Salam Maulidur Rasul 1437 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Maulidur Rasul 1437 Hijrah. Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan oleh Allah SWT lagi untuk berada di dalam Hari Kelahiran Insan Mulia Nabi Muhammad SAW. Kali ini seluruh umat Islam meraikannya.

 Salam Maulidur Rasul 1437 Hijrah
 Salam Maulidur Rasul 1437 Hijrah
Ada yang buat sambutan Maulidur Rasul ini dengan membuat perarakan secara besar-besaran, ada juga yang buat majlis sambutan ini dengan mengadakan kenduri doa selamat dan macam-macam lagi. Hakikatnya adakah ini sambutan yang Baginda Nabi Muhammad SAW inginkan?

Maknanya mudah cakap, adakah semasa zaman Nabi SAW dahulu Nabi SAW buat sambutan besar-besaran atau sahabat buat perkara yang sama bagi meraikan hari kelahiran Nabi SAW?

Keadaan Umat Setelah Kewafatan Nabi Muhammad SAW
Jika kita lihat hari ini, macam mana keadaan umat Islam di seluruh dunia? Berbagai cara amalan yang umat hari ni telah buat dan hasilnya kita dapat lihat sendiri.

Jika zaman Nabi SAW dan sahabat RA dulu, kehidupan mereka amat baik dan diberkati Allah SWT. Dari segi Iman, Ibadat, Mualamat(jual-beli), Muasyarat(hubungan dengan manusia) dan Akhlak mereka tip top. Baik dan sempurna.

Sahabat buat dakwah dengan mengajak orang bukan Islam jadi macam mereka apabila mereka pergi di negara lain. Sebab apa, orang bukan Islam akan tertarik dengan akhlak sahabat sehingga mereka terkesan untuk memeluk agama Islam.

Umat hari ni adakah ada di antara kita yang boleh kata.
"Jadilah kamu seperti saya (dari segi amalan agama) ". Kepada orang bukan Islam dan mereka orang bukan Islam akan masuk Islam kerana akhlak orang itu.

Adakah insan seperti ini ada? Jika ada boleh nyatakan contohnya!

Oleh kerana sahabat di didik dengan acuan agama yang sempurna oleh guru yang terbaik, iaitu Nabi Muhammad SAW maka hasilnya. Di mana sahaja sahabat bergerak untuk mengembangkan agama. Agama Islam diterima dengan hati yang terbuka di dalam setiap hati-hati umat manusia pada masa tersebut.

Jika kita lihat keadaan umat hari ini. Tak perlu pergi jauh. Lihat sahaja dalam keluarga terdekat atau rakan-rakan kita.

1) Adakah antara mereka yang tak solat?
2) Adakah antara mereka yang tak tutup aurat dengan sempurna?
3) Bila bulan Ramadhan, adakah antara mereka yang tak puasa dengan sempurna?

Ada tak agak-agak? cuba lihat kiri kanan kita sekep.

Jika tak ada, alhamdulillah.
Tetapi jika ada, kita sebagai saudara atau sahabat terdekat kena tegur dan ajak mereka dengan hikmah dan berlembut agar mereka kembali menunaikan kewajipan mereka kepada Allah SWT dengan sebaiknya.

Ini baru tiga perkara asas. Belum lagi perkara yang besar-besar seperti:-

1) Berapa ramai antara kita yang dapat khatam Al-Quran 2 kali khatam setiap tahun?
2) Berapa ramai antara kita yang baca Quran hari-hari tanpa tertinggal selain hari 'Allah Bagi Cuti'?
3) Berapa ramai antara kita yang boleh bangun solat tahjud setiap malam?
4) Berapa ramai antara kita yang boleh puasa sunat isnin khamis?
5) Berapa ramai antara kita yang boleh bagi sedekah setiap hari walaupun sebiji gula-gula?
6) Berapa ramai antara kita yang boleh solat berjemaah setiap waktu di masjid atau surau (bagi laki-laki) dan solat awal waktu(bagi wanita) ?

Tak perlu nak nyatan disini. Ini semua amalan yang kita buat. Tak perlu nak bagitahu kepada manusia. Apa yang penting. Kita sebagai hamba Allah SWT cuba sebaiknya menunaikan perintah Allah SWT dan RasulNYA dengan sebaik mungkin.

Marilah kita berazam untuk memperbaiki amalan dan cara hidup kita dan keluarga agar menjadi keluarga yang di redai oleh Allah SWT. Jika ada amalan kita yang tak baik. Kita kena azam untuk memperbaiki amalan kita.

Jadilah insan yang berguna kepada diri, agama,keluarga, masyarakat dan negara. Kalau boleh, setiap hari sebelum tidur cuba muhasabah diri kita. Baikah amalan kita untuk bertemu Allah SWT jika Allah SWT menjemput kita sekarang?

Cuba renungkan sejenak. Perbaiki diri agar menjadi insan yang diredai Allah SWT.

[+] Baiki Mutu Solat Anda (klik sini)
[+] Cara Mendidik Anak (klik sini)
[+] Rahsia Anak Pintar (klik sini)

Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Salam Maulidur Rasul. Jom berselawat ke atas Nabi SAW. Allahuma Sol li Ala Muhammad.. Wa Ala ali Muhammad SAW.

Kongsikan entri ini dengan rakan-rakan anda juga.

9 Comments

  1. Kita kata kita cinta...tapi adakah ia hanya sekadar kata-kata?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena usaha amalkan segala sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita tanda kita kasih dan sayang pada Baginda SAW.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Salam Maulidur Rasul juga buat Mas.

      Delete
  3. Kekadang insan2 di sekitar masih melihat kepada kita yang dulu...sedangkan kita yang kini bukan kita yang dulu....sentiasa berusaha menjadi baik....Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah jika kita beristikamah dalam amalan baik kita. Allah SWT akan bantu kita berubah jadi lebih baik.

      Delete
  4. Salam maulidur rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih IL. Salam Maulidur Rasul juga buat IL.

      Delete
  5. Macam mana kita umat Islam hendak cintakan nabi...? Nampak mudah, tapi belum tentu dapat di laksanakan... Amalkan sunnahnya... Dan jadikan Al-Quran sebagai panduan... Pernah dengar ulama beri tahu... Akhlak nabi adalah Al-Quran...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.