Pecutan Akhir Syawal 1437 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pecutan Akhir Syawal 1437 Hijrah. Yea dah masuk 10 hari yang terakhir dah Syawal hari ni. Balik pada Raya ni tak sempat nak update blog lagi. Alhamdulillah hari ni ada peluang nak update blog Pokok Manggis Depan Rumah saya. Macam mana dengan Raya hari tu. Saya sempat jalan-jalan melihat sambutan Raya dalam blog kawan-kawan. Ada yang sempat komen dan ada yang hanya baca lepas tu ke blog lain pula. Sibuk dengan urusan kerja balik pada hari raya hari tu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah
Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan-kawan semua. Saya pohon kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang berblog dan menjadi sahabat di alam internet ni. Tak ada manusia yang sempurna, baik dari segi amalan dan perbuatan seharian. Apa yang penting, pada bulan baik dan hari yang baik ni kita semua dapat menghulurkan kemafaan dan memaafkan kesalahan orang lain. Hari raya macam ni tak segan sikit nak hulurkan salam kemaafan. Jika hari-hari lain ada rasa segan juga kan. Jadi pada musim perayaan ni, jangan lupa bersalam-salaman dan bermaafan sesama kita.

Puasa 6 Syawal
Rasanya ada yang dah lama habis puasa 6 Syawal ni. Tahniah saya ucapkan bagi yang dah habis puasa 6 Syawal ni. Besar ganjarannya berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal ni. Fadilatnya jika kita berpuasa sebulan bulan Ramadhan dan lepas tu puasa 6 hari dalam bulan Syawal ni pula, Allah SWT akan bagi ganjaran seperti kita berpuasa sepanjang tahun.

Besar fadilat puasa 6 hari dalam bulan Syawal ni. Jadi kepada yang dah habis puasa 6, bersyukurlah. Sebab Allah SWT bagi taufik untuk anda buat perkara tersebut. Bagi yang belum habis, puasa yea. Bagi yang belum mula esok boleh mula, Insyallah jika puasa setiap hari bermula esok. Masih sempat lagi nak dapat 6 hari puasa pada bulan syawal ni. Rasanya hari terakhir syawal pada 3 Ogos 2016 (Rabu depan).

Puasa 6 ni sekali setahun aje. Puasa 6 hari dapat pahala macam kita berpuasa setahun. Nak cakap besar mana pahala tu kita semua tak dapat lihat dan rasa. Hanya buat atas dasar keimanan yang ada dalam diri sahaja. Hari ni jika 'majikan' tempat kerja kita kata. Buat kerja 6 hari lepas tu dapat gaji setahun mesti semua orang akan berlumba-lumba nak buat kerja tersebut. Ini Allah SWT melalui Rasulnya yang Mulia bagitahu perkara ni kepada kita. Rugi jika kita tak kejar dan dapatkan fadilat serta kelebihan berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal ni.

[+] Info Kemaskini Buat Peminat Saham (klik sini)

Oklah, ada kerja lain yang nak dibuat. Selamat bergembira di bulan Syawal ni. Semoga amalan puasa dan ibadat kita disepanjang Ramadhan hari tu di terima Allah SWT.Amin.

4 Comments

  1. Alhamdulillah kakak dah biasa buat sebaik raya ke 2/3 biasanya. Tapi tahun ini sebab bapak kakak sakit (patut tak boleh jadikan alasan) 11/7 kakak baru mula dan habis pada 16/7. Moga ibadah diterima Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga Allah terima. Alhamdulillah akak dah dapat buat puasa 6 syawal.

      Delete
  2. Selamat Hari Raya maaf zahir batin PM. Sana sini open housekan. Rasa lama pulak Syawal kali ni.
    Rasanya mcm tak sempat nak buat puasa 6 tahun ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga buat akak Hainom Okje. Banyak open haouse nak pergi. Sempat lagi akak jika nak buat puasa 6. Kena cari masa yang sesuai.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.