Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap.Bila sebut tomyam, mesti ramai yang akan terbayang tomyam yang berkuah tu kan. Tapi kali ni min nak kongsi resepi yang berbeza sikit hasil olahan resepi Mazliza Ahmad. Kena dengan caranya memang membuka selera pekena resepi tomyam ni. Pasti ramai yang akan sukan resepi ni. Jom sama-sama kita lihat bahan dan cara-cara nak memasaknya..

Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap,
Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap

Bahan-bahan Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap

Ayam 8 ketul(bersihkan dan  potong kecil dan goreng garam kunyit)
*30 tangkai cilipadi hijau + merah
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
1 sudu mkn pes tomyam
1 batang serai
5@6helai daun limau purut
Setengah biji tomato-hiris nipis
Garam dan perasa (ikut cita rasa)
1 biji bawang besar-hiris bulat

Cara-Cara Memasak Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam Sedap

Kisar bahan bertanda *
Tumis bahan hingga naik bau..
Masukkan serai dan daun limau purut
Masukkan pes tomyam
Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dalam sambal)
Masukkan garam dan perasa
Akhir sekali masukkan ayam dan bawang hiris..
Siap!

Mudah aje bahan dan cara nak masak Resepi Sambal Ayam Cili Padi Tomyam sedap ni. Dah masak nanti makan tu jangan lupa kat min pula.

Jangan lupa share kat kawan-kawan juga resepi ni..bye..

7 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.