Resepi Apam Tepung Beras Paling Sedap


Resepi Apam Tepung Beras Paling Sedap. Kepada penggemar apam beras, kali ni min nak share Resepi Apam Tepung Beras Paling Sedap nie. Hangpa boleh masak banyak ke sikit ikut suka yea. Sedap apam tepung beras ni makan sambil pekena kopi masa minum petang atau sarapan pagi. Ikuti perkongsian zatul naimah ni yea.

Resepi Apam Tepung Beras Paling Sedap

Resepi Apam Tepung Beras Paling Sedap

.

Bahan bahan:

1 cawan nasi

2 cawan tepung beras

1 cawan gula putih

1 1/4 cawan air

1 sudu kecil yis

1 paket kecil eno - tanpa perisa

Pewarna - merah dan hijau

Cara-cara:

Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.

Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.

Baca juga: Resepi Mee Kuah Udang Ringkas

Kredit: zatul naimah

Apam Tepung Beras

Mudah aje kan. Ikut aje Resepi Apam Tepung Beras Paling Sedap nie. Dah boleh makan.

Selamat mencuba.

0 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.