Minyak Masak Susah Nak Dapat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Minyak Masak Susah Nak Dapat. Sehari dua ni isu minyak masak pula yang timbul. Mulanya saya tak kisah sangat dengan isu minyak masak. Sebab tengok bekalan minyak masak kat rumah masih banyak lagi. Jadi tak nak pergi beli buat 'simpanan, kat rumah. Saya biar dan bagi peluang kat pakcik makcik yang berniaga tu aje yang beli. Mereka mesti nak guna minyak dengan kuantiti yang banyak. Hari-hari nak berniaga cari rezeki. Jual goreng pisang, jual lauk pauk dan roti canai. Perlukan minyak yang banyak untuk hasilkan dan jual barangan mereka.

Minyak Masak Susah Nak Dapat, Harga Minyak Masak,
Harga Baru Minyak Masak Viral
Minggu ni tengok bekalan minyak kat rumah dah nak habis. Jadi mudah cerita pergi kedai runcit cari minyak. Dari satu kedai, ke satu kedai. Tak ada kedai kecil pergi kedai besar sikit. Tak ada kedai biasa, pergi kedai 24jam. Semuanya tak ada. Ada juga pergi cari kat supermarket. Jawapan yang adik jurujual tu cakap. Ada minyak mahal aje bang, minyak murah tak ada bekalan lagi.

Kebanyakkan kedai yang saya pergi tu yang tinggal hanyalah minyak masak yang tak pernah saya guna. Minyak jagung dan minyak bunga matahari ker apa. Apa nak buat, nampaknya kenalah dalam masa yang terdekat ini, nak masak apa-apa kena masak makanan yang rebus dan berkonsepkan air aje. Tak pun masakan yang gunakan minyak degan kuantiti yang sedikit aje. Masak sup, masak tomyam, rebus-rebus, kuah-kuah itu aje yang sesuai sekarang ni. Nak makan ikan goreng, nak goreng keropok, nak goreng kuih ke pisang kena 'cuti' sekejap. Tak ada rezeki tu agaknya buat masa sekarang.

Betul Ker Minyak Masak Dah Tak Ada?
Jika fikir-fikir, rasanya mustahil bekalan minyak di negara kita dah habis. Nak kata pokok kelapa sawit kat Malaysia ini dah mati semua, tengok banyak lagi yang ada. Nak kata kilang tak proses, bila lalu kawasan kilang proses kelapa sawit masih beroprasi seperti biasa. Jadi di mana perginya kesemua minyak-minyak masak ini?

Minyak Masak Kena Sorok?
Bab kena sorok ini saya rasa ada logiknya juga. Bila pihak kerajaan dah umumkan dasar baru tentang harga minyak kelapa sawit ini. Ada desas desus yang harga minyak masak akan naik harga. Jadi tak tahulah siapa punya kerja, pengilang ker, pemborong ker, atau peruncit ker yang sembunyikan bekalan minyak masak ini.

Jika tengok dalam berita sehari dua lepas pun. Ada tangkapan yang dapat dibuat oleh pihak berkuasa ke atas peniaga yang menipu dengan menyorokkan bekalan minyak masak. Mereka simpan bekalan yang ada dan ada kemungkinan nak jual balik bila harga baru dikeluarkan yang mana dijangkakan harga minyak masak botol akan naik dengan banyaknya.

Boleh dikatakan dalam sehari dua ni. Memang susah nak dapat bekalan minyak masak. Tak tahu nak salahkan siapa.

Jika fikir logik, rasanya nak cari siapa punya dalang disebalik kekurangan bekalan minyak masak ini senang aje. Pergi kedai, tanya ada minyak ker tak ada? Jika mereka kata tak ada, minta alamat pembekal yang selalu hantar minyak kepada mereka. Pergi ke alamat tersebut dan tengok betul ker tak ada bekalan minyak di sana.

Jika betul tak ada lagi, tanya mereka pula, di mana mereka dapat bekalan minyak masak untuk diedarkan ke kedai-kedai. Pergi ke alamat tersebut. Carilah, bukan susah nak cari alamat dan barangan apa yang pemborong bekalkan. Semua ada, dalam skop sesebuah perniagan. Mereka jual apa, beli apa, ada rekodlah.

Jadi perkara ini rasanya tak jadi masalah jika pihak berwajib bertindak. Takkan nak suruh pengguna juga yang bertindak. Pengguna mana ada kuasa. Jika pihak berkuasa, mereka ada kuasa nak geledah ker, nak masuk siasat ker. Pengguna mana ada kuasa nak buat semua tu.

Kasihan tengok pakcik makcik peniaga kecil-kecil ini sekarang, ada yang terpaksa berhenti sekejap jualan goreng pisang dan kuih muih kesan masalah bekalan minyak masak yang susah nak dapat. Bagaimana mereka nak jana pendapatan. Perniagaan besar-besar tak ada masalah. Mereka banyak sumber dan modal. Bekalan mereka banyak. Tak perlu nak risau tentang bekalan minyak masak jika tak ada dalam masa 2-3 minggu. Peniaga kecil-kecil memang terasa bila bekalan minyak masak ini susah nak dapat. Sama juga dengan pengguna biasa, nak masak goreng-goreng fikir banyak kali sekarang. Bukan tak ada minyak, cuma fikir berjimat cermat untuk kegunaan lain. Nak cari minyak masak seperti biasa dikedai, belum tentu bila lagi boleh dapat.

Sampai bila masalah ini nak berterusan?

Kita hanya mampu berdoa, agar Allah SWT memudahkan urusan kita nak mendapatkan bekalan minyak masak ini.

Kongsikan entri "Minyak Masak Susah Nak Dapat" ini di media sosial anda. Harapnya akan ada pihak yang bertanggungjawap akan bertidak bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

14 Comments

  1. salam
    singgah ptg

    ReplyDelete
  2. Bila subsidi minyak masak ditarik balik, harga adalah bergantung kepada harga pasaran semasa dan faktor ' supply and demand'. Jika permintaan ke atas minyak masak meningkat, sedangkan stok yang ada di pasaran adalah terhad, maka secara otomatik harga minyak masak akan naik mendadak dan penjual akan memperolehi keuntungan lumayan. Jadi tidak salah jika ada pihak yang mengambil kesempatan menyorok minyak masak ini walaupun ianya satu perbuatan tidak beretika. Bila agak-agak harga minyak masak naik ke paras RM30 untuk yang 5kg, baru mereka keluaran dan jual di pasaran. Mereka boleh berbuat demikian kerana harga minyak masak sudah tidak dikawal lagi. Dah tak ada subsidi. Terpulang kepada harga pasaran yang menentukannya. So kita sebagai pengguna terimalah saja ketentetapan ini. Ini sudah menjadi Hukum pasaran bebas ( sistem ekonomi kapitalis).
    Sekian dari saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian ini. Harapnya lepas ni rakyat tak jadi mangsa lagi.

      Delete
  3. kat sini smua da xda.. lagi2 minya package

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cari minyak sekarang. Nampaknya kena buat minyak sendirilah agaknya.

      Delete
  4. Ky pun stok banyak lagi sbb jarang masak. Esok2 bila stok dh habis..harap bekalan dah mudah nk dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada stok lagi. Saya punya dah nak habis. Kena cari minyak masak lepas ni.

      Delete
  5. dah mudah dapat kan sekarang ni. stok dah kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sikit-sikit. Tapi masih kena cari-cari juga. Yang ada pun harga dah mahal macam yang diviralakan. Nak tak nak, terpaksa beli juga.

      Delete
  6. Tulah.... masa tgh kecoh minyak tak ada hari tu, minyak kat rumah banyak lagi, sekarang ni pun banyak lagi...so mmg belum beli minyak pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah makin mudah cari minyak. Tapi harga dia, macam harga kat gambar atas ni. Terasa juga bila nak beli minyak dengan harga tu. Dah macam nak beli ayam dah sekarang bila nak beli minyak.

      Delete
  7. Nie la masanya nak justify beli Air Fryer... Tak payah guna minyak... Masakkan pun lebih sedap... Beli je kat Lazada tu masa sales nie...

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.