Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rahsia Bersedekah Menjemput Rezeki. Saya dapat Rahsia ni dari perkongsian group whatsapp. Nak kongsi dengan anda yang baca entri ni. Rasanya kita sedia maklum tentang amalan sedekah ni. Cuma kadang-kadang terlepas pandang dan jadi lupa. Bila lupa jadi tak ingat dan bila tak ingat, rasa kurang YAKIN kepada JANJI-JANJI ALLAH SWT tentang Amalan Sedekah yang mulia ni.
Boleh baca perkongsian cerita ni yea..
Rahsia Bersedekah Menjemput Rezeki
Saya orang berniaga. Pendapatan tak tetap. Ada ketika banyak, dan ada ketika sedikit (mengikut kiraan saya, bukan kiraan orang makan gaji). Tapi pengalaman saya, pendapatan saya paling banyak ialah bila bulan di mana saya paling banyak bersedekah. Lagi banyak bersedekah, lagi banyak pendapatan yang saya terima daripada perniagaan.
Memang setiap kali bersedekah saya masih berkira-kira yang duit saya semakin berkurangan, tapi saya yakinkan diri, setiap 1 yang kita sedekahkan, sekurang-kurangnya 10 kali ganda Allah ganti balik. Itu pasti. Syaratnya kena yakin dan berusaha. Alhamdulillah, janji Allah itu sangat benar. Bila bersedekah, pasti ada sahaja rezeki yang tak disangka-sangka datang.
Jadi salah satu cara menjemput rezeki dan menggandakan kekayaan ialah dengan bersedekah. Perbanyakkan sedekah. Bersedekah dulu baru boleh kaya. Bukan kaya dulu baru bersedekah.
Cara Disiplinkan Diri Bersedekah
Memang perasaan lokek sentiasa ada setiap kali nak bersedekah. Tapi cara saya lawan perasaan lokek tu dengan buat membuat peruntukan khas yang saya namakan “Tabung Infaq”. Saya ikut betul-betul saranan Chef Li, 1/10 pendapatan dimasukkan ke Tabung Infaq, bukan hanya ketika pendapatan dah besar, tetapi sewaktu awal-awal saya membina bisnes lagi.
Prinsipnya;
Dapat RM100, RM10 untuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000, RM100 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM10,000, RM1,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM100,000, RM10,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000,000, RM100,000 masuk Tabung Infaq.
Dan begitulah seterusnya.
Bila ada peluang untuk bersedekah yang kita rasa yakin ia tempat yang betul, tarik sebahagian wang dari Tabung Infaq dan sedekahkan sahaja. Saya rasa mustahil untuk saya ‘sanggup’ hulurkan RM100 – RM500 setiap kali bersedekah kalau saya tak buat tabung begini. Tetapi bila ada tabung, saya dah tak perlu berfikir panjang. Ambil duit dari tabung tu, dan hulurkan sahaja sebab ia memang dikhaskan untuk bersedekah. Ia untuk dihabiskan, bukan untuk disimpan.
Sampul Infaq
Setiap bulan saya akan masukkan 1/10 pendapatan ke dalam sampul begini. Dari sampul “Infaq” itulah saya keluarkan duit untuk bersedekah.
Keajaiban Bersedekah
Kekadang saya cuba “paksa diri” keluarkan duit lebih banyak dari tabung tersebut untuk disedekahkan, terutamanya pada bulan Ramadhan sampai rasa risau takut-takut tabung itu ‘kering’. Tapi janji Allah benar, Dia ganti semula pendapatan yang menyebabkan tabung tu kembali penuh. 1/10 dari pendapatan yang diterima semula cukup untuk penuhkan semula tabung tersebut seperti ia belum lagi disentuh.
MasyaAllah. Memang ajaibnya amalan sedekah. Tak pernah ada orang jatuh miskin sebab bersedekah. Yang jatuh miskin sebab boros berbelanja tu ramai. Wallahu a’lam.
Jadi dari perkongsian amalan sedakah ni memang betul-betul ajaibkan. Kita bagi duit, keluarkan duit tapi duit tu datang lagi banyak. Lagi banyak lagi, lagi banyak yang datang. Hebatnya amalan sedekah ni sehingga dalam agama kita pun memberi jaminan bahawa orang yang bersedekah tak akan JATUH MISKIN.
Bayak lagi yang boleh anda dapat dan pelajari dari amalan sedekah ni. Boleh baca lagi di sini-->> Rahsia Sedekah (klik sini)
Jom kita bersedekah!
Rahsia Bersedekah Menjemput Rezeki. Saya dapat Rahsia ni dari perkongsian group whatsapp. Nak kongsi dengan anda yang baca entri ni. Rasanya kita sedia maklum tentang amalan sedekah ni. Cuma kadang-kadang terlepas pandang dan jadi lupa. Bila lupa jadi tak ingat dan bila tak ingat, rasa kurang YAKIN kepada JANJI-JANJI ALLAH SWT tentang Amalan Sedekah yang mulia ni.
Rahsia Bersedekah Menjemput Rezeki |
Rahsia Bersedekah Menjemput Rezeki
Saya orang berniaga. Pendapatan tak tetap. Ada ketika banyak, dan ada ketika sedikit (mengikut kiraan saya, bukan kiraan orang makan gaji). Tapi pengalaman saya, pendapatan saya paling banyak ialah bila bulan di mana saya paling banyak bersedekah. Lagi banyak bersedekah, lagi banyak pendapatan yang saya terima daripada perniagaan.
Memang setiap kali bersedekah saya masih berkira-kira yang duit saya semakin berkurangan, tapi saya yakinkan diri, setiap 1 yang kita sedekahkan, sekurang-kurangnya 10 kali ganda Allah ganti balik. Itu pasti. Syaratnya kena yakin dan berusaha. Alhamdulillah, janji Allah itu sangat benar. Bila bersedekah, pasti ada sahaja rezeki yang tak disangka-sangka datang.
Jadi salah satu cara menjemput rezeki dan menggandakan kekayaan ialah dengan bersedekah. Perbanyakkan sedekah. Bersedekah dulu baru boleh kaya. Bukan kaya dulu baru bersedekah.
Cara Disiplinkan Diri Bersedekah
Memang perasaan lokek sentiasa ada setiap kali nak bersedekah. Tapi cara saya lawan perasaan lokek tu dengan buat membuat peruntukan khas yang saya namakan “Tabung Infaq”. Saya ikut betul-betul saranan Chef Li, 1/10 pendapatan dimasukkan ke Tabung Infaq, bukan hanya ketika pendapatan dah besar, tetapi sewaktu awal-awal saya membina bisnes lagi.
Prinsipnya;
Dapat RM100, RM10 untuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000, RM100 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM10,000, RM1,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM100,000, RM10,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000,000, RM100,000 masuk Tabung Infaq.
Dan begitulah seterusnya.
Bila ada peluang untuk bersedekah yang kita rasa yakin ia tempat yang betul, tarik sebahagian wang dari Tabung Infaq dan sedekahkan sahaja. Saya rasa mustahil untuk saya ‘sanggup’ hulurkan RM100 – RM500 setiap kali bersedekah kalau saya tak buat tabung begini. Tetapi bila ada tabung, saya dah tak perlu berfikir panjang. Ambil duit dari tabung tu, dan hulurkan sahaja sebab ia memang dikhaskan untuk bersedekah. Ia untuk dihabiskan, bukan untuk disimpan.
Sampul Infaq
Setiap bulan saya akan masukkan 1/10 pendapatan ke dalam sampul begini. Dari sampul “Infaq” itulah saya keluarkan duit untuk bersedekah.
Keajaiban Bersedekah
Kekadang saya cuba “paksa diri” keluarkan duit lebih banyak dari tabung tersebut untuk disedekahkan, terutamanya pada bulan Ramadhan sampai rasa risau takut-takut tabung itu ‘kering’. Tapi janji Allah benar, Dia ganti semula pendapatan yang menyebabkan tabung tu kembali penuh. 1/10 dari pendapatan yang diterima semula cukup untuk penuhkan semula tabung tersebut seperti ia belum lagi disentuh.
MasyaAllah. Memang ajaibnya amalan sedekah. Tak pernah ada orang jatuh miskin sebab bersedekah. Yang jatuh miskin sebab boros berbelanja tu ramai. Wallahu a’lam.
Jadi dari perkongsian amalan sedakah ni memang betul-betul ajaibkan. Kita bagi duit, keluarkan duit tapi duit tu datang lagi banyak. Lagi banyak lagi, lagi banyak yang datang. Hebatnya amalan sedekah ni sehingga dalam agama kita pun memberi jaminan bahawa orang yang bersedekah tak akan JATUH MISKIN.
Bayak lagi yang boleh anda dapat dan pelajari dari amalan sedekah ni. Boleh baca lagi di sini-->> Rahsia Sedekah (klik sini)
Jom kita bersedekah!
Ebook Rahsia Sedekah
Murah Rezeki
Rahsia Bersedekah Menjemput Rezeki
Rahsia Sedekah
Rezeki Berkat
Rezeki Dari Allah
14 Comments
Ye betull setuju sgttt dgn n3 yg pdt berinfomasi ni...bgi jer air longkang tu mengalir...jgn bgi tersumbat...bila tersumbat mmbusuk..mcm tu juga dgn duit..bgi2 dpt bergnda..blik..bgi lgi bru harum tgn yg bersedekah ni..esok jdi saksi tgn yg bersedekah itu...
ReplyDeleteSemoga lepas ni ramai yang nak bersedekah akan akak. Buat pahala bersihkan hati dan harta yang ada.
DeleteYa...sedekah memang memepengaruhi kehidupan saya seharian....
ReplyDeleteBanyak kebaikan yang akan kita dapat dari amalan bersedekah ni kan.
Deleteimpak sedekah ni...terlalu luas... x terjangkau dek fikiran...namun yg pasti jgn berhenti bersedekah
ReplyDeleteAmalan baik yang nampak mudah nak dibuat. Tapi hanya dengan kekutan iman aje yang mampu memberi kesan yang berterusan.
DeleteTerima kasih atas tipsnya PM....buat masa ni mak belum ada tabung infaq tu....La ni ikut dan je hihi....
ReplyDeleteTulah kan, selalu diingatkan pasal besarnya ganjaran bersedekah ni tp tiap kali nak bersedekah banyak tetap tangan tu menggigil huhu....
Insyallah nanti boleh buat satu dalam keluarga. Sedekah setakat yang mampu. Mula sikit-sikit dulu, insyallah lama-lama jadi bukit.
DeleteKalau yakin dengan rezeki Allah, memang akan bertambah rezeki tetapi dengan cara yang kita tak sangka akan dapat, betul tak?
ReplyDeleteBetul tu. Banyak janji Allah SWT terletak dalam amalan agama. Bersedekah banyak kelebihannya. Sedekah juga boleh menjauhkan bala dari kita.
DeleteTerima kasih atas tipnya. Rahsia sedekah dan infaq ni sangat misteri. Tak terjangkau dek fikiran logik dan akal. Hanya Allah je yang dapat menilai kan. Yang penting usaha untuk konsisten
ReplyDeleteBetul tu akak. Biasa sedekah nampak berkurang. Tetapi hakikatnya semakin bertambah. Susah nak faham. Tapi itulah hebatnya Islam kan. Tak terjangkau dek akal kita yang cetek ni.
DeleteBenar kalau difikir dgn logik akal suatu yg diberi ganjaranya berganda
ReplyDeleteItulah miracle maha berkuasa Allah yg tak boleh dilawan dgn logik akal.
Tak percaya boleh dicuba kerana janji Allah itu pasti.
Pemurahnya Allah dalam hal rezeki ini. Semoga kita semua mendapat rezeki yang baik dan berkat.
DeleteTerima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.