Kuala Lumpur: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) mencadangkan penangguhan sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sehingga isu yang dibangkitkan pelbagai pihak ditangani dengan berkesan.
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kerajaan perlu meneliti AES secara menyeluruh sebelum sistem itu dilaksanakan, termasuk mendapatkan maklum balas masyarakat khususnya pengguna.
Tak perlu terburu-buru
Walaupun AES dianggap sistem yang baik untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya raya seperti di beberapa negara Eropah, beliau berkata ia tidak wajar dilaksanakan terburu-buru tanpa mendapat maklum balas dan kajian menyeluruh.
Katanya, pemasangan AES di sebanyak 14 lokasi mengundang rasa tidak puas hati pengguna kerana didakwa dipasang di lokasi tidak sesuai serta bukan lokasi berisiko.
Di samping itu, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula had laju dengan mendapat pandangan pelbagai pihak, termasuk pengeluar kenderaan, pengguna, pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
“Saya kecewa kerana walaupun AES adalah sistem yang baik tetapi disebabkan banyak kontroversi, ia seolah-olah bertujuan menyusahkan dan bukan membantu orang ramai.
Perbetul persepsi
“Pihak berkuasa perlu memperbetulkan persepsi masyarakat terlebih dulu dengan memberikan pendidikan menerusi kempen kesedaran.
“Semua lapisan masyarakat perlu dibabitkan untuk memberi maklum balas, di samping kesedaran dan keyakinan bahawa AES boleh dilaksanakan dengan kerjasama orang ramai supaya kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.
Lam Thye berkata, NIOSH menganggap kes kemalangan jalan raya di negara ini sebagai serius kerana saban tahun angka kematian membabitkan golongan pekerja meningkat.
Katanya, mengikut perangkaan, kemalangan membabitkan pekerja yang berulang alik ke tempat kerja meningkat daripada 17,170 pada 2001 kepada 24,809 kes pada 2011.
INFO
- Diperkenalkan pada 23 September lalu
- 14 lokasi maut di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur
- 63,558 pesalah trafik dikenal pasti memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah dalam fasa pertama.
- Akan diperluaskan di sebanyak 831 lokasi di seluruh negara
Kredit

15 Comments
setuju2
ReplyDeleteElok la ditangguhkan dahulu daripada mengundang banyak kontroversi.. Biar kaji betul2 baru laksana.. rakyat pun tak kata apa kalau dibuat dengan betul.
ReplyDeletekalau na na stuju syste AES ni tapi tatw nape ramai x suka ;/
ReplyDeleteAES ditempat kita bagaikan perangkap nak cari duit saman bukan dan kurangkan kemalangan..
ReplyDeletetangguh pun ok juga, perlu diperhalusi lagi!
ReplyDeletekaji dulu sedalam-dalamnya
ReplyDeletesy xd knderaan, so.. no komen laa.. hahaha..
ReplyDeleteada aplikasi android utk kesan kamera AES.. sejauh mana ketepatannya tidak diketahui. apapun undang2 jln raya tetap kena patuhi..
ReplyDeletesetuju kalau tangguh dulu.. kaji habis habisan :)
ReplyDeleteerm..kdg2 mcm tak logik had lajunyer tue.. tapi ape2 pun kena berhati2 dijlan raya.gn bawak laju2
ReplyDeleteada kawasan tu had laju 70km je...sampai kt tmpt AES dok brek2 bawak 50-60 je.geram jugak.lepas tu je pecut kemain.
ReplyDeletetak faham , tak faham
ReplyDeletewak pon X sukak kena saman jugakkk.. uUUhuu
ReplyDeleteperlu kajian yg terperinci... bukan tiru2 je dr negara lain pasang kite pun ikut sama tp kite tak kaji betul2 lg
ReplyDeletetu la..okey jgk bah sistem nie.supaya org mematuhi undang undang..:)
ReplyDeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.