Amalan di Malam Hari

Assalamualaikum.. Dah 2-3 hari tak menulis. Maaf sibuk sedik dengan kerja-kerja dunia yang tak abis-abis. Dunia ni keperluan kita,nak buang tak boleh. Ambik sekadar keperluan.. Sebabnya apa yang kita usahakan di dunia ni. Kita akan di pertanggungjawapkan di akhirat nanti. Jadi pandai-pandai la urus dunia ni supaya kat akhirat nanti amalan-amalan kita ni boleh bantu kita.. Amalan yang dapat bantu kita,adalah amalan baik kita. Amalan yang tak baik akan jadi beban kepada kita di akhirat nanti.

Malam ni saya nak kongsi sedikit amalan harian yang dapat bantu kita tambahkan pahala kita Insyallah. Saya pernah dengar ustaz mengajar,pada malam hari kita kena baca Al-Quran 10 ayat paling kurang. Sebab dengan baca Quran 10 ayat kita tidak akan digolongkan di kalangan orang yang LALAI disisi Allah pada malam tersebut. Jika kita baca 100 ayat Al-Quran kita akan digolongkan di kalangan orang-orang yang TAAT disisi Allah.

Amalan Nabi S.A.W, Sebelum tidur Nabi S.A.W akan baca Surah Al-Mulk (30 ayat) dan Surah As-Sajadah (30 ayat) serta Surah Al-Waqiaah ( 96ayat). Jadi jika kita dapat baca ketiga-tiga surah ni kita akan tergolong di kalangan orang yang TAAT pada malam tu. Jika tak mampu semua tu, sebelum tidur baca la apa-apa ayat Quran walaupun surah yang pendek bagi dapat 10ayat. Jika tidak rugi la kita sebab akan di golongkan di kalangan orang yang LALAI jika kita tak baca 10 ayat Quran pada satu-satu malam.
Jadi sekarang kita semua kene sama-sama usaha la yea.. Agar sebelum tidur dapat letakkan kita di golongan yang terbaik pada tiap-tiap malam.

Walaupun kita sibok dengan tv,fb,blog,twitt dan lain-lain lagi.. Cubalah luangkan masa & tenaga yang Allah bagi ni untuk bina akhirat kita sebelum kita jumpa Allah. Insyallah.
Sekian.. Wallahualam.

14 Comments

  1. Insya allah akan diperbaiki sikap malas nk beramal nii...kalau untuk duniawi semua boleh jer..kene ubah sikap tu kann..peringatan utk diri sendiri kadang2 tu lalai jugak...

    Terima kasih yee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Sama2 beringat.. Moga dapat jaga semua ni... Terima kasih ainnoraini..

      Delete
  2. INSYAALLAH... BIASA BACA QURAN SEMINGGU SEKALI... SO, SKRG KENA AMALKAN SETIAP MALAM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..tiap2 mlm kene baca dwaty.. Semoga kita dapat amalkan nya..

      Delete
  3. Insya-Allah kakak memang kenalah baca bukan beratus tapi lebih sebab setiap hari lepas maghrib memang kakak ajar budak-budak mengaji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Bagus tu akak.. Nanti 'saham pahala' yang mereka belajar pun akan dapat..

      Delete
  4. salam setuju sesangat...baca juga buku2 ilmiah yg belum habis..al-quran setiap pagi dan lps maghrib dah kemestian..

    cantik nama blog..mmg ada pokok mangis depan rumah ye?...berblog bawah pokok mangis mmg best..sambil mkn buah mangis..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bagus la mcm tu.. Semoga dapat istikamah dengan amal membaca Al-Quran pada waktu malam.

      Delete
  5. Replies
    1. Amin.. Semoga dapat amalkan nya..
      Terima kasih norhidana..

      Delete
  6. slmt beramal....perkongsian yg bermanfaat..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aishah. Selamat beramal juga..

      Delete
  7. Anonymous13.7.12

    tq ingat mengingatkan sesama kita amalan2 yg baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. Terima kasih juga datang ke sini..

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.