Nenek tiri PM antara mangsa MH17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Puan Sri Siti Amirah, nenek tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan salah seorang daripada 43 rakyat Malaysia yang dikenalpasti berada dalam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Sumber dari keluarga memberitahu, Siti dalam perjalanan pulang ke Jogjakarta, Indonesia dari Amsterdam dan merancang untuk transit di KLIA.

mh17
MH17
Berusia 83, Siti pernah menjadi isteri kedua Tan Sri Mohammad Noah Omar, datuk kepada Datuk Seri Najib. Tan Sri Mohammad meninggal dunia pada tahun 1990.

Menurut The Star, Siti ke Amsterdam untuk bercuti bersama anak perempuannya. Anak perempuannya bagaimanapun tidak pulang bersama.

Siti dan anak perempuannya dikatakan mahu menyambut hari raya di kampung halaman mereka di Jogjakarta.

Ramai juga dikalangan kenalan kita yang terlibat dalam kejadian kapal terbang MH17 ini.

Berikutan dengan kejadian MH17 ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa bendera negara Malaysia akan dikibarkan separuh tiang bermula malam ini sehingga 21 haribulan Julai.

Ini sebagai tanda penghormatan kepada tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia.

Perdana Menteri turut putuskan untuk memanggil Sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk serangan ke atas pesawat MH17.
Sumber

Semoga kita semua redha atas kejadian ini. Semoga kita semua dapat bersabar di atas ujian Allah SWT ini.
Anda dah tengok "Iklan Raya Petronas 2014". Jika belum boleh tengok yea.

1 Comments

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.