Dapat Cek Ketiga Dari Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dapat Cek Ketiga Dari Nuffnang. Yea ini kali yang ketiga dapat cek dari nuffnang. Dapat sikit aje. Nak banding dengan mereke-mereka yang otai dengan nuffnang ni lagi banyak mereka dapat.

Bagi yang selalu dapat dah tak berapa heran dengan cek nuffnang ni. Tapi bagi yang belum dapat, baru nak belajar naikkan Earning Nuffnang saya nak kongsi beberapa tips nak dapat Earning Nuffnang ni.

Dapat Cek Ketiga Dari Nuffnang
Dapat Cek Ketiga Dari Nuffnang
Nuffnang hanya benarkan kita nak cash out hasil yang kita kumpul bila dalam akaun kita dapat RM50 ke atas. Bila cash out mereka ambil pula untuk cas perkhidmatan RM1. Jadi bila dapat tu, kita akan dapat kurang RM1 dari apa yang kita telah cash out tadi.

Nak dapat banyak hasil earning Nuffnang ni kena selalu dapat CPUV Earning Nuffnang. Jika selalu dapat benda ni, insyallah proses anda nak cash out dengan nuffnang akan jadi cepat. Sebabnya angka duit anda dalam akaun akan bertambah selalu.

Banyak faktor nak mudah dapat CPUV Earning Nuffnang ni. Antaranya blog anda kena banyak dapat trafik. Ramai pelawat yang datang ke blog anda setiap hari. Jika blog ada pelawat yang banyak, jadi mudahlah iklan CPUV Earning Nuffnang nak 'berlegar-legar' di blog anda. Ini merupakan faktor utama nak mudah dapat iklan CPUV Earning Nuffnang. Faktor lain ada juga, tapi rasanya kurang penting.

Jadi nak dapat trafik tu anda kena rajin update blog. Update topik yang sesuai dengan blog. Jangan update topik SX atau politik. Rasanya nuffnang tak berapa suka benda ni. Nak update blog, bagi nampak macam pro dan ada gaya blogger hebat gitu anda kena belajar jika tak pandai. Jika dah pandai tak apa, teruskan usaha yang telah dibuat. Namun jika nak tambah ilmu anda boleh belajar dari pakar penulisan ilmu ni. Banyak cara yang beliau kongsikan agar jadi penulis yang HEBAT dan mempunyai pendapatan yang LEBAT dengan hanya menulis. Boleh dapatkan perkongsianya di sini Penulis Hebat (klik sini)

Trafik blog juga boleh ditingkatkan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi. Saya nak kongsikan cara mudah yang ramai blogger buat hari ni iaitu melalui instagram. Cara baru yang boleh mendatangkan ribuan trafik kepada blog dengan hanya beberapa klik sahaja. Kongsikan gambar, share gambar dan dapat hasil. Nampak mudah. Tapi sebenarnya susah juga jika tak kena cara. Ramai antara kita yang ada instagram. Namum bukan semua tahu cara yang betul dan mendapatkan manfaat dari aplikasi mudah ni. Jadi nak tahu perkara ni, saya galakan anda belajar nak jadi hebat dan mendapat trafik yang BANYAK melalui instagram ini. Boleh belajar melalui Panduan Instagram Hebat ini. Ianya juga terdapat langkah demi langkah dalam bentuk perkongsian video. Cara ni mudah nak FAHAM dan nak BUAT. Cubalah!.

Oklah, sebenarnya peluang nak menjana pendapatan sampingan ni mudah jika kena caranya. Ianya nampak susah, bila kita nak cuba tanpa belajar. Jadi jika nak mahir, nak tahu satu-satu ilmu tu kena belajar. Bila belajar akan dapat hasil yang baik. Selamat berusaha!
ps: Hari ni rasa nak makan telur bistik sedap.

33 Comments

  1. Macam-macam cara nak tambah income ye..
    Tapi itulah kena belajar - belajar - belajar :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...banyak juga tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat sikit-sikit aje Kakcik.

      Delete
  3. Alhamdulillah..
    Rezeki lagi kan PMDR :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah adalah sikit-sikit buat bayar bil.

      Delete
  4. assalamualaikum singgah sini :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Dapat sikit aje. Ramai lagi yang dapat banyak akak.

      Delete
  6. Tahniah PMDR..Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tahniah
    saya blm cash lagi utk this year. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Jika nak cash out bagus buat hujung bulan.Sebab mereka proses setiap hujung bulan. Saya cash out yang ni pun lebih sebulan juga baru dapat cek.

      Delete
  8. belum ada rezeki lagi dengan nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba akak. Letak aje bener dia dalam blog akak. Insyallah nanti ada hasilnya.

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih ada rezeki lagi dengan nuffnang.

      Delete
  10. Tahniah... Seronok la tuuuu....😋😋😋😋

    ReplyDelete
  11. Tulah tu....dlm Nuffnang ada duit tu tp dah CPUV pun dah tak de camne tu nak kuarkan duit ...
    Ada suggestion tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog akak dah ok. Teruskan menulis. Cuba hantar tiket pertanyaan kat pihak nuffnang. Bagi mereka sedar keadaan tersebut. Boleh tanya apa-apa dalam tu. Nanti mereka balas dan cuba buat ikut yang mereka nasihatakan.

      Delete
  12. tahniah...banyak tu..saya baru sekali je dapat cek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah dah dapat sekali nanti dapat yang kedua pula.

      Delete
  13. Belum pernah merasa lagi, inshaAllah sedang kumpul-kumpul dulu sampai jadi bukit baru kita tarah. Erk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu. Kumpul bagi banyak dulu. Dah tinggi baru ambil. Saya ambil buat bayar apa-apa yang patut.

      Delete
  14. banyak jugak tu..saya pun dah lama tak claim lagi... rasa macam nak claim juga lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat sikit-sikit aje. Ada lagi kawan-kawan kita yang dapat banyak. Boleh belajar dan ceduk ilmu dari panduan yang telah saya kongsikan di atas. Semoga ianya boleh membantu mereka-mereka yang nak buat duit dengan nuffnang ni. selamat berjaya.

      Delete
  15. tahniah trs kn berblogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Boleh cuba tips di atas juga jika nak dapat hasil dear.

      Delete
  16. bagaimana caranya nak buffnang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar nuffnang dan letak bener iklan nuffnang dalam blog AT.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.