Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
KKM: Risiko Penularan Virus Zika Ke Malaysia. Namanya sekali dengar macam nama orang kan? Tapi nama ini kini menjadi igauan kepada kita semua, bukan hanya di negara kita Malaysia, malah negara-negara lain juga mula fobia dengan nama Virus Zika ini.
Saya nak berkongsi maklumat tentang virus Zika yang saya ambil dari Web Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan Virus Zika tersebut
Sedikit Tentang Sejarah Virus Zika
Pada tahun 2015, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan kejadian virus Zika di beberapa negara seperti Brazil, Columbia, Suriname, Chile dan Paraguay. Penyakit ini menunjukkan gejala dan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, sakit di belakang mata, konjunktivitis dan ruam. Peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali atau otak kecil juga dikaitkan dengan jangkitan virus Zika seperti mana yang dilaporkan di negara Brazil.
[+]Zika Virus Key Facts -Baca di sini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kapasiti untuk menguji virus Zika iaitu di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Kedua-dua makmal ini melakukan pemantauan kehadiran virus Zika melalui survelan yang dilakukan terhadap beberapa klinik dan hospital sentinel di negara ini. Sampel-sampel yang dikesan negatif untuk ujian antigen denggi NS1 daripada pesakit-pesakit yang disyaki denggi akan dilakukan ujian untuk mengesan virus Zika. Sehingga 30 November 2015, sejumlah 236 sampel telah diuji (222 sampel diuji di MKAK dan 14 diuji di IMR), namun tiada sampel yang dikesan positif untuk virus Zika. Pemantauan kejadian virus Zika ini juga akan dilakukan secara berterusan oleh MKAK dan IMR.
[+]Zika Virus Infection -Baca di sini
Virus Zika disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi. Pada masa ini tidak ada vaksin untuk mencegah dari jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk mengurangkan gejala yang dihidapi pesakit. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan gejala dan tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran supaya pengesanan awal dapat dilakukan.
Oleh itu, sama seperti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah dan mengawal denggi; KKM menasihatkan orang ramai untuk meningkatkan aktiviti cari dan musnah bagi mengurangkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya. Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menggunakan repellent dan memakai baju berlengan panjang serta berseluar panjang. Tindakan pencegahan yang dilakukan ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko jangkitan virus Zika tetapi juga demam denggi.
Sumber: Website Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Risiko Penularan Virus Zika Ke Malaysia
Kementerian Kesihatan memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Chan, seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, bahawa jangkitan virus Zika telah merebak dengan begitu pantas sekali di benua Amerika. Ini adalah kerana Kementerian berpandangan risiko bagi penularan jangkitan ini ke Malaysia adalah tinggi di atas sebab-sebab berikut:-
1) Malaysia mempunyai nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes.
2) Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.
3) Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.
4) Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.
5) Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80%) tidak menunjukkan gejala dijangkiti, yakni mereka boleh menjadi “pembawa yang sihat” dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.
Walaupun penyakit ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian, namun Kementerian memandangnya dengan serius sebab ia telah dikaitkan dengan kejadian “microcephaly” iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”. “Microcephaly” merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.
Langkah Pencegahan Virus Zika Yang Di Cadangkan Oleh Pihak KKM
Bagi menghalang kemasukan virus ini ke Malaysia adalah sesuatu yang sukar. Ujian saringan kesihatan umum di pintu masuk adalah tidak praktikal kerana gejalanya yang ringan dan sukar dikesan di samping ketiadaan ujian cepat (point of care test) yang boleh digunakan. Walaubagaimana pun, Kementerian akan mengambil dan mencadangkan langkah-langkah berikut:-
1) Semua pelawat dari benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan berhampiran semasa tiba di Malaysia. Buat masa ini terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika virus dari rantau Amerika Latin iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.
2) Mengedarkan Nasihat Kesihatan (Health Advisory) kepada pelancong dan rakyat Malaysia berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil jika gejala sedemikian berlaku. Seterusnya, mereka hendaklah segera ke Klinik Kesihatan berhampiran.
3)Menasihatkan rakyat Malaysia yang mengandung untuk tidak melakukan lawatan ke negara-negara terlibat.
4)Rakyat Malaysia lain yang melakukan perjalanan ke negara terlibat hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.
5)Mengeluarkan “Health Alert” kepada semua fasiliti Kesihatan kerajaan dan swasta.
Meningkatkan pemantauan di klinik dan hospital bagi kes yang mempunyai tanda-tanda Zika dan mempunyai sejarah perjalanan ke 22 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika virus. Di samping itu, pemantauan bagi kes “microcephaly” juga ditingkatkan di hospital-hospital.
Daripada pemantauan berterusan oleh KKM, sebanyak 288 sampel dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan telah diuji dan keputusannya semua adalah negatif untuk zika virus. Kriteria sampel yang diuji ialah bagi kes-kes yang negatif untuk ujian denggi.
Kementerian Kesihatan sedang dan akan terus meningkatkan usaha mengawal denggi dan nyamuk Aedes. Namun rakyat Malaysia juga perlu memberi perhatian yang serius dengan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemusnahan tempat pembiakan secara tetap dan berkala. Segala usaha masyarakat bagi mencegah denggi hendaklah dipertingkatkan kerana ia juga akan mengurangkan risiko penularan Zika.
DATUK DR LOKMAN HAKIM SULAIMAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
29 Januari 2016
Sumber: Website Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia & FB KKM
Ini merupakan ujian Allah SWT kepada kita semua. Sebagai hamba Allah SWT disamping kita berusaha dan berikhtiar agar Allah SWT mengelakkan kita daripada jangkitan wabak Virus Zika ini. Kita juga handaklah berdoa dan boleh juga dilakukaan solat hajat seperti masalah-masalah lain yang kita hadapi. Semuanya datang dari Allah SWT, sebagai hamba Allah kita kena redha dan memohon Bantuan dan Pertolongan dari Allah SWT juga. Allah Tempat Mengadu (ATM).
KKM: Risiko Penularan Virus Zika Ke Malaysia. Namanya sekali dengar macam nama orang kan? Tapi nama ini kini menjadi igauan kepada kita semua, bukan hanya di negara kita Malaysia, malah negara-negara lain juga mula fobia dengan nama Virus Zika ini.
Saya nak berkongsi maklumat tentang virus Zika yang saya ambil dari Web Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan Virus Zika tersebut
Sedikit Tentang Sejarah Virus Zika
Pada tahun 2015, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan kejadian virus Zika di beberapa negara seperti Brazil, Columbia, Suriname, Chile dan Paraguay. Penyakit ini menunjukkan gejala dan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, sakit di belakang mata, konjunktivitis dan ruam. Peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali atau otak kecil juga dikaitkan dengan jangkitan virus Zika seperti mana yang dilaporkan di negara Brazil.
Bahaya Virus Zika kepada Bayi |
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kapasiti untuk menguji virus Zika iaitu di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Kedua-dua makmal ini melakukan pemantauan kehadiran virus Zika melalui survelan yang dilakukan terhadap beberapa klinik dan hospital sentinel di negara ini. Sampel-sampel yang dikesan negatif untuk ujian antigen denggi NS1 daripada pesakit-pesakit yang disyaki denggi akan dilakukan ujian untuk mengesan virus Zika. Sehingga 30 November 2015, sejumlah 236 sampel telah diuji (222 sampel diuji di MKAK dan 14 diuji di IMR), namun tiada sampel yang dikesan positif untuk virus Zika. Pemantauan kejadian virus Zika ini juga akan dilakukan secara berterusan oleh MKAK dan IMR.
[+]Zika Virus Infection -Baca di sini
Virus Zika disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi. Pada masa ini tidak ada vaksin untuk mencegah dari jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk mengurangkan gejala yang dihidapi pesakit. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan gejala dan tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran supaya pengesanan awal dapat dilakukan.
Oleh itu, sama seperti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah dan mengawal denggi; KKM menasihatkan orang ramai untuk meningkatkan aktiviti cari dan musnah bagi mengurangkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya. Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menggunakan repellent dan memakai baju berlengan panjang serta berseluar panjang. Tindakan pencegahan yang dilakukan ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko jangkitan virus Zika tetapi juga demam denggi.
Sumber: Website Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Risiko Penularan Virus Zika Ke Malaysia
Kementerian Kesihatan memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Chan, seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, bahawa jangkitan virus Zika telah merebak dengan begitu pantas sekali di benua Amerika. Ini adalah kerana Kementerian berpandangan risiko bagi penularan jangkitan ini ke Malaysia adalah tinggi di atas sebab-sebab berikut:-
1) Malaysia mempunyai nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes.
2) Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.
3) Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.
4) Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.
5) Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80%) tidak menunjukkan gejala dijangkiti, yakni mereka boleh menjadi “pembawa yang sihat” dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.
Walaupun penyakit ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian, namun Kementerian memandangnya dengan serius sebab ia telah dikaitkan dengan kejadian “microcephaly” iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”. “Microcephaly” merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.
Virus Zika |
Bagi menghalang kemasukan virus ini ke Malaysia adalah sesuatu yang sukar. Ujian saringan kesihatan umum di pintu masuk adalah tidak praktikal kerana gejalanya yang ringan dan sukar dikesan di samping ketiadaan ujian cepat (point of care test) yang boleh digunakan. Walaubagaimana pun, Kementerian akan mengambil dan mencadangkan langkah-langkah berikut:-
1) Semua pelawat dari benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan berhampiran semasa tiba di Malaysia. Buat masa ini terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika virus dari rantau Amerika Latin iaitu Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.
2) Mengedarkan Nasihat Kesihatan (Health Advisory) kepada pelancong dan rakyat Malaysia berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil jika gejala sedemikian berlaku. Seterusnya, mereka hendaklah segera ke Klinik Kesihatan berhampiran.
3)Menasihatkan rakyat Malaysia yang mengandung untuk tidak melakukan lawatan ke negara-negara terlibat.
4)Rakyat Malaysia lain yang melakukan perjalanan ke negara terlibat hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.
5)Mengeluarkan “Health Alert” kepada semua fasiliti Kesihatan kerajaan dan swasta.
Meningkatkan pemantauan di klinik dan hospital bagi kes yang mempunyai tanda-tanda Zika dan mempunyai sejarah perjalanan ke 22 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika virus. Di samping itu, pemantauan bagi kes “microcephaly” juga ditingkatkan di hospital-hospital.
Daripada pemantauan berterusan oleh KKM, sebanyak 288 sampel dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan telah diuji dan keputusannya semua adalah negatif untuk zika virus. Kriteria sampel yang diuji ialah bagi kes-kes yang negatif untuk ujian denggi.
Kementerian Kesihatan sedang dan akan terus meningkatkan usaha mengawal denggi dan nyamuk Aedes. Namun rakyat Malaysia juga perlu memberi perhatian yang serius dengan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemusnahan tempat pembiakan secara tetap dan berkala. Segala usaha masyarakat bagi mencegah denggi hendaklah dipertingkatkan kerana ia juga akan mengurangkan risiko penularan Zika.
DATUK DR LOKMAN HAKIM SULAIMAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
29 Januari 2016
Sumber: Website Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia & FB KKM
Ini merupakan ujian Allah SWT kepada kita semua. Sebagai hamba Allah SWT disamping kita berusaha dan berikhtiar agar Allah SWT mengelakkan kita daripada jangkitan wabak Virus Zika ini. Kita juga handaklah berdoa dan boleh juga dilakukaan solat hajat seperti masalah-masalah lain yang kita hadapi. Semuanya datang dari Allah SWT, sebagai hamba Allah kita kena redha dan memohon Bantuan dan Pertolongan dari Allah SWT juga. Allah Tempat Mengadu (ATM).
Allah Tempat Mengadu
Bahaya Virus Zika Kepada Bayi
Islam
KKM
Nyamuk Aedes
Semasa
Ujian Allah
Virus Zika
12 Comments
Kakak mengikuti sungguh jika terjumpa apa juga yg berkaitan virus Zika ni. Sungguh ujian sudah Allah turunkan buat umat manusia. Kita berhati-hati. Kakak takut dik..
ReplyDeleteBetul tu akak. Ini semua ujian Allah SWT buat kita semua. Semoga Allah SWT jauhkan wabak Virus Zika ni masuk ke negara kita.
Deletemacam-macam virus dah sekarang ni.
ReplyDeletela ni..zika la plakk..adoii
Betul tu. Lepas ni kena lebih berjaga-jaga lagi dengan nyamuk ni kan.
DeleteTerima kasih atas perkongsian ini. Bahaya betul virus nie. Harap negara kita bebas dari wabak ini.
ReplyDeleteAmin. Sama-sama. Harapan semua rakyat Malaysia. Virus zika ni tak masuk ke negara kita. Sama-sama berusaha dan berdoa.
Deletemudahan virus ni x menular di malaysia
ReplyDeleteHarapnya macam tu lah. Jika masuk susah juga nak jaga benda ni. Nyamuk kecik aje. Semoga Allah SWT lindungi kita semua daripada wabak ini.
DeleteJauhkanlah bencana ni daripada anak beranak kita semua. Risau la.
ReplyDeleteBetul tu. Semoga Allah SWT jauhkan kita semua dari ujian ini.
Deletememang tak suka virus zika.
ReplyDeletenama pun tak sedap.
Ramai yang takut dengan zika sekarang. Semoga Allah SWT selamatkan kita semua dari musibah macam ni.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.