje, baru nak cari raket badminton dan bulu tangkis tu. Jadi bila main selalu, kira boleh 'panaskan' badan dan asah skill lama yang tersimpan selama ini. Cewah gitu.

Oklah, nak cerita sebab apa saya suka main badminton dengan kawan-kawan.

5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan
1) Boleh kurangkan tekanan- Yea tekanan. Anda rasa tertekan tak, tak pun ada rasa stress atau apa-apa yang lebih kurang sama maksud dia. Jika ada, jom ambil raket badminton main dengan saya. Tak ada raket, pergi beli dulu yea. Tak boleh pinjam-pinjam.

Bila main ramai-ramai, ada yang macam-macam kepala. Tujuannya tak ada nak kejar hadiah atau piala apa-apa. Cuma nak kurangkan tekanan aje. Kadang dah bekerja 5-7 hari seminggu. Akan ada rasa tertekan juga. Jadi bila bersukan main badminton ini insyallah boleh mengurangkan tekanan. Sekali dua buat smash ada rasa terlepas sikit tekanan yang ada.

2) Boleh jaga aurat- Biasanya saya main badminton ini dengan kawan-kawan lelaki aje. Jadi tak adalah sangat nak kena jaga aurat kita mahupun aurat orang lain. Dah sama-sama lelaki. Tak ada masalah sangat. Tapi jika main dengan geng perempuan. Kurang menarik sikit. Nanti tak pasai-pasai dapat dosa mata. Kan masa main tengah terlompat nak buat smash maut tu. Kot salah lompat terpandang benda yang tak sepatutnya pula. Jadi bila main dengan geng lelaki aje. Pasai aurat dah tak perlu risau sangat. Selamat mataku dari buat dosa.

3) Boleh berjimat- Yang ini semestinya. Bila main badminton dengan kawan-kawan. Soal berjimat cermat ni memang boleh. Bila sewa gelanggan atau dewan. Ramai-ramai kumpul duit. Boleh cover untuk bayar dewan, minum-minum atau nak beli makanan. Dah bahagi tugas, orang ni booking gelanggan, orang ni beli air, orang ni buat itu, saya buat ini. Jadi bila berjemaah macam ni kerja banyak jadi lebih mudah.

4) Boleh eratkan silaturahim- Kata orang tua-tua. Bercinta biar satu, berkawan biar beribu. Sedap istilah ni. Bila ramai kawan hidup kita jadi lebih mudah. Bukan maksud nak gunakan kawan-kawan untuk capai tujuan kita. Tapi bila ramai kawan. Hidup kita akan lebih aman dan bahagia. Bila ada apa-apa, kita akan cari kawan dulu. Nak tanya itu dan ini, tanya kawan-kawan dulu. Jadi masa main-main badminton tu bolehlah menambahkan kawan dan berbaik-baik dengan kawan baru mahupun lama.

5) Boleh sihatkan badan- Insyallah dengan bermain badminton peluh yang keluar. Bila peluh keluar tandanya dalam badan berlaku pembakaran lemak dan yang sama waktu dengannya.

Tak adalah lemak tu berlapis-lapis dalam badan. Entah bila nak terbakor bila duduk diam aje tak keluar peluh. Sebab tu lah kadang bila tegok dalam akhbar atau info kesihatan. Rakyat Malaysia ramai yang obesiti a.k.a berat badan berlebihan. Takut bila tengok statistik yang pihak kesihatan dedahkan.

Jadi bila main badminton ni boleh elak semua tu insyallah. Boleh jaga badan. Jika nak tahu lebih lagi pasai info kesihatan berat badan ni. Bolah baca Panduan Jaga Badan ini yea.

Rasanya ini aje 5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan. Jika nak tambah, anda boleh tulis dalam ruangan komen di bawah. Mana tahu sebab anda lagi menarik untuk di kongsi.

Boleh kongsikan entri 5 Sebab Saya Main Badminton Dengan Kawan ini dengan rakan media sosial anda juga. Terima kasih.

10 Comments

  1. sukan plh mudah dan x byk kos. reket kat kedai RM2 pun boleh guna. janji ada teman. kalu x tepuk dinding laa jawabnya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raket kedai RM2 takut sekali smash dah bengkok. Kalau untuk anak-anak main oklah.

      Delete
  2. Kakak main dgn keluarga sendiri aje
    Cuma tak bolehlah challenge dgn abang memang semput dibuatnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main dengan keluarga sendiri pun ok jika semua dah boleh main. Anak saya kecil lagi. Tak boleh nak main badminton lagi.

      Delete
  3. teringat zaman kanak2 dulu suka main badminton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kanak-kanak semua main. Seronok memanjang. Tambah jika duduk kampung. Macam-macam permainan yang dimainkan.

      Delete
  4. Lama juga teman tak main badminton nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena main balik macam tu. Nanti boleh bersenam sikit-sikit untuk kesihatan badan.

      Delete
  5. Lepas main badminton esoknya mesti sakit tangan huhu... Tu yg malas nak main badminton tu haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihannya. Kena buat aktiviti memanaskan badan dulu sebelum main badminton tu. Harap lepas mian tak ada sakit-sakit tangan.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.