Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah. Selamat berpuasa buat semua. Bulan puasa yang mulia ini, tak ada idea sangat nak mengarang. Jadi saya isikan entri baru bulan puasa dengan resepi ayam bakar madu sedap mudah. Sedap macam mana tu nanti boleh cuba sendiri. Sedap sehingga menjilat jari makan resepi ayam bakar madu sedap mudah ini.

Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah, Ayam Bakar Madu
Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah
Secara asasnya, resepi ayam bakar madu ini lebih kurang sama sahaja dengan resepi ayam bakar biasa. Cuma yang membezakannya adalah campuran bahan utama lain iaitu madu. Yea madu, semua orang suka makan. Anak-anak, dewasa sampailah kepada golongan tua suka kepada madu. Madu ini sedap, lazat, manis jika dicampur bersama ayam bakar. Memang terangkat rasanya bila dimakan sebagai juadah bersama nasi putih dan pelbagai lauk pauk dan masakan sayuran lain.

Bagi yang nak cuba resepi ayam bakar madu sedap mudah ini. Anda boleh cuba masak berpandukan resepi dan cara memasak yang saya kongsikan dibawah ini. Insyallah lagi sedap pada masakan di kedai mahupun di bazar ramadhan resepi ayam bakar madu ini.

Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah

  • 1/2 Ekor ayam dipotong kecil (Ikut cita rasa).
  • 6 Ulas bawang putih (ditumbuk).
  • 2 Inci halia (ditumbuk).
  • 6-8 Sudu madu.
  • 4 Sudu sos tiram.
  • Sedikit serbuk cili (Jika ada anak kecil tak perlu masukan).
  • Sedikit serbuk lada hitam.
  • Sedikit gula.
  • Garam secukup rasa.

Cara Memasak Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah

1) Masukkan ayam yang telah dibersihkan di dalam satu bekas.

2) Masukkan kesemua bahan perapan iaitu bawang putih, halia, madu, sos tiram, serbuk cili, serbuk lada hitam, gula dan garam ke dalam bekas bersama ayam dan gaul sehingga kesemua bahan tersebut rata dan sebati.

3) Perap selama 1jam atau lebih. Jangan biarkan ayam terlalu lama diluar. Boleh merosakkan rasa dan khasiat ayam.

Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah, Resepi Ayam Bakar Madu,
Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah - cara bakar
4) Bakar ayam dengan pemanggang ajaib lebih kurang 20-25 minit dibalik-balikkan. Mengikut citarasa anda. Jika di kampung ada dapur arang atau menggunakan tempurung atau sabut kelapa kering itu lagi sedap. Rasa segar cara bakar begini.

5) Jika anda menggunakan oven, bakar dengan suhu 200 darjah selama 25-45 minit atau sehingga ia betul-betul masak.

6) Bila dah siap biarkan ianya sejuk seketika dan boleh untuk dihidangkan.

Tak susah nak masak dan sediakan resepi ayam bakar madu sedap mudah ini. Dah siap masak hidangkan waktu makan nanti. Insyallah pasti selera anak-anak dan pasangan anda akan bertambah. Sedap masak sendiri. Puas hati.

Nak tambah banyak mana, nak masak banyak mana semua boleh dibuat. Jika beli di kedai, kadang ada yang termasin atau tawar. Tak kena dengan selera kita. Masak sendiri insyallah lebih sedap dan terjamin kebersihannya.

Bagi anda yang nak cuba masak sendiri resepi ayam bakar madu sedap mudah ini boleh cuba. Bagi yang nak masak resepi ayam black pepper, resepi ayam percik Kelantan,  paprik daging, ikan siakap tiga rasa dan kerabu mangga boleh rujuk resepi yang saya sediakan ini.

Selamat menjamu selera dengan Resepi Ayam Bakar Madu Sedap Mudah ini. Kongsikan juga resepi ini dengan rakan-rakan media sosial anda. Terima kasih.
Sumber gambar

14 Comments

  1. nice sharing... sedapnya sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Boleh masak petang nanti ayam bakar madu ni sedap.

      Delete
  2. Replies
    1. Kena cuba ayam bakar madu. Terbaik sedap dia.

      Delete
  3. Replies
    1. Sedap akak. Boleh cuba buat juadah berbuka buat keluarga.

      Delete
  4. Sodap tu PMDM..
    Boleh menjilat siku jugak hahahaha
    😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia, jangan gelojoh sangat. Sampai ke siku tu yang tak tahan.
      Nanti boleh cuba yea resepi ayam bakar madu. Sedap.

      Delete
  5. memang sedap nampaknya, bila2 boleh dicuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap azra. Boleh cuba nanti. Buat hidangan berbuka mesti habis anak-anak makan.

      Delete
  6. Belum lagi masak ayam panggang setakat ni. Nanti nak cubalah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba akak. Masak hari ramai ada anak-anak memang seronok.
      Boleh buat ayam bakar madu sedap ni bersama-sama.

      Delete
  7. Hehehehehe... menarik, akan dicuba resepi nie di hari raya pertama nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak yea ayam bakar madu ni. Nanti saya pergi beraya nak cuba ayam madu sedap.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.