Tudung Cantik Untuk Si Comel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Wordless Wednesday-Tudung Cantik Untuk Si Comel. Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen. Saya buat entri ni bolehlah mengurangkan aktiviti menulis dalam blog hari ni.

Layan gambar adik-adik ni menggayakan tudung mereka:

[+] Produk: Aimi Aqilah 4109-08  (klik sini untuk info)

[+] ProdukAimi Aqilah 4109-06 (klik sini untuk info)

[+] Produk: Aimi Aqilah 4109-10  (klik sini untuk info)
Sedikit Info Tentang Tudung Aimi Aqilah
Tudung Si Comel 'Aimi Aqilah' ini adalah rekaan sedodon yang diinspirasikan dengan harapan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara adik serta kakak.

Tudung Sedondon mampu menambahkan kecomelan si comel anda. Cuba bayangkan sekiranya saudara mara anda melihat si comel anda memakai tudung sedondon...Sesuai untuk digayakan ke mana sahaja
"Pasti comel cucu-cucu Atok"..

SELESA DAN MUDAH
Awning Lembut yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan kain berkualiti Korea membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Mudah, Lembut dan Selesa.

SAIZ
Tudung ini dihasilkan dengan 3 size;

1) Size Bayi sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Model si adik berusia 10 bulan. Lilit muka: 18 inci dan Labuh dari dagu: 10 inci.

2) Size XS (Budak) sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 4 tahun. Model berusia 4 tahun.Lilit muka: 19 inci dan Labuh dari dagu: 12 inci.

3) Size SS sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 7 tahun. Model berusia 6 tahun.Lilit muka: 20 inci dan Labuh dari dagu: 14 inci.


Tudung Cantik Untuk Si Comel (klik sini)
Koleksi Tudung Si Comel ini terdapat di dalam pelbagai gaya. Jika rasa nak cari tudung-tudung cantik dan comel untuk anak-anak atau pun sesiapa sahaja sebagai hadiah. Boleh lihat di website Tudung Comel ini. Tak nak beli pun tak apa. Layan gambar aje..

Kongsikan entri Tudung Cantik Untuk Si Comel ini di media sosial anda juga. Terima kasih.

6 Comments

  1. Comel2 bila adik2 pkai tudung...ajar dri kcil dh 5ntu biasa nti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak KM. Ajar anak-anak bertudung masa mereka kecil lagi. Penekanan agama penting juga diberi perhatian oleh setiap ibu bapa yang ada anak-anak.

      Delete
  2. Kakak bukan terpikat dgn tudungnya dik tapi terpikat dgn model-modelnya hihi...
    Comel-comel betul. Budak kalau bertudung jadi comeeeelll sangat kan
    Anak akak dah besar-besar mereka beli sendiri:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak macam ni jika di asuh dari awal insyallah nak bertudung aje.
      Sebab rasa cantik dan bergaya. Itu masa peringkat awal. Belum tahu apa-apa tentang ikhlas dalam amalan agama. Tapi bila dah besar, mereka akan rasa nak bertudung sebab rasa 'bersalah' dan 'takut' pada Allah dan perintah agama. Banyak kita lihat, anak-anak yang tak di asuh dari kecil tentang tudung ni. Bila dah jadi dewasa pun rasa 'tak nak bertudung' juga. Jadi sebagai ibu bapa, asuhlah anak-anak bertudung sejak dari kecil lagi.

      Delete
  3. Replies
    1. Nampak comel dah bagus bila anak-anak bertudung. Sayang kadang ada ibu bapa yang mengabaikan perkara ni. Bila dah besar, anak tak bertudung. 'Saham' ibu bapa juga yang dapat.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.