Doa Menghindari Haiwan Berbisa dan Doa Perlindungan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Doa Menghindari Haiwan Berbisa dan Doa Perlindungan. Alhamdulillah jumpa lagi dengan hari jumaat kita kan. Penghulu segala hari, dikatakan juga hari jumaat ini lebih besar dari hari raya puasa dan hari raya haji.

Doa Menghindari Haiwan Berbisa
Doa Menghindari Haiwan Berbisa
Pada hari Jumaat ini juga terdapat satu waktu mustajab untuk berdoa yang dirahsiakan Allah SWT. Jika kita berdoa pada waktu tersebut. Insyallah doa kita akan diterima Allah SWT. Bukan kata waktu lain Allah SWT tak terima. Allah terima dan bagi ganjaran juga atas doa yang kita pohon. Cuma waktu khusus ini Rasulallah SAW sendiri bagi tahu tentangnya.

Cuma kita tak tahu waktu mana, ada pendapat ulama mengatakan pada waktu awal pagi hari jumaat (waktu solat tahjud), ada juga yang kata pada waktu selang khutbah pertama nak masuk khutbah kedua masa solat jumaat dan ada juga yang kata pada waktu petang selepas Asar. Waktu-waktu ni dirahsiakan Allah SWT agar kita sentiasa RAJIN untuk Berdoa dengan beranggapan waktu ini Allah terima doa, atau waktu yang satu lagi Allah terima doa.

[+Baca] Doa Abu Darda Radiallahu Anhu

Allah SWT suka bila kita selalu minta dan memohon doa kepadaNYA. BUKAN macam sifat manusia. Minta dua tiga kali alamatnya kena marah lah. Tak pandai ker, tak boleh usaha sendiri ker dan macam-macam lagi alasan yang diberi jika kita selalu minta pada manusia.

Tapi bagi Allah SWT, lagi banyak kita minta, lagi suka Allah. Lagi minta lagi suka. Itulah HEBATNYA Allah dan PemurahNYA Allah SWT. Sentiasa Kasih dan Sayang kepada hambaNYA.

Jadi pada hari jumaat atau pada hari-hari lain nanti selalu-selalulah minta doa pada Allah SWT.

Doa Menghindari Haiwan Berbisa dan Doa Perlindungan
Berbalik kepada doa bagi menghindari haiwan berbisa  dan doa pelindung ni. Saya dapat hasil perkongsian group whatsapp. Jadi rasa ada baiknya saya kongsikan disini untuk manfaat bersama.

Doa Menghindari Haiwan Berbisa
Doa ini seperti yang terdapat dalam gambar di atas. Bacaan dan maksudnya juga ada terdapat disitu. Boleh diamalkan doa ini, ianya Ayat Al-Quran.

Doa Perlindungan Dari Musibah
Bagi doa pelindung ini pula. Insyallah ianya akan mengelakkan kita dari terkena musibah dan apa-apa kemudaratan sama ada di bumi dan langit.

Berikut Adalah kelebihan doa ini:-
Sayyidina 'Uthman bin 'Affan r.hu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yg membaca doa ini 3 kali pada waktu petang, maka sehingga 
ke pagi tidak akan ditimpa apa-apa musibah secara mengejut. Jika dia membaca 
doa ini pada waktu pagi, maka hingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa-apa musibah secara mengejut.

Doa Perlindungan Dari Musibah, Doa Pelindung,
Doa Perlindungan Dari Musibah
Semoga perkongsian dua doa ini berguna untuk kita semua. Jika nak senang boleh ambil gambar doa ini print atau letak dalam handphone anda. Selepas solat subuh dan asar boleh baca doa ini buat permulaan. Bila dah hafal, boleh baca selalu tanpa melihat doa ini.

Semoga perkongsian Doa Menghindari Haiwan Berbisa dan Doa Perlindungan ini memberi manfaat kepada kita semua. Kongsikan doa ini dengan rakan-rakan anda juga untuk manfaat bersama. Terima kasih.

p/s: Hari minggu nanti ada masa boleh buat kerja dari rumah (picit sini).

10 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. sebab tu kena berdoa tak kira waktu kan PMDR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Terutamanya pada hari jumaat dan selepas waktu solat.

      Delete
  3. Anonymous22.4.16

    Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, bagus doa ni, tq share sama yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak sempat luangkan masa. Semoga dimudahkan urusan akak sekeluarga.

      Delete
  4. DT sekarang pon da mengamalkannya..
    Terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.Bagus amalkan doa ni untuk keselamatan kita dan keluarga.

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian yg berguna ini. Sama-samalah kita beramal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama tuan. Nak kena amalkan selalu doa-doa macam ni. Untuk keselamatan kita bersama.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.