Permulaan Yang Baik Nuffnang Ogos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Permulaan Yang Baik Nuffnang Ogos. Alhamdulillah bulan Ogos ni nuffnang menjadi lagi. Masih ada rezeki dari CPUV Earning Nuffnang. Walaupun tak banyak, namun hasilnya berterusan. Hasil daripada nuffnang tak pernah mengecewakan setakata ini. Kali ini dapat dari IKEA juga.

Permulaan Yang Baik Nuffnang Ogos
Permulaan Yang Baik Nuffnang Ogos
Bagi anda yang dapat tahniah juga dari saya. Bagi yang tak dapat jangan putus asa. Insyallah cuba lagi sehingga berjaya. Bagi anda yang nak dapat banyak-banyak CPUV Earning Nuffnang ini. Saya ada kongsikan Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang ini. Boleh rujuk panduan yang saya bagi ni yea.

Suasana hari raya masih lagi terasa. Rayakan sebulan, jadi selagi tak habis bulan raya dapat lagi merasa juadah raya dan jamuan raya. Amalan rumah terbuka tak kurang hebatnya juga. Boleh dikatakan hampir setiap hari minggu ada sahaja jemputannya. Jika senang boleh pergi, jika sebok berkirim salam aje yang mampu. Seronok juga berkunjung ke rumah terbuka. Di samping dapat merasa juadah kuih raya, dapat juga berjumpa dan menjalinkan silaturahim antara saudara dan sahabat handai.

Makan-makan di rumah terbuka, kena jaga-jaga juga. Jangan sampai berat badan naik secara mendadak pula lepas raya ni. Sesuaikan diri anda dalam pengambilan makanan dan minuman semasa menghadiri rumah terbuka. Dalam bersuka ria jangan lupa juga kepada meraka yang kurang berkemampuan. Jika buat lebih, hulurkan juga juadah jamuan tersebut kepada jiran-jiran yang memerlukan, mereka yang kurang bernasib baik dan ramai lagi anak-anak yatim dan mereka-mereka yang lebih susah daripada kita. Semoga amalan ini lebih diberkati.

Bagi yang suka berkujung ke rumah terbuka. Jagalah adab-adab semasa disana. Janganlah bersolek tebal-tebal walaupun nak tutup jerawat yang ada. Jika bersalaman kena jaga juga batas-batasnya. Bersalaman dengan hanya yang boleh kita bersalam aje. Jangan nak buat dosa bersalaman dengan kaum berlainan jantina jika tak ada ikatan kekeluargaan yang rapat. Jika anda langgar juga benda ni, nanti kebaikan amalan berkunjug ke rumah terbuka menjadi rosak.

Oklah, dah macam lari pula cerita kali ni. Selamat maju jaya kawan-kawan dalam usaha nak menjana pendapatan sampingan dengan blog. Semoga kita semua dapat meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran.

14 Comments

  1. Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki kak...

    ReplyDelete
  2. wah jelesnya..kak ana punya bulan ogos ni sunyi sepi lak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanti akan ada yang akan menyusul tu akak. Boleh cuba tips saya bagi juga.

      Delete
  3. Assalammualaikum...

    semoga sahabat terus sukses dengan nuffnang..

    mselim3

    pls: sorry dah lama tak visit sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Terima kasih tuan. Semoga tuan pun berjaya juga dengan nuffnang.

      Delete
  4. Alhamdulillah
    rezeki Allah sgt luas cari jer mna2 pun..hujung jaripling mudah.

    selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. Semoga akak pun dapat juga. Selamat Hari Raya.

      Delete
  5. Tahniah admin... rezeki semakin murah nampaknya :) . Sis pun ada dapat CPUV IKEA ni. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. tahniah.. murah rezeki lepas raya yer.... dan the tips untuk beraya pun ada juga ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga murah rezeki akak juga.

      Delete
  7. Order Label Baju - moga makin jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. boleh cuba tips di atas juga.

      Delete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.