Rujukan Terbaik Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

2014-10-28

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rujukan Terbaik Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pastinya ramai juga antara kita yang akan menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 1 November ini kan? Jika tak salah hampir 60 000 lebih calon yang akan menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini. Ramai bukan? Jadi persaingan nak dapatkan jawatan PTD M41 ini sememangnya sengit.

Rujukan Terbaik Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Maklumat Asas Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Saya nak kongsikan sedikit sebanyak apa yang saya tahu tentang jawatan PTD ini.

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik untuk sesi peperiksaan 1 NOVEMBER 2014 ini adalah jawatan yang mempunyai capaian besar di seluruh negara. Tapisan ke jawatan ini juga dikatakan paling ketat antara semua jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Berikut adalah maklumat asas yang berkaitan dengan jawatan ini.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian/Jabatan: Jabatan Perkhidmatan Awam


Gaji minimum
Gaji maksimum
Kadar kenaikan gaji tahunan
RM2,253.00
RM8,731.00
RM225.00

Jadual Gaji W41

Syarat Lantikan (edaran umum SPA) :

=>Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
-  [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau

=>Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

=>Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

=>Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
=>hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan

=>Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;  dan
 => lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41
  • Pegawai PTD bertugas pada skop pengurusan tinggi pengurusan. Senarai tugas mereka mempunyai skop yang mendalam dan terlibat secara langsung dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam pengurusan negara.
  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. 
Memang menarik tawaran gaji yang diberikan oleh mereka-mereka yang berjaya menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Rasanya sebab nilah ramai yang memohon jawatan PTD ni kan.


Panduan Menjawap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan dibahagikan kepada 3 Syeksen utama,
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikn Masalah.
Seksyen C: Ujian Psikometrik

Berikut adalah contoh soalan yang di boleh anda jadikan rujukan serta panduan untuk menjawap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini nanti.

Seksyen A: Pengetahuan Am 
(Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja)

1. Antara kenyataan berikut, yang manakan jawapan yang PALING TEPAT untuk menerangkan Sumber Manusia?

A Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
D. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.


2. Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?

A. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
B. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
C. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D. Kementerian Sumber Manusia

3. Berikut adalah agensi kerajaan yang ditadbir oleh Kementerian Kewangan KECUALI

A. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
C. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
D. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta


TERDAPAT 60 soalan contoh untuk Seksyen A bahagian Pengetahuan Am. Untuk mendapatkan soalan dan panduan PENUH. Anda boleh dapatkanya disini-->> Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (klik sini)


Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

=>Penyelesaian Masalah
=>Menginterpretasi Data
=>Soalan Matematik
=>Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Pecahan 1 –  Penyelesaian Masalah
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut:
Peguambela: “Yang dituduh tidak bersalah kerana dia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”
Jururawat: “Jika anda makan ubat ini 3 kali sehari, anda akan sembuh dengan segera”
Profesor Ekonomi: “Keadaan inflasi di Malaysia akan berkurangan dalam masa 2 tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang
Penganggur: “Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong

a. Penguambela
b. Jururawat
c. Profesor ekonomi
d. Penganggur
e. Peguambela dan Jururawat

Jawapan: D
Rasional: Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamad adalah hakim. Tambahan pula, peguambela sudah pasti menyebelahi anak guamnya. Kenyataan jururawat juga tidak boleh diterima kena jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.Kenyataan profesor ekonomi pula lebih kepada spekulasi atau ramalan sahaja. Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataan yang benar-benar berlaku padanya

Pecahan 2 – Menginterpretasi Data
Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang membezakannya dengan pecahan ‘penyelesaian masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai.

1. Faizal mempunyai X unit botol minyak masa tanpa cukai. Separuh daripadanya diserahkan kepada Junaidi untuk dijual. Jumlah botol minyak masak yang masih ada ialah 14 botol. Kirakan berapakan nilai X?

A. 56
B. 28
C. 14
D. 7

2. 4 2/3 jam – 2 jam 55 minit =

A. 2 jam 65 minit
B. 2 jam 45 minit
C. 1 jam 55 minit
D. 1 jam 45 minit


3. Nombor manakah yang akan menyambung susunan ini seterusnya?

432691, 16234, 4321

A. 213
B. 231
C. 123
D. 321


4. 53 : 358
    79 : 9716
    84 : ?

A. 8432
B. 4812
C. 8412
D. 4832

Terdapat 60 Contoh Soalan & Jawapan untuk Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah.Bagi mendapatkan soalan dan panduan PENUH. Anda boleh dapatkanya disini-->> Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (klik sini)


Seksyen C: Ujian Psikometrik

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan


" Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran "

Contoh soalan Seksyen C

1. Apabila jiran dan kawan ada masalah, saya suka melawat mereka.

A. Ya                  B. Tidak                C. Tidak Pasti

2. Setiap manusia hanya mementingkan diri sendiri dan ini adalah hakikat di dalam dunia.

A. Setuju     B. Tidak setuju C. Tidak Pasti

3. Keperluan penyempurnaan diri sendiri biasanya dipunyai oleh manusia.

A. Setuju     B. Tidak setuju         C. Tidak Pasti

4. Walaupun menghadapi berbagai cabaran dan dugaan, saya mesti bersikap positif.

A. Ya     B. Tidak                  C. Tidak Pasti

5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

A. Ya             B. Tidak                  C. Tidak Pasti

Terdapat lagi Contoh Soalan & Jawapan untuk Seksyen C Ujian Psikometrik.Bagi mendapatkan soalan dan panduan PENUH. Anda boleh dapatkanya disini-->> Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (klik sini)


Bagi anda yang akan menduduki  Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada 1 November 2014 nanti. Saya sarankan anda mandapatkan rujukan terbaik  Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini.  Buatlah persedian awal bagi memudahkan anda mengulangkaji kemungkinan soalan yang bakal ditanya dalam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 tersebut.

Anda boleh mendapatkan rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (klik sini)  yang disediakan oleh pihak Tim Infokerja dibawah ini.

Selamat maju jaya!!

Share

15 comments:

  1. Seronok pulak kakak baca soalan dan cuba mencari jawapan dan membuat solusinya. Tapi apa pun kakak tak terlibat sebab kakak kerja swasta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea Akak. Bila ada panduan macam ni senang untuk calon buat rujukan nanti.

      Delete
  2. susah sgt akk nak balas jejak. kena search blog baru boleh. by the way kenapa tak de link blog awak ye bila awak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea ker Akak. Mungkin sebab guna G+ kot. Apa pun terima kasih sudi tinggal komen. Nanti saya cuba tengok balik apa masalahnya.

      Delete
  3. Nampak menarik buku ni...saya pernah 2 kali ambil exam PTD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ni dah ramai membantu calon untuk exam PTD en.Shaiful. Kali ni pun ramai juga yang akan exam dan dah memilikinya.

      Delete
  4. samalh mcm k zakie tu.... kita dtg sini ziarah jerlh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh guna untuk rujukan exam PTD pula jika ada peluang Kakak.

      Delete
  5. semoag berjaay kepada calon PTD tahun ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap rami yang berjaya bila dapat panduan ini.

      Delete
  6. Orang kata susah....betul ke PMDR?....Gud luck buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah jika ada rujukan yang bagus. Boleh dapatkan panduan exam online yang saya bagitahu di atas. Insyallah puas haiti.

      Delete
  7. ooo akak pun kerja swasta mmg x terlibat pun... dah macam nak peksa lak ekk.. apa pun good luck bagi yg menduduki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panduan ni untuk mereka yang nak ambil exam PTD sabtu ni Akak.

      Delete
  8. mereka2 yg ada degree memang layak utk mohon jawatan ni...
    yg spm mcm sy...kerani je la...hahahaha *tutup muka*

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Pokok Manggis Depan Rumah
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah| Oh Panduan