TaskV.com Tawarkan Kerja Online Seluruh Dunia

2015-02-13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
TaskV.com Tawarkan Kerja Online Seluruh Dunia. Peluang baru untuk sesiapa sahaja yang berminat nak cari duit lebih dari rumah. Yea peluang untuk anda buat duit ataupun bekerja dari rumah. Ianya masih baru dan memang banyak memberi manfaat kepada pencari kerja dari rumah. Ianya dibangunkan oleh rakyat tempatan. Laman web baru ini dikenali sebagai TaskV.com.

TaskV.com Tawarkan Kerja Online Seluruh Dunia
TaskV.com Tawarkan Kerja Online Seluruh Dunia

Apa itu TaskV.com
Benda ni masih baru, kita sama-sama ambil tahu tentang TaskV.com ni. Ianya adalah laman web atau portal kerja yang menawarkan senarai kerja kosong yang terdapat diserata dunia. Apa yang menariknya kerja-kerja kosong tersebut adalah boleh dilakukan dengan hanya anda duduk di rumah.

Bukan seperti laman web kerja kosong lain seperti Jobsdb , Jobstreet dan lain-lain lagi yang menawarkan senarai kerja kosong dan kerja tersebut memerlukan anda bekerja di pejabat dan sebagainya. Tetapi berbeza dengan TaskV.com ini, semua kerja yang ditawarkan membolehkan anda bekerja hanya dari rumah. Bestkan?

Di dalam TaskV.com anda hendaklah berurusan dengan menggunakan Bahasa Inggeris kerana kebanyakan tawaran kerja adalah dari luar negara seperti United Kingdom, Canada, negara Eropah & Asia. Jadi peranan bahasa inggeris semasa nak berurusan dengan pihak majikan sangat penting.

Kesemua tawaran kerja yang terdapat di TaskV.com telah disahkan terlebih dahulu oleh team mereka bagi memastikan kerja-kerja tersebut sahih dan ianya boleh dibuat secara online tanpa perlu ke tempat kerja. Memang mudah macam ni kan?

Pihak TaskV.com memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli dengan mencari dan menyediakan sanarai tawaran kerja di dalam job board serta kesahihan kerja tersebut. Mereka juga akan mengemas kini setiap hari email yang dihantar kepada ahli yang berdaftar sekiranya ada tawaran kerja baru.

Kelebihan Buat Pelanggan TaskV.com
Bagi anda yang manjadi pelanggan TaskV.com ini, anda berpeluang untuk bekerja di rumah melalui sumber yang disahkan, menerima cara bayaran yang mudah sama ada melalui cek, paypal dan lain-lain lagi mengikut persetujuaan antara anda dan pihak majikan(online) tersebut.

Bayaran upah bergantung kepada kerja yang anda mohon. Kadar upahnya agak lumayan sekitar $25 - $750 bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Apa yang bestnya disini adalah anda bebas
menentukan jadual bekerja sendiri, terima makluman tawaran kerja melalui email setiap hari, akses ke job board 24/7 mengunakan apa - apa device, PC, laptop, tablet atau mobile device.

TaskV menawarkan 5 plan keahlian yang boleh di pilih mengikut keperluan pencari kerja. Lebih lama tempoh keahlian di beli, lebih murah harga ditawarkan dan banyak penjimatan.

Bagi anda yang berminat nak buat kerja dalam TaskV.com anda bolehlah membuat pendaftaran dengan berdaftar dan menjadi ahli. Pembelian akses keahlian adalah mengunakan PayPal atau kad kredit/debit melalui sistem pembayaran PayPal.

Yuran keahlian adalah seperti berikut:
1 Minggu - $7.00 ($1.00 sehari) 
1 Bulan - $17.00 ($0.56 sen sehari)
3 Bulan - $27.00 ($0.30 sen sehari)
6 Bulan - $37.00 ($0.20 sen sehari)
Setahun - $47.00 ($0.12 sen sehari)

Tawaran kod diskaun
Bagi meraikan pembukan lamam web ini. Anda boleh mendaftar dengan tawaran yang istimewa yang telah disediakan oleh pihak mereka.Ianya dalam masa yang terhad ini sahaja.

Pihak TaskV tawarkan diskaun bagi pembelian plan keahlian setahun (Diamond Plan) sebanyak hampir 70% iaitu $14.99 sahaja ($0.04 sen sehari).


Promotion code: REVIEW
Sah sehingga 28 Feb 2015 sahaja.

Bagi anda yang nak sertai TaskV.com ni. Berikut adalah cara-cara yang mudah user menjadi ahli:-

Masukkan Maklumat anda disini

1: Pergi ke laman taskv.com
2: Isi nama, alamat email & pilih kategori kerja yang di inginkan.
3: Sahkan alamat email dengan klik pada link yang di hantar oleh TaskV.com
4: Cipta login info, maklumat akaun dan masukan promotion code ke ruangan di sediakan.
5: Teruskan proses pembayaran di PayPal & selesai. Boleh akses serta merta setelah bayaran selesai.

Baiklah, bagi yang rasa nak pergi terus dan mencuba TaskV.com ini. Anda boleh berbuat demikian di sini----->>> taskv.com

Share

7 comments:

  1. Kalau rajin memang menjadi kerja-kerja macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kakak. Memang menjadi jika nak buat duit dari rumah dengan taskv.com ni.

      Delete
  2. lama tak singgah sini PMDR...
    kak baru nak panas enjin, cari semangat baru.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa. Terima kasih singgah lagi blog saya. ;-)

      Delete
  3. Kalau rajin, boleh je jana pendapatan dengan online nie... teman nie tak berkesempatan lagi... kat office dah la dok mengadap laptop, tak kan lah kat rumah pun nak mengadap lap top jugak kan... :)

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan