Sahabat Sejati Sukar Dicarikan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sahabat sejati sukar dicarikan? Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita selepas ahli keluarga kita bukan?, malah ada dikalangan kita yang sahabat menjadi orang no 1 yang akan tahu sesuatu dari kita sebelum orang lain mengetahui perkara tersebut. Betul tak macam tu? Berikut beberapa tips di dalam kita manjalin persahabatan dengan sahabat dan kawan-kawan kita.


sahabat sejati
Sahabat sejati sukar dicarikan..

TIPS dalam BERSAHABAT:

1) Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya"
(HR Abu Daud)

2) Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(HR Muslim)

3) Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)

4) Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah"
(HR Abu Daud)

5) Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu"

6) Memberi hadiah
Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang"
(HR Thabrani)

7) Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah s.a.w  bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
(HR Hakim) 


-Budak bersahabat dengan Kereta.
-Bersahabat sehingga Berkahwin

Sumber: Ukhuwah Islamiah (Dr.Abdullah Nasir Ulwan)

Wallah hualamm, Semoga Bermanfaat.



18 Comments

  1. betul.setuju sgt.
    saya punya sahabat yg betul rapat pun boleh dikira ngn jari.masa sekolah still contact lagi & masa keje pun ada gak.:-)

    ReplyDelete
  2. saya pun setuju...
    sekarang ni ada la seorang dua..kira sahabat la jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang dua pun jadi, asal ianya sahabat sejati.

      Delete
  3. Kawan tu ramai tapi sahabat ni memang limited sangat...

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak, sahabat sejati kurang sikit kan.

      Delete
  4. Mudah2an kakcik boleh menjadi kawan kalaupun tidak menjadi sahabat kepada orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Semua orang baik kitaa buat kawan, tapi kena jaga-jaga jugakan akak.

      Delete
  5. Terima kasih tips tu.. InsyaAllah akan digunakan.. Sy follow... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, masih mencari sahabat sejati lagi yea.

      Delete
  6. friend in need is a friend indeed..,ehHHEe

    ReplyDelete
  7. sahabat? siapa nak jadi sahabat aku? silakanlah

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..wah best lah tips ni..tapi nak cari sahabat tu mmg boleh kira dengan jari..semua muncul bila kita susah..hah time tu kita tau sapa sahabat siapa kawan an siapa musuh..hehe..apepun doa banyak2 mintak Allah kurniakan sahabat2 yang ikhlas berkawan dengan kita..:)

    ReplyDelete
  9. ada beza antara kawan dan sahabat kan...
    tapi mendoakan sahabat tanpa pengetahuan sahabatnya paling touching..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.