Petua Mencantikkan Kulit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Petua Mencantikkan Kulit. Siapa kat sini tak nak cantik? Angkat tangan. Tinggi lagi saya tak nampak..hehe. Tak ada yang angkat kan. Sebab tu saya tak nampak.

Betul tak jika saya kata, dalam dunia ni tak ada orang yang tak nak cantikkan. Walaupun kita tengok dia tak cantik, tetapi sebenarnya dia pun nak cantik juga. Tetapi ini semua dari Allah SWT. Kita kena terima dan redha.

Petua Mencantikkan Kulit
Jika anda ingin mencantikkan diri anda untuk suami anda dan ingin membahagiakan alam rumah tangga anda. Dapatkan " Panduan Pikat Hati Lelaki " (klik sini). Insyallah hanya sesuai untuk mereka yang dah bergelar wanita sahaja.

Hari ini saya nak berkongsi tantang Petua Mencantikkan Kulit. Macam best aje kan. Jika anda rasa nak cantik. Boleh gunakan petua ini, Boleh cuba yang mana satu rasa ok untuk mencantikkan kulit anda.

Berikut adalah cara-caranya:-

Khasiat pinang muda tidak ramai yang mengetahuinya, bagi seorang pengamal petua kecantikan tradisional, Puan Hamadah Datuk Ghazali, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan ‘bersabun’ belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.

Hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit.

Kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit.

Taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.

Serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

Air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus.

Daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka.

Kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka.

Bagi menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan

Menarik tak petua ni. Anda boleh amalkannya jika nak kulit jadi cantik dan gebus macam siapa yea. Macam siapa-siapalah yang cantik yang pernah anda tengok.

Ketahui rahsia nak pikat hati lelaki disini [+] Panduan Pikat  Hati lelaki  [+]

Semoga perkogsian ini berguna. Hari cuti ni boleh cuba mana-mana satu petua yang anda rasa berkenan nak cuba. Selamat mencantik kan diri. ;-)

11 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh guna salah satu petua di atas akak. :-)

      Delete
  2. masa anak dara dulu.. rajin gak wat 2-3 petua kat atas.. sesejak beranak pinak ni mandi pun ikut dan aje... asal mandi lama sket macam tuan puteri mesti ada aje tokang ketuk pintu bilik air... hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..biasalah lah tu bila dah bertambah. Apa pun kena jaga juga kesihatan dan penampilan diri akak :-)

      Delete
  3. boleh share kt adibah ni... tqvm

    ReplyDelete
  4. salam singgah. terima kasih atas perkongsian. saya tenyeh2 masker skrub muka seminggu sekali. kalau bab telan2 ni memang saya suka. hehheheehe. jadi telan je, gaya saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Boleh cuba mana-mana yang rasa sesuai Umi.

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih. Boleh cuba Bunda.

      Delete
    2. Artikel yang menarik. Tahukah anda bahwa masker spirulina juga sangat bermanfaat untuk menjaga kecantikan kulit supaya bersih, putih, kencang, dan bebas jerawat :) Coba cek artikel saya, Insya allah bermanfaat.

      Delete
  6. updateterus gan info2 yg bermanfaatnya
    terimakasih banyak
    sukses terus

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.