Parti Liar Mereka Tak Takut Ker?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Parti Liar Mereka Tak Takut ker? Siapa tahu tentang Parti Liar macam ini. Walaupun saya tidak baik namum saya rasa tegerak hati juga untuk merasakan ketidakpuasan hati saya di sini. Saya masih cintakkan Islam dan Umat ini.

Parti Liar Mereka Tak Takut ker?, parti liar,
Parti Liar Mereka Tak Takut ker?
Sahari dua ini bila jalan-jalan dalam blog kawan-kawan ada terbaca cerita tentang Parti Liar yang pada saya amat tidak sesuai untuk ada dalam negara Malaysia yang tercinta. Tidak kira siapa yang nak pergi atau pun siapa yang anjurkan. Pada saya amat tidak patut untuk diteruskan. Bila baca di tempat-tempat lain pula rasa bersyukur juga. Rasanya tak jadi parti liar tersebut sebab pihak berkuasa dah ambil tindakan. Alhamdulillah terhenti juga usaha orang batil nak rosakkan akhlak orang Islam.

Rasanya jika parti tersebut berlangsung, takut-takut ada juga orang Islam yang pergi join benda tak baik macam tu. Tak perlu saya nak letakkan info parti tersebut disini. Cuma saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak berwajib kerana dengan usaha anda, parti tersebut tidak akan berlangsung secara terang-terangan. Tak tahulah jika mereka berdegil dan buat dengan cara senyap-senyap pula.

Kenapa Saya Tak Suka Parti Liar?
Saya pernah dengar ada usataz mengajar dan baca hadis berkenaan kelakuan maksiat yang dibuat secara terang-terangan, Apa kesannya? Jika maksiat tersebut dibuat secara terang-terangan dan tidak ada sesiapa yang mencegahnya maka semua orang akan dapat dosa sebab tak larang perlakuan maksiat tersebut. Jika keadaan ini berlaku dan bala turun asbab perlakuan dosa tersebut. Semua orang akan berdosa dan akan kena bala yang Allah S.W.T hantar.

Namun jika keadaan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan dan ada orang/golongan yang mencegahnya. Maka orang yang mencegah maksiat tersebut akan terselamat daripada dosa sebab dia dah cuba cegah maksiat tersebut. Jika orang yang buat maksiat masih teruskan juga maksiat tersebut. Maka mereka(si pencegah) tidak berdosa kerana mereka telah berusaha untuk mencegahnya. Jika bala turun insyallah mereka akan diselamatkan Allah S.W.T daripada bala tersebut. Atau pun jika mereka kena bala yang menimpa sama seperti orang yang berosa, apabila hari kebangkitan(kiamat) selepas mati mereka akan diasingkan daripada mereka yang dosa tadi.

Apa yang penting cubalah dengan apa cara sekalipun jika masih ada parti-parti liar sebegini, berusahalah kita untuk mencegahnya. Jika kita ingin selamat di dunia dan akhirat buatlah sesuatu apaabila maksiat berlaku. Ingat!! hidup cuma sekali, bersama kita semua menghargainya. Jadilah seorang Isan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.Yang boleh dijadikan contoh kepada orang lain agar menjadi baik pada pandangan Allah S.W.T.

Apakah dunia sudah menghampiri akhir zaman. Manusia tidak kenal lagi perasaan takut kepada Kekuasan dan Keagungan Allah S.W.T.  Merungkai Misteri Yakjuj Dan Makjud <<---(klik sini)

13 Comments

  1. Sebab mereka tak takutlah PMDR dorang dok buat.. Semoga dihindarkan dari keturunan kita melaku perkara sebegini..
    Dah tambah akaun nuffnang DiGi :)

    ReplyDelete
  2. Sama ada mereka tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu pesanan dan hukuman yang telah diberikan Allah kepada kaum terdahulu....

    ReplyDelete
  3. Masih tidak sedarkah lagi ujian dan petunjuk Allah berikan? Sungguh bagaikan mahu mencabar kekuasan Allah. Dlm negara yg dikatakan negara Islam lagi tanpa segan silu mahu melakukan ini semua. Kakak rasa negara yg sah-sah bukan negara Islam pun tidak suka mengapa ada yg sanggup mencemar isu ini semua.

    Sedih dan kebimbangan kita rasa bagaikan sudah sampai hujung kepala. Tak tertanggung melihat ini semua. Mengharap moga mereka yg ada 'kuasa' bangun dan bukalah 'mata'. Usah dibiarkan ini terjadi. Kekang segera!

    ReplyDelete
  4. amboi... buih2 lagih.. ermmm

    ReplyDelete
  5. itulah...sedih..

    kita semkin menghampiri kiamat ni..yg solat pun takut sgt...risau sgt2 ni..

    ReplyDelete
  6. konon nyer darah muda, nk joli2 saja

    ReplyDelete
  7. Seriau rasa mendengarnya..pihak berkuasa kenalah cegah sebelum jadi lebih parah

    ReplyDelete
  8. macam tak ada aktiviti bermanfaat yang lain..mudah-mudahan tindakan diambil agar parti liar sebegini tidak terus merosakkan anak anak muda

    ReplyDelete
  9. assslam terima kaseh slalu visit blog sy..sorry sy kekadang x sempat nk singgah sbb sibuk hehe

    ReplyDelete
  10. Anonymous10.4.14

    entahlah mkn lama mkin menjadi2 lah pulak, macam tu lah bila hal2 agama ni tak diletakkan plg atas sekali !

    ReplyDelete
  11. Tu ls kan memacam yang allah tunjuk pun masih lg tak sedar diri....

    ReplyDelete
  12. Masa muda joli, masa tua baru nak taubat.. biasanye gitu lah ungkapannya tapi mati tidak mengenal tua atau muda..

    ReplyDelete

Terima kasih komen di sini.
PS: Diharap dapat menjaga tatasusila semasa memberi komen.
**Jangan tinggalkan link atau URL diruangan komen.