Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kanser Lidah Penyakit Senyap yang Merbahaya. Siapa pernah dengar tentang Kanser Lidah. Saya dengar perkara ni dari abang saya yang bercerita tentang kawannya yang kena Kanser Lidah Penyakit Senyap yang Merbahaya ni. Takut juga bila mendengarnya. Kawan abang saya katanya akan di potong bahagian lidahnya. Tak dapat saya nak bayangkan keadaan. Mungkin apa yang kita dapat agak suaranya akan jadi lain atau tak dapat bercakap dengan baik nanti. Dah kurang nikmat nak merasa makanan dan lain-lain lagi. Nikmatnya ciptaan Allah SWT.
Biasanya nikmat Allah SWT kita akan rasa berharga bila nikmat tersebut ditarik daripada kita. Bila dah tak ada baru rasa betapa nikmatnya nikmat kurniaan Allah SWT tersebut. Saya nak berkongsi tentang kanser lidah yang saya perolehi dari laman web Utusan. Anda boleh baca perkongsianya dibawah ini:-
Semua orang mahukan kesihatan yang baik. Biasanya apabila terdapat ulser atau di dalam mulut, kita akan merasa pedih dan susah untuk makan. Ulser ini berwarna putih dan sembuh dalam masa yang singkat apabila kita letak garam atau ubat.
Jika terdapat ulser tetapi tidak sakit atau pedih, pesakit perlu lebih prihatin dan jika keadaan berterusan, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
Buat masa ini banyak kes kanser lidah hanya dikesan lewat kerana pesakit tidak rasa sakit.
Menurut Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Pakar Damansara, Dr. Roslan Abdul Rahman, lidah adalah organ deria yang membantu dalam deria rasa seperti manis, masam, masin dan pahit apabila sesuatu benda dimasukkan ke dalam mulut.
“Lidah yang terdiri daripada gabungan beberapa otot juga berperanan di dalam menelan selain bertutur.
“Makanan yang telah dikunyah akan dibentuk kepada bolus dan ditolak oleh lidah ke bahagian farinks untuk ditelan,” katanya semasa ditemui di Damansara baru-baru ini.
Selain untuk makan, lidah amat penting untuk pertuturan, misalnya konsonan seperti L, N dan T yang memerlukan pergerakan lidah ke lelangit atau gigi hadapan untuk mendapat sebutan yang jelas.
Menurut Dr. Roslan, lidah boleh dibahagi kepada 2/3 bahagian anterior (hadapan) dan 1/3 bahagian posterior (belakang) lidah.
Seperti mana-mana kanser lain di dalam mulut, kanser lidah biasanya bermula dengan ulser yang tidak sakit dan tidak sembuh setelah dua minggu walaupun telah mendapat rawatan biasa.
Ulser tersebut lama kelamaan menjadi lebih besar dan dalam sehingga membentuk lubang seperti kawah yang mempunyai tisu yang nekrotik atau mati di bahagian tengah.
“Kanser lidah juga boleh bermula dengan ketumbuhan yang kelihatan sepeti cendawan atau bunga kobis yang tumbuh keluar daripada bahagian lidah.
“Ketumbuhan tersebut juga tidak sakit dan tumbuh dengan kadar yang agak cepat dan menjadi besar dengan cepat.
“Terdapat juga tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang itu mempunyai risiko untuk mendapat kanser lidah iaitu terdapat tompokan-tompokan putih atau merah pada permukaan lidah yang dikenali sebagai lesi pramalignan seperti leukoplakia dan eritroleukoplakia,” katanya.
Bagaimanapun jelas Dr. Roslan tanda-tanda ini perlu disiasat dan dipantau dengan kerap untuk memastikan ia tidak berubah menjadi kanser.
Kanser lidah yang kerap berlaku lebih kurang 95 peratus adalah dari jenis kanser sel squamous (squamous cell carcinoma) iaitu kanser sel epithelium yang meliputi otot-otot lidah.
Punca Kanser Lidah
“Seperti juga kanser lain di dalam mulut, penyebab kanser lidah adalah merokok, tabiat mengunyah sirih pinang dan kapur serta pengambilan alkohol.
“Namun terdapat juga peratusan kecil daripada penghidap kanser lidah yang tidak terlibat dengan mana-mana penyebab di atas tetapi masih mendapat kanser lidah,” katanya.
Dr. Roslan berkata, penyakit kanser lidah di mana penghidap tidak merokok, mengambil alkohol atau makan sirih mungkin dikaitkan dengan jangkitan virus human papiloma 16 (hpv 16).
“Mengikut data yang dikumpulkan oleh Statistik Kanser Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2006 insiden kanser pada lelaki dan perempuan adalah 1:1 per 100,000 populasi,” katanya.
Usia
Mengikut Statistik Kanser Kebangsaan KKM yang dikeluarkan pada tahun 2006 insiden kanser lidah meningkat dari usia 50 tahun ke atas dan memuncak pada usia 60 hingga 69 tahun bagi kedua-dua jantina lelaki dan wanita.
Walau bagaimanapun kajian di Amerika Ayarikat (AS) di antara tahun 1975 hingga 2007 mendapati kanser lidah semakin meningkat secara mendadak dalam kalangan wanita kulit putih berusia antara 18 hingga 44 tahun
Menurut Dr. Roslan, trend yang sama diperhatikan di negara maju lain termasuk Malaysia dan data sedang dikumpul buat masa ini.
“Biasanya kanser berpunca daripada bahan kimia karsinogen yang terdapat dalam nikotin rokok, alkohol dan sirih pinang kapur mengakibatkan perubahan pada gen yang mengawal pertumbuhan dan kematian sel di dalam sel sel lidah.
“Ini menyebabkan sel-sel tersebut hilang kawalan dalam pertumbuhan dan kematian sel secara normal dan membentuk sel sel kanser,” katanya.
sumber utusan
Apa yang saya perhatikan. Memang ramai antara kita yang ada berisiko nak dapat penyakit ni. Yang paling mudah kita nampak orang yang MEROKOK. Memang kita semua maklum rokok bahaya dan mempunyai banyak keburukannya. Tapi ramai yang masih merokok dan tak rasa risau dengan tahap kesihatan mereka. Bagi anda yang merokok saya nasihatkan anda berhenti dari merokok. Jaga kesihatan anda dan ingatlah masih ramai lagi insan yang sayang kepada anda. Buat simpanan hasil duit belanja rokok anda untuk kegunaan masa depan anda.
Jika rasa susah dan tak ada cara nak berhenti rokok. Anda boleh ikut panduan cara-cara nak berhenti merokok disini--> Jom Berhenti Merokok (baca sini)
Kanser Lidah Penyakit Senyap yang Merbahaya. Siapa pernah dengar tentang Kanser Lidah. Saya dengar perkara ni dari abang saya yang bercerita tentang kawannya yang kena Kanser Lidah Penyakit Senyap yang Merbahaya ni. Takut juga bila mendengarnya. Kawan abang saya katanya akan di potong bahagian lidahnya. Tak dapat saya nak bayangkan keadaan. Mungkin apa yang kita dapat agak suaranya akan jadi lain atau tak dapat bercakap dengan baik nanti. Dah kurang nikmat nak merasa makanan dan lain-lain lagi. Nikmatnya ciptaan Allah SWT.
Biasanya nikmat Allah SWT kita akan rasa berharga bila nikmat tersebut ditarik daripada kita. Bila dah tak ada baru rasa betapa nikmatnya nikmat kurniaan Allah SWT tersebut. Saya nak berkongsi tentang kanser lidah yang saya perolehi dari laman web Utusan. Anda boleh baca perkongsianya dibawah ini:-
Kanser Lidah - Sayangi Lidah Anda |
Jika terdapat ulser tetapi tidak sakit atau pedih, pesakit perlu lebih prihatin dan jika keadaan berterusan, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
Buat masa ini banyak kes kanser lidah hanya dikesan lewat kerana pesakit tidak rasa sakit.
Menurut Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Pakar Damansara, Dr. Roslan Abdul Rahman, lidah adalah organ deria yang membantu dalam deria rasa seperti manis, masam, masin dan pahit apabila sesuatu benda dimasukkan ke dalam mulut.
“Lidah yang terdiri daripada gabungan beberapa otot juga berperanan di dalam menelan selain bertutur.
“Makanan yang telah dikunyah akan dibentuk kepada bolus dan ditolak oleh lidah ke bahagian farinks untuk ditelan,” katanya semasa ditemui di Damansara baru-baru ini.
Selain untuk makan, lidah amat penting untuk pertuturan, misalnya konsonan seperti L, N dan T yang memerlukan pergerakan lidah ke lelangit atau gigi hadapan untuk mendapat sebutan yang jelas.
Menurut Dr. Roslan, lidah boleh dibahagi kepada 2/3 bahagian anterior (hadapan) dan 1/3 bahagian posterior (belakang) lidah.
Seperti mana-mana kanser lain di dalam mulut, kanser lidah biasanya bermula dengan ulser yang tidak sakit dan tidak sembuh setelah dua minggu walaupun telah mendapat rawatan biasa.
Ulser tersebut lama kelamaan menjadi lebih besar dan dalam sehingga membentuk lubang seperti kawah yang mempunyai tisu yang nekrotik atau mati di bahagian tengah.
“Kanser lidah juga boleh bermula dengan ketumbuhan yang kelihatan sepeti cendawan atau bunga kobis yang tumbuh keluar daripada bahagian lidah.
“Ketumbuhan tersebut juga tidak sakit dan tumbuh dengan kadar yang agak cepat dan menjadi besar dengan cepat.
“Terdapat juga tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang itu mempunyai risiko untuk mendapat kanser lidah iaitu terdapat tompokan-tompokan putih atau merah pada permukaan lidah yang dikenali sebagai lesi pramalignan seperti leukoplakia dan eritroleukoplakia,” katanya.
Bagaimanapun jelas Dr. Roslan tanda-tanda ini perlu disiasat dan dipantau dengan kerap untuk memastikan ia tidak berubah menjadi kanser.
Kanser lidah yang kerap berlaku lebih kurang 95 peratus adalah dari jenis kanser sel squamous (squamous cell carcinoma) iaitu kanser sel epithelium yang meliputi otot-otot lidah.
Punca Kanser Lidah
“Seperti juga kanser lain di dalam mulut, penyebab kanser lidah adalah merokok, tabiat mengunyah sirih pinang dan kapur serta pengambilan alkohol.
“Namun terdapat juga peratusan kecil daripada penghidap kanser lidah yang tidak terlibat dengan mana-mana penyebab di atas tetapi masih mendapat kanser lidah,” katanya.
Dr. Roslan berkata, penyakit kanser lidah di mana penghidap tidak merokok, mengambil alkohol atau makan sirih mungkin dikaitkan dengan jangkitan virus human papiloma 16 (hpv 16).
“Mengikut data yang dikumpulkan oleh Statistik Kanser Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2006 insiden kanser pada lelaki dan perempuan adalah 1:1 per 100,000 populasi,” katanya.
Usia
Mengikut Statistik Kanser Kebangsaan KKM yang dikeluarkan pada tahun 2006 insiden kanser lidah meningkat dari usia 50 tahun ke atas dan memuncak pada usia 60 hingga 69 tahun bagi kedua-dua jantina lelaki dan wanita.
Walau bagaimanapun kajian di Amerika Ayarikat (AS) di antara tahun 1975 hingga 2007 mendapati kanser lidah semakin meningkat secara mendadak dalam kalangan wanita kulit putih berusia antara 18 hingga 44 tahun
Menurut Dr. Roslan, trend yang sama diperhatikan di negara maju lain termasuk Malaysia dan data sedang dikumpul buat masa ini.
“Biasanya kanser berpunca daripada bahan kimia karsinogen yang terdapat dalam nikotin rokok, alkohol dan sirih pinang kapur mengakibatkan perubahan pada gen yang mengawal pertumbuhan dan kematian sel di dalam sel sel lidah.
“Ini menyebabkan sel-sel tersebut hilang kawalan dalam pertumbuhan dan kematian sel secara normal dan membentuk sel sel kanser,” katanya.
sumber utusan
Apa yang saya perhatikan. Memang ramai antara kita yang ada berisiko nak dapat penyakit ni. Yang paling mudah kita nampak orang yang MEROKOK. Memang kita semua maklum rokok bahaya dan mempunyai banyak keburukannya. Tapi ramai yang masih merokok dan tak rasa risau dengan tahap kesihatan mereka. Bagi anda yang merokok saya nasihatkan anda berhenti dari merokok. Jaga kesihatan anda dan ingatlah masih ramai lagi insan yang sayang kepada anda. Buat simpanan hasil duit belanja rokok anda untuk kegunaan masa depan anda.
Jika rasa susah dan tak ada cara nak berhenti rokok. Anda boleh ikut panduan cara-cara nak berhenti merokok disini--> Jom Berhenti Merokok (baca sini)
10 Comments
Alahai...nice info...menakutkan la..thanks for the great sharing....
ReplyDeleteTerima kasih. Kena jaga kesihatan dengan sebaiknya. Jauhi dari punca kanser lidah ni.
Deletegreat sharing
ReplyDeleteTakutnya...
ReplyDeleteUntuk ingatan bersama juga.
DeleteNgeri bila kakak membayangkan dari apa yg dipaparkan
ReplyDeleteSebaiknya kita mampu menhindar apa yg boleh menjadi punca..
Betul tu kakak. Jauhi dari perkara yang menjadi punca kanser lidah ni seperti merokok yang tak baik untuk kesihatan kita dan juga orang lain.
Deleteada sorang classmate meninggal dunia 2-3 tahun lepas sebab kanser lidah.. mmg masa tahu tu dah stage 3-4.. Allah sayang dia.. muda muda lagi dah dijemput pulang..
ReplyDeleteKasihannya. Bila sampai ajal tak siapa boleh halang. Sama-sama berusaha menjaga kasihatan. Memang bahaya kanser lidah ni.
Deleteterimakasih akan
ReplyDeleteinfo nya yang menarik
dan penuh wawasan
Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.