Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap. Ikan keli, ada yang tak kenal ker? Kalau ada yang tak kenal, pergi pasar tengok ada pak cik atau mak cik yang jual ikan ada misai tu. Banyak tempat di pasar-pasar basah, ikan ni dijual dalam keadaan masih hidup lagi. Agaknya ikan ni tak sesuai letak lama dalam ais kot. Tak sama macam ikan-ikan laut. Ikan air tawar cepat berbau agaknya. Yang ni nak tahu kena kaji sendiri.
Hari ni saya nak kongsikan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap. Yea memang sedap. Saya suka makan ikan keli goreng berlada ni. Jadi sudilah kiranya kali ini bagi yang nak cari resepi dan masak sendiri ikan keli goreng berlada ni boleh cuba dan ikut cara-cara yang terdapat dalam resepi ikan keli goreng berlada sedap dibawah.
Ikan keli ni murah aje nak dibandingkan dengan ikan-ikan lain dipasar. Ada yang suka makan ikan keli dan ada juga yang tak suka makan sebab bau dia kot. Ikan darat biasalah jika berbau sikit nak dibandingkan dengan ikan laut.
Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap
-Ikan keli yang dibeli dipasar biasanya dibuang perut dan jika kita mahu, mungkin pakcik pasar tu boleh buang kepala dia siap-siap. Kepala ikan keli tak ada isi sangatkan. Jika nak potong buang terus lagi jimat masa menggoreng ikan nanti.
-Jika kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Anda kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut.
-Setelah dibasuh kotoranya. Anda boleh guna limau nipis atau asam keping dilumur seluruh badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.
-Biarkan seketika dan basuh kembali ikan tersebut.
Tips nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ni akan mempercepatkan proses pengeringan air dari badan ikan dan ini akan mengurangkan ikan 'meletup' semasa menggoreng.
Cara Membuat Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap
1. Gaulkan ikan dengan garam dan sebuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dah toskan minyaknya. Susun dalam pinggan.
2. Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.
4. Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.
6. Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Mudah ajakan nak masak resepi ikan keli goreng berlada sedap ni. Jika ada masa masak sendiri lagi baik sebab kita tahu kualiti masakan kita. Jika tak ada masa, maka kena beli dikedailah jawapnya.
Bagi yang nak cuba resepi ikan keli goreng berlada sedap ini boleh cuba. Kongsikan juga dengan rakan-rakan anda yang ada mengidam nak masak sendiri ikan keli berlada ni. Tak susah nak masak jika tahu caranya. Selamat mencuba dan menjamu selera.
Bagi yang nak masak sendiri ikan siakap tiga rasa, telur bistik dan sayur kailan ikan masin. Boleh rujuk resepi yang saya kongsikan ini.
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap. Ikan keli, ada yang tak kenal ker? Kalau ada yang tak kenal, pergi pasar tengok ada pak cik atau mak cik yang jual ikan ada misai tu. Banyak tempat di pasar-pasar basah, ikan ni dijual dalam keadaan masih hidup lagi. Agaknya ikan ni tak sesuai letak lama dalam ais kot. Tak sama macam ikan-ikan laut. Ikan air tawar cepat berbau agaknya. Yang ni nak tahu kena kaji sendiri.
![]() |
| Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap - sumber pic |
Ikan keli ni murah aje nak dibandingkan dengan ikan-ikan lain dipasar. Ada yang suka makan ikan keli dan ada juga yang tak suka makan sebab bau dia kot. Ikan darat biasalah jika berbau sikit nak dibandingkan dengan ikan laut.
Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap
- 5 Ekor ikan keli sederhana besar.
- 4 Ulas bawang putih-ditumbuk.
- 2 Biji bawang besar-ditumbuk.
- 5 Biji cili merah-ditumbuk.
- 5 Biji cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
- Sedikit air asam jawa.
- Gula.
- Garam.
- Minyak masak.
- Serbuk Kunyit.