Cerita Hari Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cerita Hari Jumaat. Dah masuk Jumaat pula, hari ni. Pejam celik, pejam celik dah hari Jumaat balik.Sekejap aja masa berlalu.
Cerita Hari Jumaat
Cerita Hari Jumaat
Jika dulu seorang,lepas tu berdua. Tambah lagi tiga dah nak jadi empat pula. Diam tak diam lama-lama jadi lima, enam dan tujuh pula. Insyallah.

Lama tak berceloteh. Rasa nak bercerita hari ni. Cerita hari jumaat.

Sebenarnya tak ada apa sangat. Hari Jumaat semua orang suka. Sebabnya esok ramai yang cuti. Walaupun ada dikalangan kita yang kerja juga esok. Nak buat macam manakan?

Dah tugas, nak kena kerja untuk menunaikan tanggungjawap.
Kerja bukan nak cari rezeki, tapi kerja nak laksanakan tanggungjawap. Mungkin kepada diri sendiri, keluarga, orang lain mahupun untuk anak bangsa tercinta.

Rezeki jangan risau sangat. Insyallah selagi bernafas, Maknanya akan ada rezeki untuk kita. Bila dan tak ada rezeki, masa tu memang buat macam mana sekali pun. Rezeki kita dah habis.

Masa kita dah tamat, dah perlu jumpa Yang Maha Pencipta. Allah SWT yang Maha ESA. Waktu tu hanya Amal, Iman yang paling penting. Harta, keluarga, pangkat mahupun kedudukan kita kat dunia sekarang Allah tak pandang.

Jika bawa iman dan amal yang sempurna. Macam yang Allah SWT nak, sama macam yang Nabi SAW tunjukkan insyallah. Kita akan bahagia dan selamat di sana. Jika tidak. Masalah besar menanti kita. Fikir-fikirkan....

Sekejap aja masa berlalu. Dah nak separuh bulan Januari 2017 ini. Diam-diam aje. Masa akan potong kita, jika kita tak manfaatkan masa dengan betul. Yea masa diumpamakan macam mata pedang, masa itu emas.

Banyak cerita saya nak kongsi. Tapi rasanya tak perlu nak cerita semua. Nanti ramai yang boring pula.

Cuti sabtu ahad, manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya. Jika nak berjalan, berhati-hati semasa buat aktiviti jalan-jalan tu yea. Nak balik kampung hati-hati, nak pergi bercuti-cuti hati-hati. Nak pergi jalan-jalan cari makan pun hati-hati.

Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Beringat-ingat, jaga diri sendiri dan juga insan-insan yang anda sayang juga. Nak pergi mana-mana rancang sebaiknya.

Alhamdulillah cuaca macam dah baik semula. Banjir pun dah pulih. Ujian Allah SWT untuk mereka. Kita yang tak kena banjir kena bersyukur. Sebab Allah tak uji kita dengan banjir. Orang yang kena banjir pula, kena banyak bersabar. Insyallah Allah akan bagi pahala juga.

Baiknya Allah kepada orang Islam, syukur dapat pahala. Sabar pun dapat pahala. 

Panjang pula berceloteh. Nanti sambung lagi. Hari jumaat, mood kerja macam-macam.

p/s: Jom selawat [ Allah Huma Soli Ala Sayidina Muhammad Waala Alisaiyidina Muhammad ]

8 Comments

  1. Wkmusallam PMDR..begitulah perjalanan hidup kan..ada nasa kita diuji pula dengan kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian dari Allah SWT. Sabar dan redha dapat pahala.

      Delete
  2. Wkmsalam.
    Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  3. Hari Jumaat penghulu segala hari... hari yang penuh berkat... ustaz kata, sedekah kita akan di gandakan pada hari jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kelebihan hari Jumaat. Sampai hari jumaat kena manfaatkan untuk buat amal lebih sikit.

      Delete
  4. Betul tu PM....hidup ni terasa sekejap aje kan. Pejam celik pejam celik anak pun dah bertambah...
    Moga umur kita diberkati olehNya. Moga Allah selalu beri kita peluang untuk bertaubat sebelum kembali kepadaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga akak juga mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.