Thursday, 7 March 2013

Malindo tawar tambang serendah RM38, tempahan tiket dibuka mulai hari ini

Assalamualaikum.

Hari ni nak berkongsi tentang Penerbangan Malindo yang menawarkan kadar tambang penerbangan yang murah.

PUTRAJAYA 7 Mac - Penerbangan Malindo yang dijangka beroperasi mulai 22 Mac ini menawarkan harga tambang inklusif serendah RM38 dari Kuala Lumpur ke Kuching dan RM68 ke Kota Kinabalu.

Tempahan sulung ke Kota Kinabalu pada 22 Mac ini akan dibuka mulai hari ini.

Penerbangan menggunakan Boeing 737-900ER itu menawarkan televisyen persendirian di setiap tempat duduk.

Malindo turut menawarkan perkhidmatan bagasi daftar masuk percuma 15 kilogram (kg) untuk kelas ekonomi dan 30kg untuk kelas perniagaan. - Utusan

Penerbangan Malindo, tambang murah Penerbangan Malindo, website Penerbangan Malindo
Penerbangan Malindo

Jika di lihat di dalam website Malindo ( http://www.malindoair.com/en/ )  pun dah ada tempahan online ni. Jom kita tengok promosi ni dan buat tempahan  kepada yang nak merasa terbang atau pun naik "belon" kata orang Sabah dengan kadar yang rendah ini.  Kepada yang ingin bercuti ke Sabah atau ke Serawak boleh cuba penerbangan ini. Tarikh beroprasi Penerbangan Malindo ini sama dengan masa cuti sekolah pada hujung bulan Mac ini. Boleh la masa tu nak pergi bercuti atau pun nak balik kampung menziarahi keluarga di kampung halaman.


17 comments:

  1. teringin jer nak ke sabah atau sarawak..tapi kalau hujung bulan mac ni tak sempat nak kumpul duit..huhu

    walaupun tambang dah murah duit poket nak bercuti kena ada ribu riban jgk mklumlah anak anak ramai...

    ReplyDelete
  2. teringin nak pergi lagi kesabah. tapi bulan mac ni tak sempat banyak sangat kenduri krndara..huh

    ReplyDelete
  3. murahnya.....jom ke Sabah !! (^__^)

    ReplyDelete
  4. macam takut plak nak ke sabah..
    tapi murah kan :)

    ReplyDelete
  5. Jom la turun Sabah, tiket dah murah tu...

    ReplyDelete
  6. malindo= usahasma malaysia dan indonesia ke? hehehehe...

    murah kan malindo air ni. lepas ni lebih verity la utk pengguna memilih flight. part bagasi tu terbaiklah. free lagi tau . 15kg tu banyak wooo

    ReplyDelete
  7. akak tak pernah naik kapal terbang lagi :)

    ReplyDelete
  8. bestnya.. :)
    sapa2 yang dah ada plan nk holiday or honeymoon blh la tempah.. ^_*

    ReplyDelete
  9. jimat sape yg plan nak g holiday tu boleh la grab...

    ReplyDelete
  10. wah , ada malindo pulak. hehe. mai lah datang sabah :)

    ReplyDelete
  11. 6 April ni balik Sabah...happy sangat...tapi takut lak g KLIA sebab sorg2..huhu..dah la 1st time g

    ReplyDelete
  12. oh....br tahu ada airline murah baru.....lg murah dr airasia ke?

    ReplyDelete

Terima kasih komen kat sini kawan-kawan,
nanti saya jejak balik blog kawan-kawan Insyallah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...