Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham

2013-11-13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham. Siapa yang minat bola sepak angkat tangan? Saya pun minat bola juga.

Dah..dah.. boleh jatuh tangan. Nanti ada orang perasan pula.Tiba-tiba ada yang angkat tangan tak ada sebab apa-apa.

Saya masih ingat masa sekolah menengah,sekolah saya boleh masuk partandingan akhir bola sepak peringkat negeri. Kira jika menang boleh jadi wakil negeri nanti bila lawan bola untuk peringkat negara. Hebatkan boleh sampai keperingkat ini, sebelum ini tak ada dalam sejarah sekolah saya boleh sampai ke peringkat ini.

Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham
Peluang tak datang banyak kali ni..
Boleh sampai ketahap ini mungkin disebabkan kehebatan penyerang kot,sebab bila dapat bola kat kaki dia,alamat insyallah boleh masuk gol, mamat ini pandai menggelecek sikit. Tak mustahil la jika ada bola di kaki dia semua orang akan dapat berita gembira lepas itu. Penjaga gol tak kurang hebat juga, jarang sekali bola masuk dalam gawang gol kami. Ditambah dengan pertahanan yang badan sasa-sasa lagi, jadi tak mustahil cukup lengkap pasukan sekolah kami boleh sampai ke tahap itu pada masa tersebut. Tapi yang paling saya respect,rasanya sebab jurulatih(cikgu saya) yang pandai mengatur strategi dan pasukan hingga boleh sampai ke tahap ini. Kesimpualannya, semuanya hebat-hebat dan mempunyai kekuatan masing masing-masing.Tahniah sekolahku. Semua orang bangga pada masa tu.

Apa yang bestnya, bila sekolah kami dapat capai ketahap tersebut, akhirnya kami berjaya dan dapat jadi wakil negeri ke perlawanan peringkat negara. Masa tu pihak sekolah dapat banyak tajaan dari badan-badan koprat di negeri saya. Hampir RM10 000 sekolah dapat masa tu. Alhamdulillah,yang bestnya kat sini, penyokong pasukan bola kami, "tukang sorak" pun tumpang tempiasnya, Jadi penyokong tak payah berlari-lari dalam padang sampai berpeluh kejar bola kan?Sakit-sakit jatuh pun tak kena. Paling tinggi pun sorak kuat-kuat sahaja,sampai pecah suara pun ada. Mereka juga dapat banyak tajaan, dapat makan minum macam-macam,dapat baju,dapat tidur kat hotel 4bintang macam pemain juga dan tak kurang dapat duit juga. Jadi penyokong bagi semangat pun dapat macam pemain bola juga. Best bila ingat masa tu.

Inilah yang dikatakan untungnya jadi peminat bola sepak. Jadi pemain tak payah cerita la, sebab tu sekarang sukan bola sepak merupakan salah satu cara untuk buat duit juga, ada pemain bola sepak bergaji puluhan ribu dollar. Malah ada yang sampai jutaan dollar. Semuanya kerana bola sepak.

Jadi nak kenang masa tu lagi, saya nak berkongsi dengan kawan-kawan yang tempisnya datang dari tajaan syarikat gergasi AIA dan Team bola sepak Tottenham nak bagi peluang kepada kita untuk menyaksikan sediri secara lagsung perlawanan bola sepak di UK London. Sepasang(dua orang) tiket pergi balik,penginapan  4H/3M dan peluang untuk melancong ke Bandar London akan diberikan. Bukan senang nak dapat peluang ini. Jika nak pergi tengok bola Tottenham secara live di London dengan tajaan, boleh ramai-ramai kita dapatkan maklumatnya. WIN A VIP FOOTBALL IN UK-London.
Dapat pergi nanti jangan lupa bagitahu saya juga, nak kirim jersi bola ori satu. ;-)

Share

13 comments:

  1. sebab tu ada yang taksub dengan bola sepak...mungkin kerana duit

    ReplyDelete
  2. lau penyokong Man U bleh tak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sahaja, janji dapat pergi UK :-)

      Delete
  3. nak join...nak pegi....hihi...
    CiM sokong bola tempatan jer, paling jauh pi MU laaaa (ehhh salah, paling jauh sokong MU)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sahaja, jarang dapat peluang melancong sambil tengok bola secara percuma. jom join ramai-ramai.

      Delete
  4. menariknyer.. cuma AK idoklah minat bola sgt hehehe

    ReplyDelete
  5. Memang untunglah sapa yang jadi peminat bola kan...hehe

    ReplyDelete
  6. Ala..rugilah kak:-))

    ReplyDelete
  7. pegi UK tuh...free.. cayalah

    ReplyDelete
  8. penyokong jugak yg best

    ReplyDelete
  9. Tak sangka kakak kisahnya selain minat bola rupanya kaki bola dari kecik ye... tak rugi juga sampai cemerlang kiranya. Kenapa tak teruskan? Mana tahu jadi wakil negeri mahu negeri Johor beli - macam sekarang ni asyik membeli pemain aje... untung kerjaya main bola ni kan..

    ReplyDelete
  10. wahhh !UK tu..hihi
    sy ni setakat minat bola Malaysia je.. bola luar negara kurang ambil tau...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan