Kaji Selidik KWSP- Mana Yang Anda Mahu 55 Tahun atau 60 Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kaji Selidik KWSP- Mana Yang Anda Mahu 55 Tahun atau 60 Tahun. Menarik untuk dikongsikan. Ramai antara kita yang jika bekerja dengan pihak Swasta mesti kenal dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) . Malah mungkin ada antara kita yang bekerja dengan kerajaan juga memilih menjadi pencarum dalam KWSP. Yang ni masing-masing tahu bila dah bekerja dan diberi pihan sama ada ingin mencarum dengan KWSP ataupun memilih skim Pencen. Ini apa yang saya tahu sikit-sikit jika salah tolong betulkan.

Kaji Selidik KWSP- Mana Yang Anda Mahu 55 Tahun atau 60 Tahun, kwsp
Kaji Selidik KWSP- Mana Yang Anda Mahu 55 Tahun atau 60 Tahun
Baiklah, sehari dua lepas kita ada dengar dan ada juga berita yang ura-ura KSWP nak bagi hasil caruman bila sampai umur pencarum 60 tahun. Masa tersebut jika umur panjang dapat merasa hasil simpanan dari bekerja sampailah umur 60 tersebut. Jika umur pendek insyallah dapatlah kat waris yang penama kita masukkan bila berdaftar dengan KWSP. Jadi nak selamat update nama waris yang betul yea. Nak tahu penama waris dalam akaun KSWP, anda boleh tanya pihak KWSP.

Sekarang ni pihak KWSP sedang menjalankan Kaji selidik tentang had umur pencarum boleh mendapatkan wang caruman pada usia 60 Tahun. Masa ni lah jika anda bersetuju boleh vote setuju dan jika rasa tak setuju masa ni juga boleh vote tak setuju.

Nak sertai soal selidik kajian tersebut anda boleh sertainya di sini " Kaji Selidik KWSP " (klik sini)

Saya dah buat kaji selidik tersebut. Berikut adalah apa yang saya ambil sebagai rujukan kawan-kawan bagi mengalakan dan mendapat penjelasan sedikit sebanyak tentang proses kaji selik tersebut.


OBJEKTIF KAJI SELIDIK
  • Mendapatkan maklum balas ahli KWSP mengenai Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Maklum balas ini amatlah dihargai bagi membantu KWSP meningkatkan tahap dan kualiti simpanan persaraan anda.
  • Soalan yang dikemukakan terdiri daripada empat (4) bahagian iaitu:Inisiatif Penambahbaikan 1: Menambahkan Simpanan Persaraan
    Inisiatif Penambahbaikan 2: Caruman Minimum Diselaraskan dengan Gaji Minimum
    Inisiatif Penambahbaikan 3: Memastikan Ahli Terus Menerima Dividen Sehingga Umur 100 Tahun
    Inisiatif Penambahbaikan 4: Mewujudkan Pilihan Simpanan Persaraan Patuh Syariah 
Privasi
  • Maklum balas yang diberikan oleh anda adalah sulit dan akan digunakan untuk tujuan penambahbaikan simpanan persaraan ahli sahaja.
  • Kaji selidik ini dibuka mulai 21 April hingga 5 Mei 2015.
  • Terima kasih atas kerjasama anda.
Status Kaji Selidik

Terima kasih kerana menyertai kaji selidik ini
Apa yang perlu bagi menyertai kaji selidik tersebut adalah anda hendalkah mempunyai akaun " i-akaun KWSP ". Jika tak ada kena daftar. Jika dah daftar lupa password boleh rujuk panduan untuk mendapatkan password anda. Jika tak dapat juga anda boleh hubungi pihak KWSP bagi pertanyaan i-akaun anda.
Jangan lupa buat kaji selidik ini yea. Saya lebih suka dapat hasil caruman pada usia 55 Tahun. Jika anda nak macam tu juga. Nasihat saya sertailah kaji selidik tersebut bagi menyatakan hasrat anda. 
Ianya akan berakhir pada  5 Mei 2015 ini. Jadi cepat buat kaji selidik ini sebelum terlambat.  " Kaji Selidik KWSP " (klik sini)

20 Comments

  1. tentu saja kalau diberi pilihan kak memilih 55 tahun. apa nak buat, kak kerja gomen..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai yang nak kwsp sampai umur 55tahun aje. Harap ramai-ramai vote kwsp 55 tahun.

      Delete
  2. Of course kakak nak 55 tahun cepat sikit dapat itu pun kalau Allah bagi panjang umur. Kalau tidak kena redhalah..

    Harap-harap jgnlah tunggu 60 tahun. Teringin juga nak rasa duit simpanan kakak tu. Kalau ikut arwah mak kakak usia 60 tahun dah meninggal, jadi mana tahu kakak pun sama kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Harap-harap kekal dengan had umur sampai 55 tahun. Jom pakat vote kwsp ni.

      Delete
  3. Erm.. tetap nak pilih yg 55tahun...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Harap hanya 55 tahun sahaja had umur dia.

      Delete
  4. Lagi bagus kalau umur 50 tahun...

    ReplyDelete
  5. Lagi bagus kalau umur 50 tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni pun bagus juga. Lagi awal boleh guna untuk bayar benda-benda lain.

      Delete
  6. Dh check bru2 ni...tak knalh umur 60thn tu...en somi punyalh...knor pya maintain...byk tu juga...tk taulh dividend ada ker tk...udh lma idak kerja..cmfrmlh nk yg 55thn...

    mcm2lh kerajaan ni...bikin kacau sajerrr

    ReplyDelete
  7. Anonymous22.4.15

    make sure pergi vote klau tak kira macam setujulah ....kwsp pun mcm konsep meminang ..diam tanda setuju ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pakat vote jika macam ni. Kalau lebih 55 tahun jenuh juga nak menunggu.

      Delete
  8. Anonymous22.4.15

    make sure pergi vote klau tak kira macam setujulah ....kwsp pun mcm konsep meminang ..diam tanda setuju ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure nak umur 55 tahun nak keluar semua. baru boleh enjoy. Nak pergi ke luar negara

      Delete
  9. Kalau dapat keluarkan pada umur 45 tahun lagi ok. Boleh bayar rumah dan jimatkan puluh ribu interest rumah.

    ReplyDelete
  10. dah wat survey ni.... 100thnnn fuhh lama tuu.. entah sempat tak nak rasa dividen tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jarang dah nak jumpa orang sampai umur macam tu kan.

      Delete
  11. adoiii melampay rasa..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.