Saman AES Dikurangkan Kepada RM150 daripada RM300

2013-09-26

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Teruja juga bila baca berita kat bawah ini. Saman AES dikurangkan kepada RM150 daripada RM300 sebelumnya..bukan di mansuhkan yea. Cuma dikurangkan Saman AES ini. Nampaknya hasrat Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)  atas penagguhan Sistem AES ini dah habis rasanya. Sebab AES akan kembali beroprasi mencari kesalahan...

"Berkuatkuasa hari ini, saman yang dikeluarkan menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik, AES akan dikurangkan kepada RM150 berbanding RM300 sebelum ini.Menurut pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun kadar berkenaan akan meningkat bergantung kepada kesalahan dan tempoh bayaran yang dibuat.

AES kembali lagi..
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Pengambilalihan Operasi Sistem AES di Putrajaya.Tambah beliau, kadar saman itu akan meningkat beransur-ansur dengan jumlah maksimum sebanyak RM300.

Bagi saman yang sudah dikeluarkan sebelum ini pula, ujarnya lebih banyak perbincangan akan diadakan dan beberapa cadangan akan dikemukan kepada jemaah menteri bagi menimbang kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan isu berkenaan secara menang-menang.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan memutuskan mengambil alih sepenuhnya operasi sistem AES daripada syarikat ATES dan Beta Tegap Sendirian Berhad menerusi syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan diperbadankan iaitu AES Solutions Sendirian Berhad.

AES akan diperluaskan di beberapa kawasan 'hotspot' yang dikenalpasti sentiasa berlakunya kemalangan kerana memecut". sumber
-----------
Bila baca berita di atas ini, rasanya sama aje dengan saman-saman AES yang sebelum ni, balik kampung hari tu ada ahli keluarga yang kena saman ini. Memang jika kita bayar cepat hanya perlu bayar RM150 sahaja.tapi lama kelamaan jika tak bayar dalam tempoh yang di tetapkan saman tersebut boleh mencecah RM300. Banyak juga tu, minya naik 20sen barang-barang lain naik harga juga. Ini sekarang nak masuk bab nak kena bayar saman beratus-ratus ringgit pula. Harap-harap tak ada yang kena saman AES ni. Lepas elakkan diri daripada AES ini. Kita juga kena elakkan diri daripada merosakkan alam sekitar bagi menjamin alam sekitar kita selamat untuk generasi akan datang.

Menurut berita ini juga, AES akan di pasang di tempat-tempat lain lagi. Maknanya lepas ni lagi kena berhati-hati pemandu-pemandu di Malaysia memandu kereta, jangan sampai kena saman kat AES ini. Ada siapa-siapa tahu tips nak ELAK daripada kena SAMAN AES ini? Boleh kongsi di ruangan komen.. Terima kasih.


Share

14 comments:

  1. Apo nak dikato! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak. tak boleh nak cakap apa. hanya mampu mengeluh sahaja.

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu akak nur..sabar dengan AES ni..

      Delete
  3. Alahai....apa nak buat..uhuhuhu

    ReplyDelete
  4. elok sgt la tu..rasanya masa otw ke gopeng tempoh hari...mcm ada cahaya camera aje..melintas kt dpn mata..kena saman le nampaknya knor ni...hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap kereta orang lain. Rasanya dekat Slim River ada 1 AES kat lebuhraya utara-selatan.

      Delete
  5. Tips dia jangan memandu laju. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tapi kadang-kadang tempat jalan ok tak ada apa-apa dia letak AES. itu yang terlebih pecut..huhuhu..

      Delete
  6. pandulah pelan taknak kena saman..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu.. tapi kadang-kadang tak perasan.

      Delete
  7. kena lebih berhati2 la lepas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..ini yang kena buat juga..

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan