Dapat 2 Lagi CPUV Earning Nuffnang Mac 2015 dan Tips

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Dapat 2 Lagi CPUV Earning Nuffnang Mac 2015 dan TipsAlhamdulillah hari ni tengok nuffnang ada lagi CPUV Earning Nuffnang yang masuk. Rezeki dengan nuffnang masih ada lagi walaupun blog saya tak adalah sehebat mana. Nampaknya kena lebih rajin lagi lepas ni. Buat bekal dan tampung-tampung bagi menambahkan pendapatan tambahan sempena kehadiran GST bulan April nanti. Dah bersediakah dengan GST ni kawan-kawan?

Saya pun tak ada nak cerita sangat dengan GST ni. Yang penting teruskan usaha murni anda bagi yang menjadikan blog sebagai usaha mencari pendapatan tambahan. Dapat tampung buat bayar bil-bil yang ada pun berbaloi dah pada saya dengan adanya blog macam ni. Sekarang ni susah nak dapat durian runtuhkan? Semuanya kena berusaha.

Berbalik kepada cerita dapat dua CPUV Earning Nuffnang Mac 2015 ni. Ini kira yang tambahan. Sebelum ni saya ada cerita saya dapat 8 CPUV Earning Nuffnang. Alhamdulillah masuk ni dah hampir 10 bulan ni.

Bagi yang dapat saya ucapkan tahniah. Bagi yang belum dapat jagan putus asa. Cuba lagi sehingga berjaya. Jika sebelum ni saya cerita sedikit tips bagi mencerahkan lagi harapan anda nak dapat CPUV Earning Nuffnang. Kali ni saya nak kongsikan tips yang berguna juga bagi membantu rakan-rakan blogger juga.

Baiklah, kali ni saya nak cerita tantang facebook dan blog pula. Ramai antara kita yang ada facebook kan? Sebenarnya jika anda tahu caranya juga. Melalui facebook juga anda akan dapat beribu-ribu trafik yang boleh masuk ke blog anda. Caranya macam mana?

Saya kongsikan sedikit sebanyak caranya. Sebenarnya mudah aje. Setiap kali anda buat entri baru, masukkan juga entri blog anda dalam facebook anda. Lepas tu anda akan dapat lihat trafik masuk ke blog anda dengan perkongsian dari rakan-rakan facebook anda. Jika ada ramai kawan. Maka lebih ramai lagi yang akan masuk berkunjung ke blog anda. Boleh faham ker ni?

Ada lagi tips dan cara-cara yang berkesan nak dapat trafik blog masuk ke blog anda dengan facebook ni. Jika anda nak tahu dengan lebih terperinci lagi tantang langah demi langkah bagi meningkatkan jumah trafik melalui facebook ni. Anda boleh rujuk dan baca penerangan yang lebih jelas lagi tentang facebook dan trafik blog ni disini-->> Pemasaran Berkesan FB.

Selamat maju jaya!! jadikan blog anda sebagai sumber pendapatan sampingan anda.

7 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah
    masa tu sgt terbts rezeki kt tmpt lain kut

    ReplyDelete
  3. terima kasih PMDR untuk tips ni... patut le trafik x byk sbb akak mmg tak pomot langsung blog akak kat fb

    ReplyDelete
  4. singgah dan follow sini, #367. terima kasih PMDR pernah ke anajingga, baru berkesempatan mengunjung balas ..hehe :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous14.4.15

    Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. tahniah rezeki tu !

    ReplyDelete
  6. tahniah...dah lama saya tak check nuffnang CPUV

    ReplyDelete
  7. kak pun tak promote blog di fb. tak tau nape, malu kot...heee

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.