Internet Percuma Disisi Hotlink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Suka saya sorang-sorang bila melihat aksi mamat dalam iklan Hotlink yang terbaru ini tentang internet percuma, ada dua iklan yang Hotlink siarkan tentang aksi mewakili rakyat Malaysia yang menggunakan internet secara tegar melalui handphone masing-masing.

Aksi pertama seorang yang mencari senarai rangkaian wifi yang terdapat pada hp beliau,kerana yang tersenarai disitu semuanya wifi yang mengandungi password, akhirnya dia dapat juga wifi percuma yang diambil di bas rapid KL, dapat la internet percuma sekejap sms makwe dia,tetapi sekejap sahaja,intenet tersebut putus bila bas tersebut meninggalkan kawasan itu,akhirnya tak dapat dia nak Whatsapp makwa dia. Ada sesiapa pernah tengok aksi ini yang sebenar tak,selain yang iklan ni?

Internet Percuma Disisi
Handphone ni ada internet percuma tak?

Aksi kedua,lebih kurang jalan cerita yang sama,seorang mamat yang nak sms marka juga,tapi yang ini berlainan tempat pula, mamat ini pergi tumpang internet percuma dekat kedai makan yang agak baik sikit,sebab dia bagi internet percuma  kepada pelanggang yang datang ke kedai tersebut.Yang lawaknya pelayan kedai tersebut beberapa kali dengan aksi yang "manis" nak mempelawa mamat tersebut untuk melihat menu yang dia pegang,tetapi bila pelayan ni menuju ke arah mamat tersebut,mamat tu tak nak, bila agak lama baru pelayan tu perasan yang mamat tersebut berdiri dekat kedai dia hanya untuk mendapatkan wifi percuma. Rasanya yang ni ada orang buat tak?hahahaha.. ramai kot yang buat sebelum ada internet sendiri kat phone kan?

Bagus la Hotlink kali ini buat promosi internet percuma, kena dengan masa dan keadaan sakarang, sebab ramai yang memerlukan internet pada handphone sekarang ini. Bagi saya, ada internet kat handphone lagi jimat jika nak bandingkan kita SMS atau MMS yang biasa ni kan? Rasanya mana lagi berbaloi?

Bestnya blogger Hutan Kabut dapat panggilan percuma sempena hari jadi beliau yang ke-23, Selamat Hari Lahir diucapkan.


21 Comments

  1. Anonymous22.10.13

    untung la kalau kasi free

    ReplyDelete
  2. Kakak perasan iklan tu. Memang betul ada baiknya buat pelanggan. makin canggh sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak, Bila banyak persaingan.masing-masing kena bagi yang terbaik untuk pelanggan. Hotlink pun kena bagi internet percuma juga untuk menarik pelanggang.

      Delete
  3. sk gak tgk iklan wifi kat bus tuu..hihi

    ReplyDelete
  4. murah pun murah juga. tapi tak semua guna handphone yang canggih. jadi, nak whatsapp ke, wechat ke tak dapatlah. kena guna kredit juga. tapi setakat ni, saya memang ada guna whatsapp dengan sesetengah kawan yang lain.

    ReplyDelete
  5. akak pakai maxis kt broadband kt umah je... kt hp pakai celcom... tak tau nape akak setia betul ngn celcom sampai laaaa nih

    ReplyDelete
  6. dulu ms pakai maxis xpenah pon dpt cm ni ;-(

    ReplyDelete
  7. Anonymous22.10.13

    Tapi KA setia paa celcom hehehe

    ReplyDelete
  8. SETIAP KALI NAMPAK IKLAN TU KAT TV.. GELAK SEKALI BILA PELAYAN KEDAI TU SENGEH KAT MAMAT YG DOK.DEPAN KEDAI TU.. HEHEHEHE

    ReplyDelete
  9. Anonymous22.10.13

    Iklan marketing terbaik dari Maxis.. Tahniah hotlink..

    ReplyDelete
  10. tak ternampak pulak iklan tu.:-))

    ReplyDelete
  11. Ha..ada2 tgk iklan tu.. ekekeke muka port jer mamat waiter tu miahahaha

    ReplyDelete
  12. baik lah iklan nih.. ramai yg terkena rasanya

    ReplyDelete
  13. Semua mudah bila boleh Guna internet dgn hp ;)

    ReplyDelete
  14. Bertuahkan... hanya di Malaysia saja access ke internet sangat mudah... Cuba kome pegi ke Singapore... semuanya kena bayar... kat kedai atau cafe pun susah nak cari access internet...

    ReplyDelete
  15. internet mmg best..skrg jrg dh kot msg smua tu..rsa internet lg sng berhubung n mmg jmat

    ReplyDelete
  16. Mula2 tengok dua2 iklan tu blur kejap lelama tu baru perasan.

    ReplyDelete
  17. tertarik dengan iklan saja.

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.